Sunday, May 11, 2003



HAPPY MOTHER'S DAY

Biar mengalir air mata darah, tapi andai dosa-dosa kita tidak akan dimapunkan oleh ibu, tiada gunanya hidup ini.

Selamat Hari Ibu pada emak saya, Norani bt Abdullah, terima kasih di atas segala kasih sayang yang mak berikan, terima kasih atas segala-galanya, camner anakmu ini nak balas jasa mak dan ayah...........

Hari Sabtu ader induction couse untuk fasi, pada malam tuh, ada sesi muhasabah, memang muhasabahnya biaser jer, selalu saya lalui, tapi entah kenapa bila tajuk ibu yang diungkitkan hati jadi sebak. Pada masa tuh, kitaorang disuruh tulis surat yang terakhir, andaikan itu surat terakhir yang kita nak ibu kita baca sebelum dia meninggal, memang pernah buat aktiviti macam tuh, tapi yang masa malam tuh spesel sangat. Kena cari satu tempat, luahkan isi hati kat sehelai kertas, sambil berlatarkan lagu, untukmu ibu nyanyian ae-man....memang tak dapat nak tahan.....surat yang ditulis tuh kena pos kat mak, agaknya apa reaksi mak saya bila baca surat tuh?

Cuma terfikir ibu mampu membesarkan 10 orang anaknya tapi mampukah 10 orang anak menjaga seorang ibu, ibu tak perlukan duit kita tapi perlukan kasih sayang kita. Conversation saya dengan mak malam tadik....

"Mak happy mother's day"

Mak gelak jer.....

"Aik, bukan anak ayah ker"

"Maner ader, huda anak makla, time bodek ayah jer jadi anak ayah"

Lagilah mak gelak kuat......

saya anak mak dan ayah......terima kasih mak dan ayah ..terima kasih banyak2,selama 20 tahun anak solehah kah saya? berbangga ker mak dan ayah dengan saya?



0 Comments:

Post a Comment

<< Home