ELECTION DAY
Bahang pilihanraya amat terasa lantaran hari ini hari mengundi. Mengundi pimpinan baru yang akan menjadi wasilah suara-suara mahasiswa. Moga yang akan terpilih nanti akan menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan telus, bukan sekadar hanya bermegah dengan pangkat, sesungguhnya kedudukan itu akan ditanya oleh Allah kelak.
Wah, wah, kawan saya Fad sibuk berkempen, ke mana saja asyik bawa gambar calon jer :) Malah calon kali ini ramai yang saya kenali, apa taknya kebanyakkan terdiri dari exco lawsoc. Nasib baik berkesempatan bekerja untuk millef jika tidak pasti calon-calon ini tidak saya kenali. Antaranya kak azma, kak fadzil, kak noor, kak ros, abang hasib(ex-kisasian) dan abang midi. Saya macam biasa tetap jadi 'layman' pengundi dan pemerhati pilihan raya. Namun saya kira semua warga kampus wajib mengundi, tidak perlu dipertikaikan akan hakikat itu lantaran masih ada yang bebal untuk keluar mengundi
Apa-apapun selamat mengundi, malah saya banyak menerima sms, hebahan tentang calon untuk diundi. Yang penting undilah calon yang betul-betul berkelayakan, yang dapat memegang amanah yang ditaklifkan, yang dapat menjadi suara mahasiswa, dan yang muhim yang sentiasa cuba menegakkan islam di taman ilmu dan budi.
------------------------
+ Lately saya selalu melakukan silly mistake untuk test dan kuiz, test Quranic dan Hadith baru-baru ini, saya begitu cuai dan lalai, natijahnya markah melepas begitu saja :( Malah kuiz MLS petang tadi juga melakukan kesilapan yang sama, lalai! Agak terfikir musabab kenapa perkara ini terjadi lantaran jarang saya melakukan kesilapan bodoh di test dan kuiz. Apakah yang menghijab saya? Mungkin ada dosa di mana-mana, malah saya sudah kenalpasti apakah dosa itu. Alamak, terpaksalah saya cepat-cepat memohon maaf padanya, (ustaz Burhanuddin kerana saya terlalu nakal di kelas QH, takut ustaz terasa hati )
+ Ayu berpendapat saya amat nakal sem nih. ye ker? (rasanya peratus kebenaran statement tuh agak tinggi)
+ Saya seorang yang suka mengejar kesempurnaan? hmmmm........
0 Comments:
Post a Comment
<< Home