Friday, August 01, 2003

KAU YANG KU CARI

kau yang aku cari...
bukan untuk mengangguk-angguk
dan mengiyakan segalanya tentang diri
bukan untuk berkata muluk
menggembirakan hati
bukan untuk sama ketawa
menikmati dunia dan segala isi

tapi kau yang aku cari....
adalah yang akan menggeleng
kala aku kesilapan
menunjukkan yang benar
bila aku hilang tujuan
menyatakan kebenaran
meskipun pahit dan memedihkan
mengingatkan kematian
saat dunia mengalpakan
mengulangi janji akhirat
masa aku kelelahan
menghalang aku dari rebah,
mendakapku erat
tika aku jatuh kerana kelemasan
menghidupkan jiwaku
bila mula dijajahi kegelapan

kerana kau yang aku cari...
bukan teman dunia,
mengecap suka dan jaya sementara
bahkan teman yang sejati
hatta di akhirat sana
teman duka di dunia
sama berjuang mencari redhaNya
sama dalam percintaan ini
hatta kita tiba di kemuncaknya
hari kita menikmati seagung-agung nikmatNya ...
"wujuuhun yauma-izin naadhirah"
"ila RABBihaa nadzirah"

-teman_sejati-
020802
(edited version)

*al-qiyamah, ayat 22-23

p/s- syukran kak nurin kerana sajak nih, dedicated untuk sahabat-sahabat sejati yang sentiasa menyokong perjuangan ini, syukran, kalian sentiasa hadir saat diri memerlukan, jasa dan budi kalian hanya Allah yang membalasnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home