Sunday, April 13, 2003

Massej.com, 14/42003 - Seorang wartawan COMES Malaysia telah mengadakan temuramah dengan salah seorang rakyat Iraq dari Basra yang kini menetap di PJ, Selangor, berikut adalah hasil daripada temuramah tersebut :-
1) Mengapakah orang2 Baghdad bersuka ria dan meraikan kedatangan tentera bersekutu serta menyamun ?

Jawapan :-

i- Adakah benar mereka ini orang-orang Baghdad, menurut rakan saya, mereka ini merupakan pengikut-pengikut Baqir Hakim, ulama Syiah yang bertanggungjawab menyerang tentera-tentera Iraq dan juga pejuang-pejuang Iraq dari belakang sewaktu mereka sibuk berperang dengan tentera-tentera bersekutu. Kecekalan rakyat Iraq dan tentera-tenteranya telah dapat melihatkan kepada kita bagaimana utuhnya mereka mempertahankan Umm Qasr, Nasiriyyah, Najaf, Karbala dan malah al-Faw, bandar pelabuhan yang didiami hanya oleh ratusan manusia sahaja. Sayangnya bila Baqir Hakim berserta orang-orangnya masuk semula ke Iraq setelah dahulunya mereka hidup dalam buangan di Iran (bilangan mereka mencapai ratusan ribu) dan juga 'maker' yang dilancarkan oleh tentera Badarnya, rakyat Iraq akhirnya ditikam dari belakang dan tentera bersekutu masuk dengan mudahnya.

ii- Siapakah mereka ?

Mereka adalah golongan Syiah dari Selatan Iraq yang ditindas sejak sekian lama di bawah rejim Saddam seperti kaum Kurdish. Sebuah perkampungan mereka pernah dimusnahkan oleh Saddam. Bagi yang lari meninggalkan kampung halaman harta benda mereka dirampas Saddam dan dijadikan milik negara. Mereka berhijrah beramai-ramai ke Iran. Sebab itulah lewat peperangan Iran-Iraq mereka telah menyerah diri kepada Iran dan menetap di sana, dan malah ada di antara mereka yg telah mengkhianati tentera-tentera Iraq pada masa tersebut.

Mengapa mereka suka dan berpesta …semua telah terjawab.

Mengapa pula mereka menyamun ?, Jawapannya mudah, mereka mengatakan harta benda di Baghdad adalah harta benda mereka yang telah dirampas dulunya oleh Saddam. Jadi inilah masa untuk mengambil semula harta benda mereka.

Sejauhmana kebenaran dakwaan ini ?


1- Kirakan berapa ramai gambar orang yang berpesta meraikan kejatuhan patung-patung Saddam di Baghdad ?, Tidak ramai , sedangkan rakyat Iraq ramai. Kemana perginya mereka ? di Umm Qasr pertempuran masih berlaku, di Tikrit, di Najaf dan di sesetengah-setengah tempat yang lain.
2- Mengapa hanya di Baghdad dan Kirkuk sahaja yang berlaku samun menyamun, mengapa tidak di bandar-bandar lain, malah di tempat-tempat lain, rakyat hidup seperti biasa. Ini kerana, di Kirkuk majoriti rakyatnya adalah Kurdish yang pernah menerima nasib seperti syiah, jadi mereka mengambil semula apa yang kononnya menjadi milik mereka.

2) Ke manakah Saddam dan tentera-tenteranya?

Menurut rakan saya yang berbangsa Iraq, beliau telah ditahan oleh tentera-tentera AS sejak kejatuhan Baghdad. Itulah sebabnya al-Douri mantan wakil Iraq ke PBB, bila ditanya kenapa dia letak jawatan, katanya : “The Game is over!” Bila ditanya tentang Saddam, dia kata : “You ask the Americans, they know it”…

Tetapi mengapa mereka tidak isytiharkan kemenangan dan menangkap Saddam dan masukkan dalam media ?

Jika mereka melakukan demikian, hayat tentera AS di Iraq akan menjadi lebih pendek dan mereka akan segera meninggalkan Iraq, tetapi jika mereka mendiamkannya mereka akan punya alasan untuk tinggal lebih lama dan mengatakan mereka masih lagi memburu Saddam sepertimana mereka membiarkan Usamah dan Mullah Umar di Afghanistan menyembunyikan diri agar mereka dapat tinggal lama di Afghan.

Apakah helah mereka?, Makin lama mereka berada di sana makin banyak agenda mereka yang boleh dilaksanakan dan ianya alasan untuk mencampuri urusan dalaman Iraq, dan mereka akan minta 'payback' untuk khidmat mereka yang panjang.

3) Bagaimanakah moral rakyat Iraq sekarang ini ?

Melalui media dan juga apa yang berlaku, AS dan syaitan-syaitannya inginkan agar dunia tidak lagi menyokong Iraq, mereka 'barbarian', jahat, 'uncivilized', jadi apa yang kami lakukan mempunyai alasan yang kukuh! Mereka mesti diajar, dan hanya Amerika sahaja yang tahu bagaimana berurusan dengan mereka.

Dunia yang telah menyaksikan slot-slot filem yang sikit itu pun akan berkata : "Betui kata depa no…"

Hatta di kalangan orang Islam sendiri. Malah sudah mula ada orang-orang Islam yang mengatakan : “Padan muka depa!”…Betapa berjayanya propaganda mereka melalui media.

Namun bagi rakyat Iraq, kata rakan saya, “Kami punya tanah air, kami punya negara dan kami punya maruah…Saddam bukannya Iraq, dan Iraq bukannya Saddam, dan kami akan teruskan perjuangan…dan AS akan menyesali permainannya ini,,,Insya Allah”

Hasil temuramah dengan Maad Mohammad , seorang pensyarah Bahasa Arab di pusat Martik UIA semalam, 13/4/2003 di PJ, oleh Wartawan COMES Maszlee Malik.

>>>>>petikan dari massej.online>>>>>>>

0 Comments:

Post a Comment

<< Home