Wednesday, December 11, 2002

GOMBAK YANG KIAN MENGGAMIT


Setelah satu setengah tahun aku di PJ, esok bermula pendaftaran aku di Gombak. Perasaan? Maleh nak pergi sebenarnya lantaran cuti yang panjang di rumah menjadikan aku tidak bersemangat. Esok lepas subuh aku akan bertolak ke sana, moga2 perjalanan aku selamat…aman fi tariq insyaAllah.


Kiranya sekarang nih aku baru la pure student di uia, garden of knowledge and virtue. Jurusan Undang2 civil dan syariah ku kira bukan senang. Tambahan jangka waktu pembelajaran yang begitu lama, 5 tahun! Civil atau syariah? Pada mulanya aku berkira2 juga samaada ingin mengambil syariah atau tidak, trapi setelah melihat kesungguhan kawan2 yang lain, akhirnya kuputuskan utk mengambil syariah juga. Mungkin sebab aku belajar arab satu sem jer menyebabkan aku tak merasai kesusahan pelajar lain yang mengambil arab di PJ. Kawan2 yang lain dari level 1, tiada basic arab sanggup belajar dan mengambil syariah, takkan aku tidak! Dari f1 sampai f5 aku dibesarkan dalam biah arabiah, takkan aku nak tinggal bahasa syurga camtue jer (dahlah ayah aku guru bahasa arab..heheh). Belajar syariah dalam bahasa arab kukira tidak mendatangkan masalah padaku kerana di kisas juga aku mengalami pembelajaran yang serupa,SKK. Semua subjek dalam bahasa arab.


Cumanya ku harap kembara menuntut ilmu ini akan dipermudahkan oleh Allah. Moga ilmu yang bakal ku tuntut nanti mendapat berkat dariNya.


Aku nak jadi seperti bintang Polaris, sebabnya walaupun musim silih berganti, bintang2 lain juga turut berubah kedudukan, tetapi tidak bagi bintang polaris, setia menghala utara....petunjuk jalan bagi orang yang sesat. Bukankah namaku 'huda' juga bermaksud petunjuk :)

From my chamber,
Huda soid

0 Comments:

Post a Comment

<< Home