Wednesday, April 30, 2003

+ Dah ada kat umah...cuti jap jer,tapi nak balik gak umah...:)
+ karya kawan baik sya, gopi-gudluck exam, alah arab kacang putih jer :D

HUJAN DARAH DI BUMI IRAQ

Iraq bermandi darah lagi
Selepas Desert Storm dan Desert Fox
Gemawan algojo masih sarat kandung darah
Lantas berhamburan…
Detik 20 Mac 2003
Renyai darah menyuburkan pohon kezaliman
Titis darah membasahkan kanvas kemanusiaan
Dan hujan darah di bumi Iraq semakin lebat.

“Kami tidak memusuhi rakyat Iraq tetapi kami memusuhi rejim Saddam.”-Blair-
Lantas Tomahawk adakan mencari Saddam seorang?
MOAB mengapa membunuh beribu nyawa?
Apache mengapa rakus menghantar khabar maut kepada anak-anak kecil?
Abrams mengapa zalim merodok rumah dan hospital?
Nighthawk mengapa sanggup merampas sebuah kehidupan?

Hujan darah di bumi Iraq
Menitis dan terus menitis
Menghilangkan dahaga Bush laknatullah dan konco-konconya
Minyak dibayar dengan darah!

“…tanpa belas mengunyah ibu dan bayi
Di padang tikaman sesuka Amerika
Dalam ribut api gamat dan garang
Anak-anak yang tidak tahu dan sopan
Disiat dan dibakar di padang Baghdad terdera.”
( Jerit Generasi Yang Panjang- A. Samad Said )

Iraq diceroboh tanpa restu PBB
Helah dan dalih menghalalkan darah
Iraq adalah negara paksi kejahatan
Iraq gagal mematuhi Resolusi 1441
Iraq menyimpan senjata kimia dan biologi
Iraq di bawah cengkaman diktator
Iraq perlu diperangi !!

Lantas bangkitlah Fedayeen, pengebom berani mati, wanita-wanita dan rakyat Iraq pencinta keamanan
Berperanglah raifal, bom tangan, T-72 dalam sekatan ekonomi
Berkemilaulah langit daerah persengketaan
Berperanglah Iraq dngan sebelah matanya tertutup dan sebelah kakinya terikat
Dan hujan darah di bumi Iraq semakin lebat.

“Kita dilahirkan di sini dan kita akan mati di sini sama ada mati secara biasa atau mati mempertahankan maruah negara.”-Saddam Hussein-
Saddam tersungkur, rakyat terjerat
Bush mencatur politik Iraq
Jay Garner bakal dijulang pemimpin sementara
Bebaskah Iraq daripada kezaliman?

Ya Allah!
Turunkanlah nusrah-Mu buat kami
Pandangi kami dengan pandangan Rahmat-Mu
Suburkan kasih kemanusiaan di bumi ini
Pancarkan nur iman di nurani kami
Terangi kami dengan cahaya Maghfirah-Mu
Bantulah kami Ya Allah!
Bantulah kami….

Nukilan :

Ghafirah bt. Idris
22 April 2003
UIA, Pj


0 Comments:

Post a Comment

<< Home