Wednesday, March 26, 2003

Azhar Umumkan Jihad

•Seruan kepada Dunia yang Bertamadun dan semua kuasa yang cintakan perdamaian.

Akademi Kajian Islam di Universiti Al-Azhar As-Syarif (Majma’ Buhuth Islamiah) telah mengkaji segala peristiwa besar yang berlaku di dunia Arab dan Islam serta situasi kita yang dipenuhi oleh niat jahat dan kemusnahan yang telah membuat kegilaan kuasa yang memijak segala nilai, uruf dan undang-undang antarabangsa yang telah diusahakan oleh manusia, sanggup berkorban demi kerananya sepanjang sejarah dengan nyawa dan harta serta merempuh kesukaran untuk mengumumkannya serta mematuhi untuk menghormatinya.

Majma’ telahpun mengkaji segala peristiwa ini dan menilai dunia Arab dan Islam yang dikelilingi oleh niat kemusnahan dan kejahatan yang digambarkan oleh gerombolan angkatan tentera yang dibekalkan dengan peralatan pemusnah yang amat kuat dan merbahaya.
Majma’ Buhuth Islamiah di Al-Azhar As-Syarif menyakini bahawa umat kita, Arab dan Islam, malahan Akidah Agama kita (Islam) adalah matlamat utama kepada gerombolan ketenteraan yang mensasarkan berjuta-juta rakyat umat kita. Selain itu, ia juga mensasarkan akidah kita dan segala tempat suci kita, segala sumber kekayaan dan kekuasaan yang dimiliki oleh dunia Arab dan Umat Islam. Segalanya ini tergambar di dalam peringkat pertama memerangi Iraq dan menjajah buminya serta menguasai kekayaan minyaknya yang banyak.

Majma’ berkeyakinan bahawa kerakusan memerangi Iraq ini hanyalah sebagai mukaddimah untuk menyerang yang lain yang mensasarkan negara-negara Arab selebihnya. Kuasa-kuasa yang menentang Islam dan Arab telah mengumumkan bahawa selepas penguasaan ke atas Iraq, pembahagian dan penyusunan semula akan dilakukan di rantau Arab yang akan memastikan tercapainya kepentingan Amerika dan Israel dan menamatkan Perjuangan Rakyat Palestin.
Dengan ini, majma’ mengeluarkan kenyataan ini kepada semua kuasa di dunia yang bertamadun dan kepada semua kuasa yang mencintai perdamaian juga kepada Umat Arab dan Islam . Seruan ini :-

•Pertama : Majma’ menghargai dan menyambut pendirian negara-negara yang mengumumkan bantahan serangan ke atas Iraq serta perang yang dilancarkan ke atasnya, jihad diplomasi di dalam PBB yang didahului oleh Perancis, Jerman, Rusia, China dan negara-negara lain.

•Kedua : Majma’ mengalu-alukan serta menegaskan tentang pentingnya pendirian rakyat di seluruh pelusuk bumi, terutamanya di Amerika yang mengumumkan bantahan serangan ke atas Iraq dan juga seruannya kepada penyelesaian krisis dengan cara damai dan di dalam lingkungan undang-undang antarbangsa dan Majlis Keselamatan.

•Ketiga : Majma’ mendokong pendirian dan usaha yang telah dibuat oleh Presiden Mesir, Muhammad Hosni Mubarak dan seruannya supaya mengadakan persidangan Liga Arab di bandar Sharma Sheikh, Mesir, yang telah mengeluarkan kenyataan membantah secara Ijma’ (keseluruhan) serangan ke atas Iraq dan penyelesaian krisis dengan ketenteraan.

•Keempat : Majma’ mendokong dan menegaskan ketetapan kemuncak Sharma Sheikh yang mengutuk, membantah dan mengharamkan kesemua negara Arab memberikan apa-apa bantuan - dari jenis apa sekalipun – kepada jentera Amerika ketika serangan ke atas Iraq.

•Kelima : Majma’ mendokong dan memberkati pendirian yang tetap membantah serangan ke atas Iraq dan dharurinya pengunaan cara-cara damai untuk menyelesaikan krisis yang telah dikeluarkan oleh Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) yang telah diadakan di Doha, Qatar. Ini dianggap sebagai pengumuman tetap dan penegasan mengumpulkan Arab dan umat Islam membantah serangan ke atas Iraq.

Majma’ telah membuat kesimpulan dengan mengikuti Persidangan Majlis Keselamatan yang telah diadakan pada petang Jumaat 7/3/2003 bagi mendengar dan membincangkan laporan Pasukan Pemeriksa Senjata Antarabangsa mengenai pencapaian kemajuan di dalam pemeriksaan ke atas senjata pemusnah besar-besaran di Iraq. Dua orang ketua pemeriksa (Dr. Hans Blix dan Muhammad Al-Buradaei) mengumumkan bahawa mereka tidak menjumpai di Iraq apa yang mengesahkan bahawa negara itu mengeluarkan senjata Nuklear. Mereka juga memutuskan bahawa pengeluaran semula senjata Nuklear Iraq memerlukan kepada peralatan dan institusi yang tidak terdapat di Iraq dan Iraq tidak mampu melakukannya dengan sekatan ekonomi yang telah dikuatkuasakan ke atasnya. Seterusnya, dengan pengumuman mereka terhadap kerjasama pemerintah Iraq dengan mereka untuk memeriksa mana-mana lokasi yang mahu diperiksa. Ini termasuk istana Presiden dengan memberikan segala kemudahan yang diperlukan oleh mereka dari cara-cara dan peralatan termasuk penggunaan helikopter yang dibekalkan dengan teknik berkemampuan tinggi dan peralatan canggih untuk mengesan senjata pemusnah besar-besaran dari udara.

Dengan pemantauan majlis (Majma’) terhadap persidangan Majlis Keselamatan ini, dan apa yang diperkatakan oleh menteri-menteri Perancis, China dan lain-lain yang membantah perang ke atas Iraq dan perlunya Pasukan Pemeriksa diberikan tempoh yang lanjutan, tambahan lagi selepas Iraq bersetuju memusnahkan 34 peluru perpandu Al-Samoud-2 yang dimilikinya. Ini mengesahkan lagi kebenaran halatujunya untuk mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan bernombor 1441.
Juga daripada kenyataan perwakilan Perancis, Russia, dan China bahawa mereka akan menggunakan kuasa Veto menentang keinginan Amerika untuk mengeluarkan ketetapan yang mengharuskan Amerika untuk menyerang Iraq.

Majma’ mendapati bahawa Menteri Luar Amerika, Collin Powell bercakap selepas persidangan di dalam sidang akhbar yang menolak segala seruan untuk meneruskan cara penyelesaian damai. Apa yang lebih mengejutkan ialah pengumuman Presiden Amerika di dalam kenyataan mingguannya bahawa Amerika tidak memerlukan Majlis Keselamatan dan Amerika akan membuat ketetapan yang menjaga kepentingannya.

Melalui apa yang telah berlaku, semua percaya bahawa perang ke atas Iraq sudah pasti dan tidak mustahil. Di sini dengan logik dan syariat Islam, jika sekiranya musuh memasuki bumi umat Islam, Jihad menjadi fardhu Ain ke atas semua umat Islam lelaki dan wanita. Ini kerana umat kita, Arab dan Islam akan berada di hadapan serangan Salibiyah baru yang mensasarkan bumi, maruah, akidah dan negara.

Di atas sebab ini, Majma’ Buhuth Islamiah di Al-Azhar As-Syarif menyeru umat Arab dan Islam di seluruh dunia supaya berada di dalam keadaan penuh kesediaan untuk mempertahankan diri dan akidah mereka serta berpegang dengan tali Allah seluruhnya dan tidak berpecah-belah dan mereka berada di atas segala perselisihan mereka sehinggalah Allah menentukan sesuatu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Majma’ menyeru semua umat Arab dan Islam di seluruh dunia supaya tidak merasa hina dan lemah di hadapan pencerobohan musuh ini. Ini kerana Al-Hak yang Maha Suci lagi Tinggi berkuasa menolong agamanya dan menzahirkannya di atas segala agama.
Sebagai penutup saya mengingatkan Majma’ dengan Firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al-Haj ; 40)
Setiausaha Agung Majma’ Buhuth Islamiah
As-Sayyid Wafa Abu Ajur

-----------------------------------------

Kaherah, 25/3/2003 – 13 orang ulama’ Iraq yang menetap di luar Iraq telah mengeluarkan kenyataan pada hari Ahad 23/3/2003 yang melarang rakyat Iraq dari menolong musuh Islam dari kalangan Amerika dan sekutunya walaupun dengan hanya memberitahu apa yang mahu dilakukan oleh umat Islam.

Para ulama’ ini menyatakan di dalam kenyataan mereka, haram memberikan apa-apa bantuan material dari mana-mana muslim kepada tentera penceroboh dan yang bersekutu dengan mereka seperti menurut kenyataan itu “Sesiapa yang melakukan demikian, maka bukanlah dari Allah di dalam sesuatu pun”

Kenyataan para ulama’ itu menegaskan bahawa wajib ke atas setiap muslim menolong rakyat Iraq dengan menghalang pencerobohan Amerika ke atas Iraq dengan segala cara yang boleh serta menghentikan terus dari berinteraksi atau memberikan kemudahan kepada pihak Amerika yang menceroboh.

Di dalam kenyataan tersebut para ulama’ menuntut penduduk Iraq berjuang menentang Amerika dengan mengiktibarnya sebagai Fardhu Ain ke atas setiap muslim di Iraq. Kenyataan itu berkata “Sekiranya ahli Iraq tidak dapat memenuhinya, maka kewajipan syarei secara fardhu ain ini berpindah kepada orang yang terdekat kemudian yang terdekat dengan mereka.”

Kenyataan itu menggesa umat Islam yang berada di negara berdekatan dengan Iraq supaya melaksanakan kewajiban syarei mereka dengan menasihati para pemerintah betapa mereka perlu melaksanakan kewajipan tersebut.

Kenyataan itu juga menegaskan pentingnya para ulama’ umat Islam melaksanakan kewajiban syarei mereka “di dalam musibah besar ini yang menimpa rakyat Iraq dan kesan krisis serta malapetaka selepasnya dengan cara menasihati ummah dan menyedarkan mereka terhadap kewajipan syarei mereka menentang serangan kejam yang sekarang ini dilancarkan oleh Amerika ke atas Iraq”.
Kenyataan ini telah ditandatangani oleh :-

Dr. Abd Karim Zaidan,
Ahmad Al-Kabishi,
Dr. Hashim Jamil,
Dr. Harith Sulaiman Ad-Dhari,
Dr. Ali Mahyuddin Al-Qardaghi,
Dr. Mustafa Al-Banjoini,
Dr. Akram Dhiya’ Al-Umari,
Sheikh Ahmad Hassan At-Toha,
Dr. Abd. Qohar Al-Aa’ni,
Dr. Musa’id Muslim Aali Jaafar,
Dr. Thois Al-Jamili,
Dr. Abd. Kadir As-Sa’di dan,
Dr. Muhammad Ayyash Al-Kabisi


0 Comments:

Post a Comment

<< Home