Wednesday, December 11, 2002

Hj Daq Dan Hashim Yahya(Mufti Wilayah) minta keluarga Mokhtar mohon kemaafan dari Anwar"
OLEH: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
Mokhtar Abdullah , Peguam Negara yang penuh kontroversi dalam kes perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim kini masih dalam keadaan koma walaupun alat bantuan pernafasan telah di keluarkan dari beliau. Menurut teori pakar perubatan, dengan membuang alat bantuan pernafasan (life support) untuk menyambung nyawa beliau, maka hayat seseorang itu akan berakhir.
Namun keadaan ini berlaku sebaliknya apabila , hayat peguam negara tersebut masih ada dan para pakar perubatan sudah hilang ikhtiar untuk membantu memulihkan taraf kesedaran beliau. Malah sekiranya beliau sedar sekali pun, beliau tidak akan dapat berbuat apa-apa , malah akan terpaksa menanggung siksaan dan mungkin dalam keadaan ketidak upayaan mental dan fizikal.
Minggu lepas, menurut maklumat yang diterima dari para doktor, telah mengesahkan bahawa keluarga beliau telah memanggil Hj Daq , salah seorang bomoh atau dikenali sebagai ‘Nujum Mahathir’ untuk melihat beliau bersama-sama dengan Mufti Wilayah Persekutuan Dato Hj Hashim Yahya. Dalam keadaan tersebut mereka berpendapat bahawa , usaha seterusnya hanyalah berserah kepada kekusaan Allah dan apa yang perlu ialah memohon maaf diatas apa yang berlaku kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Menurut mereka lagi , "Nyawa Mokhtar tidak lepas" dan perkara utamanya ialah agar Anwar Ibrahim bersedia memaafkan beliau diatas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mokhtar Abdullah , "takut-takut kes yang dibicarakan itu penuh muslihat dan menganiaya orang lain , dan apa yang jelasnya kes Anwar adalah salah satu dari kes terbesar dalam sejarah negara" , demikian jelas Hj Daq , lagi.
Sehingga kini , kes Anwar dan beberapa saksi serta para konspirator yang terlibat telah mengalami berbagai musibah terutamanya yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memfitnah Anwar. Antara yang terlibat ialah kematian isteri saksi utama, Azizan yang terlibat dalam kemalangan pada bulan puasa 1999, serta tangkapan khalwat beliau bersama seorang ratu cantik , kes kematian isteri Aziz Shamsudin , Timbalan Menteri Pendidikan pada tahun 2000 , yang merupakan mastermind dalam usaha menjatuhkan Anwar , kes ketiga ialah kematian anak Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim. Kes terbaharu ialah kematian mengejut Dr Rastina, salah seorang yang turut terlibat dalam usaha melindungi Umi Hafilda dirumah beliau dan menjadi saksi dalam kes perbicaran Dato Sri Anwar Ibrahim
Terdapat beberapa kes lagi yang terdiri daripada maklumat-maklumat yang belum dapat di sahkan bahawa Ketua Polis negara , serta Amir Junus juga dalam keadaan yang kurang menyenangkan.
Kes beliau kini bukan sahaja telah menjadi perhatian masyarakat rantau ASEAN, malahan telah menjadi satu kes perbicaraan paling panjang dalam sejarah negara dengan berbagai tipu muslihat politik. Apa yang pastinya kes beliau dianggap sebagai satu pendakwaan terpilih.Malahan masyarakat dunia juga telah menyatakan sokongan kepada Anwar bahawa beliau sebenarnya telah telah dianiaya dengan berbagai dolak dalik dalam perbicaraannya.
Usaha –usaha itu nampaknya akan membuahkan natijah yang besar keatas negara di bawah pimpinan Mahathir Muhammad. Walaupun Mahathir cuba melepaskan kesalahan beliau di atas apa yang berlaku ke atas Anwar, kini nampaknya Abdullah Badawi dijangka akan memikul tanggungjawab besar ini di kalangan masyarakat Eropah dan dunia secara keseluruhannya .Tidak kira siapa bakal menjadi Perdana Menteri. Masyarakat Melayu telah menolak parti kebangsaan mereka dan memberi laluan kepada PAS untuk menjadi sebuah parti dominan dalam usaha memperkukuhkan kedaulatan agama dan juga memperkasakan masyarakat Melayu.Isteri Anwar Ibrahim , kini menjadi Presiden sebuah parti berbilang kaum dengan nama Parti keADILan Nasional.Ia dijangka akan menjadi ancaman terbesar kepada Barisan Nasional , pimpinan Mahathir dan Abdullah Ahmad , bakal Perdana Menteri yang akan menggantikan Mahathir apabila beliau dijangka akan bersara dalam bulan Oktober 2003.


*aku sebagai bakal peguam malu dgn corruption yg berlaku dlm undang2*

0 Comments:

Post a Comment

<< Home