CINTA OH CINTA
Cinta
Perasaan unik
kurniaan Ilahi
Wasilah ikatan
Antara hati-hati manusia
Cinta,
Menikmatinya
Merasainya
Mengalaminya
Saat yang paling terindah
Kerana cinta
Hamba-hambaNya sujud di keheningan malam
Menahan kantuk
Dambakan kasih Rabbul Izzati
Kerana cinta
Derita dan sengsara diredahi
Dalam sejarah Bilal
Dalam lembaran Sumaiyah
Kerana cinta
Zuriat penyambung kasih
Tali nasab
Keturunan manusia
Namun,
Masih adakah lagi cinta?
Lantaran...
Dengki Irihati
Merobek....
Mencalar....
Mencarik....
Lembaran cinta
Tiada cinta
Peperangan di mana-mana
Tiada cinta
Nyawa bagai tiada nilainya
Tiada cinta
Pembunuhan sesama saudara
Tiada cinta
Anak-anak kecil seksa derita
Tiada cinta
Isteri meratapi kematian suami
Cinta oh cinta
Masihkah wujud
Di bumi harbi kini
Di tanah qital
Di medan qhuzwah
Cinta
Aku mencari cinta
chamber of secret
huda soid
0 Comments:
Post a Comment
<< Home