Tuesday, March 25, 2003

KACA MATA DUNIA

Hari ini aku melihat dunia,
Dalam kaca mata seorang insan
Betapa manusia kini
Hilang sifat kemanusiaan
Hancur nilai persaudaraan
Punah segala-galanya
Yang tinggal hanya persengketaan

Hari ini aku melihat dunia
Yang lemah terus ditindas
Yang kuat gagah berkuasa
Anak-anak kecil seksa derita
Isteri kehilangan suami
Ibu kehilangan anak
Gara-gara padah peperangan

Hari ini aku melihat dunia
Peluru dan bedilan meriam di mana-mana
Bising membingit telinga
Bersimpongan pelosok dunia
Tanpa pernah mengenal mangsa
Mengena sasaran
Tumbang dan rebah

Hari ini aku melihat dunia
Betapa nur Islam kian sirna
Diperendah-rendahkan
Diperkotak katikkan
Dihina dan dikecam
Agama warisan pengganas

Hari ini aku melihat dunia
Manusia sibuk tidur dan lena
Dalam diri diselimuti gebar yang selesa
Sedangkan saudara di sana
Mengangkat senapang
Bermandi darah
Berhujan peluh dan keringat
Memburu syahid di jalan Allah

Hari ini aku melihat dunia
Konferens keamanan menggegar dunia
Sidang damai wasilah membawa cahaya
Jalan keluar kemelut sengsara
Namun hampa
Natijahnya tetap sama
Kertas putih tiada kuasa
Bebas disanggah bila-bila masa

Hari ini aku melihat dunia
Ayuh! Ayuh!
Maju pejuang Allah
Tegakkan barisanmu
Thabitkan pendirianmu
Usah gentar dan takut
Ini adalah jihadmu

Hari ini aku melihat dunia
Singa Allah mengaum garang
Semangat mengempur lawan
Kancil pengecut lari bertempiaran

Hari ini aku melihat dunia
Mujahidin agama berada di landasannya
Menjulang panji-panji deenul islami
Mara kehadapan dengan berani
Takbir bergema di ruang angkasa
Isteri dan anak penyokong setia

"Akan tiba di suatu zaman, orang-orang kafir akan sibuk mengerumuni ummat islam"
"Adakah kerana bilangan kami yang sedikit wahai kekasih Allah"
"Tidak, bilangan kamu banyak, tapi umpama buih-buih di lautan"

Hari ini aku melihat dunia
Aku mengimpikan keamanan
Aku mengimpikan kedamaian
Agar paksi islam terus tertegak
Kuat dan gagah
Berteraskan dustur Quran dan Sunnah

Hari ini aku melihat dunia
Aku mengharap…
Terus mengharap
Agar kemenangan milik kita bersama

Hudasoid
9.56 p.m
home sweet home
hantarkan segera darahku ke sana, agar mereka bisa bernyawa kembali!
-------------------------------------
berikut bawah ini ditujukan utk gopi.......

hehehe...biasala gopi, setiap karya hang aku akan muatkan kat blog nih, leh kan?
Nak suruh komen gak, hmm....citer osteosarcoma tuh cam tau jer saper ibtisam tuh?tukar nama jer ek? mmg anak abah tul (samer la kiter). Nak kasik best lagik time kat kengkawan tuh puji lelebih sket masukkan skali nama aku pasti lagi best cerpen tuh cam sebest perisa oren...kui3. aper2 pun cerpen hang memeng best, aku peminat setia! :D
Fad kem salam, ari tuh dia tak dapat datang pj, sbb dia ader exam, kita ada misi baru gopi
well, buddy....ingat lagik sajak kita...peta riwayat persahabatan ini takkan berhenti setakat ini, tapi bakal disambung anak cucu kita


0 Comments:

Post a Comment

<< Home