Friday, May 02, 2003

PROBLEM PROBLEM

"isk...problem...problem..."

"isk...payah....payah....."

"isk ...isk.... tak boleh....tak boleh.."

Huda mengomel sendirian,sesekali menggaru kepalanya yang tidak gatal. musibah oh musibah......

Apa musibah yang melanda huda? Kenapa dia jadi begitu?

Arakian syahadan kisahnya hanyalah kerana dia mengalami kesukaran untuk pulang ke taman ilmu dan budi, lantaran dia tidak mempunyai kawan untuk ke sana. Maka, ayahnya lah yang akan menghantarnya dari pulau pinang ke taman ilmu dan budi. Ayahnya tidak mungkin akan membiarkan dia pulang keseorangan, kerana baginya orang perempuan kalau ingin keluar dari rumah mesti membawa mahram. waaaa...hatta kalau ingin ke pasar malam yang tidak jauh dari rumahnya pun, dia tidak dibenarkan pergi bersama kakaknya melainkan membawa adiknya yang lelaki sebagai peneman. Masalah yang dihadapi, huda sebagai seorang anak yang baik dan patuh(puji diri sendiri, masuk lif tekan sendiri) tidak mahu menyusahkan ayahnya, pegi ke kuala lumpur semata-mata menghantarnya dan kemudian pulang ke pulau pinang. Lantaran huda pula ingin pulang pada hari sabtu kerana dia mempunyai test hari isnin, dia sedari di rumah dia tidak boleh membaca buku.Rumah ialah tempat dia melepaskan rindu kepada ahli keluarga, melepaskan tensen yang sarat di kepala. Namun ayahnya seharian suntuk sibuk pada hari sabtu dan hanya akan dapat menghantarnya hari Ahad. Huda cuba meminta simpati ibunya, agar melepaskan dia pergi ke kuala lumpur seorang diri di pagi Sabtu. Ibunya mendiamkan diri, huda arif benar, bulat kata ayahnya, bulatla kata ibunya, hitam kata ayahnya, hitamlah kata ibunya.....

waaa...camner ek?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home