Wednesday, December 11, 2002

KALAM PERJUANGAN….

Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog nih….tak der entry baru. Bila aku view jer blog rakan2 maya yang lain semuanya ader artikel baru…aku sorang jer yang takder….ini menunjukkan aku seorang yang tersangatlah pemalas heheh. There was one article from one of my frens,really caught my eyes. Psl Mustafa Masyhur, Mursyidul Am Ikwanul Muslimin. Innallillah…..semoga rohnya dicucuri rahmat,tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa..amin. Benarlah kepadaNya kita datang kepadaNya jualah kita kembali. Secara peribadinya aku takderla kenal sgt dengan Imam Mustafa Masyhur, cumanya aku pernah membaca kalam perjuangannya yang termuat dalam majalah PERISTIWA edisi aku tak ingat…tak silap aku keluaran tahun lepas. Lepas jer aku baca artikel tuh, terus jer gi bilik ayah, selongkar cari majalah tuh balik. Alhamdullillah dapat cari……

Berikut petikan ucapan Ustaz Mustafa Masyhur…….

Wahai pemuda,

Sempena bermulanya kembali sesi baru pengajian di pusat2 pengajian tinggi, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan tahniah kepada siswa-siswi dan saya memohon kepada Allah Taala agar Dia melimpahkan kepada anda semua keberkatan dan kerahmatan. Saya juga memohon semoga akan lahir kebaikan dan kemanfaatan daripada diri2 kamu semua. Semoga Allah Taala akan melindungi kamu dan memanfaatkan tenaga2 kamu untuk Islam. Saya juga sentiasa bermohon daripada Allah agar anda semua sentiasa dikurniakan hidayat, taqwa, kemurniaan aqlak dan kesenangan. Sehingga anda semua mampu mencapai apa yang dicita-citakan yang pasti akan menggembirakan dan bermanfaat kepada agama dan negara.

Wahai anak-anakku……

Dengan berlalunya masa tiada siapa dapat menafikan bahawa pemuda dan pemudi merupakan tunggak pembangunan sesuatu ummat. Merekalah rahsia keutuhan. Merekalah sumber kejayaannya. Semuanya ini akan tercapai selama mana pemuda dan pemudi memiliki keimanan, keikhlasan, semangat, usaha dan bersedia untuk berkorban.

Oleh kerana itulah tiada sebuah negara pun yang tidak memberi perhatian kepada golongan muda mereka. Mereka mengadakan pelbagai program untuk membentuk peribadi2 unggul, pelapis yang cemerlang dan individu yang berkarisma juga berwawasan. Apatah lagi semuanya ini merupakan pelaburan kepada sumber tenaga. Namun perlu disedari ianya memerlukan kepada keupayaan mengurus segala potensi yang dimiliki golongan muda.

Wahai siswa dan siswi….

Ketahuilah sesungguhnya kejayaan dan kemenangan yang ingin kamu capai bergantung kepada sejauh mana usaha, ketekunan, dan kesabaran kamu. Maka kejar dan rebutlah ia tanpa ada rasa bosan dan malas. Oleh itu janganlah sekali-kali kamu menangguhkan tugas ke hari esok. Sematkan dalam hati kamu bahawa Allah tidak sekali-kali mempersia-siakan usaha baik yang kamu lakukan.
Satu perkara yang perlu kita seadr bersama, setiap kerja dan usaha memerlukan ketekunan. Titisan keringat yang mengalir dapat mencipta sesuatu yang luar biasa. Ingatlah masa adalah kehidupan. Sedarlah tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh kerana itu kamu perlulah menggariskan matlamat secara jelas, sehingga kamu mampu mencapainya. Sesuatu matlamat akan tercapai apabila ia mempunyai strategi dan program yang tepat.

Anak-anakku….

Kamu hendaklah sentiasa mempunyai hubungan yang intim dengan Allah sama ada siang mahupun malam. Jangan sekali-kali kamu melupaiNya. Jangan sekali-kali hilang dari fikiran kamu bahawa Dia sentiasa memerhati sama ada daalm keadaan nyata mahupun tersembunyi. Jadikanlah segala usaha akmu sebagai amalan mencari keredhaanNya. Bersangka baiklah terhadapNya, mintalah , mintalah bantuan daripadaNya, perbanyakkanlah zikir, doa, istighfar kepadanya.

Dirikanlah sembahyang pada waktunya dan sebaik2nya di masjid. Sinarilah hati2 kamu dengan cahaya iman. Hiasulah akhlak kamu dengan sifat pemaaf,penyayang, lemah lembut dan belas kasihan.

Wahai pemuda pemudi….

Sempurnakanlah janji2 keislaman kamu dan carilah kemuliaan melaluinya. Ketahuilah untuk mengibarkan panji2 dan kalimah Islam memerlukan kepada dua tunggak utama iaitu:

Pertama: perelokkan peribadi kamu
Kedua: Serulah orang lain kepada Islam dengan penuh hikmah. Sebagaimana manhaj Rasullullah dalam dakwahnya yang sarat dengan panduan dan ikutan untuk kita ummatnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi kamu semua pada peribadi Rasullullah ikutan yang baik bagi mereka yang berharapkan Allah dan hari akhirat dan banyak mengingati Allah.

Sesungguhnya dakwah memerlukan kamu, sebagaimana kamu memerlukan dakwah. Oleh itu berikanlah hasil titik peluh dan usaha kamu kepada dakwah dan Islam. Percayalah semuanya ini akan memuliakan kamu dan Islam akan berbangga dengan jerih perih yang kamu curahkan. Nama-nama pejuang Islam tetap terpahat dan harum mewangi di dalam lipatan sejarah. Siapa tidak mengenali Usamah bin Zaid, siapa tidak mengenali Muhammad Al-Fateh. Walaupun dalam usia yang muda mereka tetap ikhlas berjuang memartabatkan Islam.

Wahai anak-anakku……

Jadilah penebus kepada tanahairmu. Cintailah ia sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. Ini kerana sayangkan negara adalah sebahagian daripada iman. Jangan sekali-kali kamu menyisih diri kamu daripada berperanan mewarnai tanahairmu. Juga janganlah kamu disibukkan dengan perkara yang tidak berfaedah dalam rangka memartabatkan tanahairmu. Ingatlah kediktatoran dan kuku besi yang mencengkam ummat Islam ummat Islam ketika ini, merupakan kekangan dan rantai yang menghalang ummat Islam untuk maju melangkah.

Maka mengislah sistem politik merupakan antara jalannya. Ianya memerlukan kesabaran, kesatuan dan ketaqwaan kepada Allah. Jadilah kamu seorang yang bersikap positif daalm semua perkara, mempunyai keazaman yang kental dalam setiap ketika dan jgn sekali-kali kamu merasa putus asa dan lemah semangat dengan rintangan yang kamu lalui. Sebagaimana firman Allah “Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa gundah gulana, sesungguhnya kamu adalah tinggi jika kamu benar-benar beriman.

Untuk mengembalikan ummat kembali berperanan sama ada di peringkat serantau mahupun anatrabangsa maka ia memerlukan kepada usaha yang berterusan, semangat yang tidak pernah padam, bijak dalam pengorbanan dan jangan lokek untuk menitiskan peluh demi memartabatkan Islam dan ummatnay di mata dunia.

Wahai siswa-siswi….

Isu Palestin adalah isu ummat Islam. Ia adalah isu yang besar. Seluruh ummat Islam wajiblah bersatu dan mencurahkan segala usaha untuk membebaskan daripada cengkaman Israel. Perlu kita sedar bersama bahawa Quds ketika ini sedang berada daalm fasa yang menyedihkan. Al-Quds sedang dalam bahaya sepanjang sejarahnya. Israel sedang cuba menelannya agar ianya hilang daripada mata dan fikiran ummat islam. Tidaklah pelik jika ada di kalangan ummat Islam yang tidak terusik perasaan mereka apabila al-Aqsa dicemari oleh kaki-kaki yahudi. Sedangkan Al-Aqsa pernah menjadi kiblat ekpada ummat ini. Sedangkan Al-Aqsa merupakan tanah suci ummat ini.

Wahai pemuda….

Sesungguhnya dunia ketika ini bagaikan daalm lautan yang bergelora. Saban ketika mereka dilambung ombak peperangan dan pertelingkahan, permusuhan dan perseteruan. Kuasa kuasa besar digerakkan oleh samseng-samseng mata wang yahudi yang cuba menguasai ekonomi, politik, kebudayaan dan ideologi dunia. Gelombang globalisasi telah datang menyerbu ke arah kamu dari segenap sudut. Ia datang dengan pelbagai warna dan rupa, berbagai cara dan pendekatan. Semata-mata untuk menghapuskan akidah dan jati diri sesuatu ummat. Bukan setakat itu gelombang ini membawa segala bentuk kebebasan yang memualkan. Ianya merupakan penjajahan bentuk baru. Penjajahan melalui teknologi dan penguasaan syarikat-syarikat besar.

Maka bersedialah kamu terhadap ancaman yang menyerang diri, keluarga, masyarakat dan negara kamu. Kamu hendaklah prihatin dan sedar terhadap serangan-serangan yang mendatang. Ia merupakan serangan terhadap Ialam dan penganutnya. Ia merupakan peperangan yang tiada sempadan tempat dan waktu. Peperangan ini menggunakan segala strategi dan taktik peperangan. Oleh itu saya berharap agar kamu mengambil segala punca dan sebab yang boleh memaju dan meninggikan umat ini dalam segenap bidang. Dan yang paling utama ialah keterikatan kita dengan Allah dan talinya, Al-Quran dan As-sunnah. Saya sentiasa mendoakan agar Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kamu berhadapan dengan segala bentuk fitnah dan tribulasi. Sesungguhnya Allah merupakan sebaik-baik tempat bergantung dan sebaik-baik tempat meminta pertolongan……..

Seorang sahabat bertanya Nabi “Siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi. Nabi menjawab, orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati…….

P/s- plz be noted that I’m using maxis now, no more digi :),new phone number

0 Comments:

Post a Comment

<< Home