Wednesday, May 07, 2003

AKU SEORANG PEJUANG

Aku,
Seorang pejuang
Yang tak akan mengalah
Yang tak akan berundur
Hanya kerana jasad kaku yang semakin menggunung
Hanya kerana bangunan yang roboh dan runtuh
Meski maruah bangsaku dipijak-pijak
Dihina dan dicela
Meskipun tanahku kini terjajah

Dunia,
Usah laungkan padaku kalimah keamanan
Andai kalian sendiri tidak mengerti maknanya
Bicara kalian hanyalah omongan kosong
Tidak pernah terkota terpateri
Kalian hanyalah pendusta!

PBB,
Usah sibuk dengan hak asasi
Aku sudah lali
Kalian hanya pandai berkata-kata
Sedangkan hak rakyatku tiada pernah terbela
Usah kalian bermimik pura-pura
Kalian juga yang meluluskan
Sekatan ekonomi ke atas watanku
Yang menatijahkan,
Penyakit berpanjangan
Kebuluran berlarutan

Perancis dan Jerman
Usah bergegar-gegar membantah pencabulan ke atasku
Yang akhirnya kalian juga menebal muka
Meminta keuntungan minyak bumiku
Dari tangan penjajah terkutuk!

OIC
Cukupkah hanya bersidang
Tanpa sebarang resolusi
Konon kalian pembela agama
Arab Saudi terkunci mulutnya
Mesir bak tikus mencicit ketakutan
Kalian hanya mampu melihat
Kalian membiarkan…..
Saudara sendiri derita dan sengsara

Umat muslimin
Usah bermimpi untuk berjihad
Andai kalian sendiri tidur di gebar yang selesa
Andai kalian sendiri meratah daging Mc Donald dan KFC
Jihad nafsu belum kalian terlepas
Mampukah kalian berhadapan dengan jihad yang menuntut jiwa?

Aku,
Biarpun dunia kejam padaku
Biarpun saudara seagamaku lupa padaku
Aku tetap akan berjuang
Kerana akulah perajurit
Wira bangsaku
Menegakkan Islam
Memerdekakan negaraku

Aku
Pejuang iraq

“Apa yang boleh musuhku lakukan padaku
Syurgaku ialah taman di dalam hatiku
Ke mana sahaja aku pergi ia bersamaku
Tak berpisah daripadaku selamanya
Pemenjaraan bagiku ‘khulwah’
Pembunuhan bagiku syahadah
Pembuangan negeri bagiku perlancongan”
(Imam Ibnu Taimiyah)


Chamber of secret
Huda soid

--------------------------------

Akhir-akhir nih asyik tulis sajak jer, mana artikel?mana cerpen? Banyak yang dirangka dalam otak, cuma belum lagi diterjemahkan dalam bentuk tulisan. InsyaAllah, andai ada kelapangan, saya akan cuba menulis.Tertarik menulis sajak kerana tak memakan masa yang lama, 10 minit dah siap :D

Test tort saya teruk sangat…sob3..tak pernah buat seteruk nih, case heading lupa….tuhla,salah saya jugak tak prepare awal2, esok nak exam baru baca, dok umah berfoya2 jer,mintak2 result saya tak teruk, sedih dan risau sangat nih……

Dengar khabar,malah dari sumber yang boleh dipercayai, kamilah dengan najib(couple of the year batch kitaorg :D,jangan marah aaa kamilah) akan bertunang 14/5 nih dan akan diijabkabulkan akhir bulan 8 nih. Raihan Nazlin juga khabarnya akan mengikut jejak langkah mereka berdua nih tak lama lagi (sumber daripada gopi :D). Malah kawan saya budak kisas gak budak law,juga akan mengakhirnya zaman bujangnya tak lama lagi. Saya? Pakwe pun takder lagi kui3

0 Comments:

Post a Comment

<< Home