Friday, April 04, 2003



IRAQ….DIRIMU MENDERITA!

Hampir 2 minggu bumi Iraq diceroboh, dan dalam tempoh inilah sifir keganasan mula dihitung. Angka kematian meningkat dari hari ke sehari. Paling menyedihkan anak kecil yang suci dari palitan dosa dan noda serta wanita lemah menjadi mangsa. Benar, peperangan meragut jiwa, memusnahkan harta benda.

Namun semangat kental askar muslimin Iraq patut dipuji. Roh jihad yang menyala memungkinkan mereka mengorbankan diri sendiri demi menegakkan Islam dan kedaulatan bumi pertiwi. Mereka yakin andai mereka terkorban pasti syurga Firdausi sebagai ganjaran, nun di sana, taman-taman indah, bidadari-bidadari setia menuggu para syuhada' yang setiasa berjihad di jalanNya. Dan inilah kelebihan ummat Islam jika ingin dibandingkan dengan tentera musyrikin. Ummat islam berjuang kerana dua, mencapai kemenangan dan syahid di jalan Allah. Manakala tentera musyrikin hanya mengharapkan kemenangan kerana mereka tidak pernah percaya kepada balasan di akhirat. Malah ciri-ciri syariah islamiah yang berbeza dengan qanun waqi'ie ialah jaza' fil dunia wal akhirah.

Firman Allah lagi yang bermaksud: "berperanglah pada jalan Allah mereka yang menjual kehidupan dunia mereka dengan kehidupan akhirat. Dan barangsiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia di bunuh atau menang, Allah akan berikan kepadanya ganjaran yang besar". Mungkin janji Allah inilah yang membakar semangat tentera muslimin Iraq. Apalah berharganya nyawa dan jiwa andai dibandingkan dengan ganjaran dan syurga Allah yang Maha Agung. Malah syair Syeikh Islam Ibnu Taimiah ada menyebut : "apa yang boleh musuhku lakukan kepadaku?, syurgaku ialah taman di dalam hatiku, kemana sahaja aku pergi ia bersama ku, tidak berpisah daripadaku selamanya…pemenjaraan bagiku "khulwah", pembunuhan bagi ku syahadah dan pembuangan negeri bagiku pelancongan".

Berkata Syeikh Syed Qutb dalam kitab tafsir Zilal al Quran: "Firman Allah Taala yang bermaksud: (jangan kamu rasa hina berlawan dengan musuh…kalau kamu sakit mereka juga sakit seperti kamu sakit dan kamu mengharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan…)

Inilah perbezaan di antara tentera muslimin dan tentera kafir laknatullah. Andai tentera muslimin menderita kesakitan peperangan, usah lupa tentera musyrikin juga mengalami penderitaan yang sama. Tapi tentera Islam akan mendapat ganjaran yang tidak mungkin akan diperolehi oleh tentera musyrikin. Yakinilah setitik darah yang tumpah mengalir membasahi bumi demi mempertahankan agama Allah, akan dihisab dan dihitung di mizan Allah di hari akhirat kelak.

Malah ketika usai peperangan Uhud, Abu Sufyan dengan bangganya, dengan suara yang lantang mengejek tentera muslimin : "hari silih berganti, peperangan ada kalah dan menang, hari ini untuk menebus kekalahan Badar". Abu sufyan berkata dengan harapan melemahkan semangat tentera Islam. Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada sahabat-sahabat yang bersama dengannya: Tidakkah kamu mahu menjawab mereka?, mereka berkata; bagaimana kami nak menjawab?, Nabi berkata: katakan kepada mereka, tidak sama sama sekali, yang terkorban di kalangan kami masuk syurga dan yang terbunuh di kalangan kamu masuk neraka. Rasulullah s.a.w cuba mengembalikan keazaman muslimin dan menguatkan kehendak mereka.

Abu Sufyan berkata lagi: Uzza menyebelahi kami dan tidak ada Uzza bagi kamu. Nabi berkata; kenapa kamu tidak jawab?, sahabat bertanya bagaimana kami nak jawab?, Nabi berkata; katakan kepada mereka Allah melindungi kami dan tidak ada pelindung bagi kamu. Abu Sufyan berkata: tinggilah Hubal, dan Rasulullah s.a.w berkata; kenapa kamu tidak menjawab?, sahabat bertanya, bagaimana kami nak jawab?, Katakan kepada mereka : Allah lebih tinggi dan lebih mulia.

Wahai asadullah, yakinilah yadulllah akan sentiasa bersama kita. Yakinilah kemenangan akan berpihak kepada kita, selagi mana kita sentiasa mengamalkan suruhan Allah dan rasulnya, selagimana kita menjunjung Al-Quran dan Sunnah Nabinya. Usah gentar, usah takut, usah gelisah, di belakang sana anak dan isteri penyokong setia. Andai kau tergugur, kau bakal mengharumkan Islam, namamu akan terpahat di hati pejuang-pejuang muslimin yang lain.

YaAllah, Kau bantulah tentera muslimin, hantarkanlah burung-burung ababil yang membawa batu-batu neraka yang akhirnya menghancurkan tentera bergajah Abrahah, Kau hantarkanlah gerombolan nyamuk yang menyerang Raja Namrud, Kau turunkanlah askar-askarmu dari para malaikat yang menolong kemenangan perang Badar. Kau berikanlah pertolongan, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa.

Sedikit terfikir andai peperangan melanda bumi tercinta, Malaysia (na'uzubillah) adakah kita juga akan mempunyai semangat serta roh jihad yang sama. Adakah kita akan mengangkat senjata? Adakah kita berani meletakkan bom di badan, menyusup ke kem musuh dan mengorbankan diri sendiri. Kitakah yang sanggup berbuat demikian? Kitakah? Atau kitakah yang lari dari medan pertempuran.

Adakah pemimpin kita akan juga mengangkat senjata menentang musuh? Adakah mereka akan sama-sama menyertai barisan tentera yang lain? Atau lari menyelamatkan diri ke negara-negara lain. Atau adakah bangsa-bangsa lain, Cina dan India juga sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini? Atau adakah yang tinggal hanya bangsa Melayu lantaran bangsa lain semua mementingkan diri sendiri. Bangsa Cina sudah pasti akan lari ke negeri Cina, Hong Kong malahan Taiwan, bangsa India pula mungkin akan bersembunyi di negara India. Tika itu siapakah yang akan berjuang? Tepuk dada tanya iman. Semoga peperangan tidak meletus di bumi ini.

From my chamber
Hudasoid
Darahku merah darah perjuangan……..

------------------------------
Result exam final dah release, alhamdullillah

+ Malaysian Legal System
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar

+ Law of Contract
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar

+ Law of Tort
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar

+ Quranic and Hadith ( Arabic)
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar

+ Islamic Legal System (Arabic)
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar

+ Transaction in Islam (Arabic)
Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akbar

Terima kasih pada mak dan ayah yang sanggup berjaga malam, qiamullail mendoakan kejayaan untuk anakmu, ayah yang sanggup berpuasa untuk puterinya yang tercinta. Bagaimana bisa saya balas jasa kalian…..

Tuhan, kasihMu melangit tinggi, Allahu Akbar!

Mungkin esok malam saya kembali ke uia, malasnya!!!!




0 Comments:

Post a Comment

<< Home