Saturday, August 09, 2003

E-MAIL DARI GHAFIRAH ;)

From :
"ghafirah idris"

To :
huda_soid@hotmail.com

Subject :
jejak soldadu di constantinople....

Date :
Thu, 07 Aug 2003 09:54:31 +0000

aku baru lepas baca entry rona bosphorus. ada sedikit kaitan dgn sajak terbaru aku. pastinya novel ustaz zaid kali ini lebih bertenaga. teringin nak baca. tapi hari tu masa balik perlis, novel terbaru ustaz zaid dan faisal tehrani belum ada...


JEJAK SOLDADU DI CONSTANTINOPLE

Langit dan bumi Constantinople pun bersidanglah hari itu
Daerah jihad bergemerincing hunus pedang
Maka di celah darah merah syuhada’ pun mengalirlah sungai jihad
Dan berserakan musyrikin menjadi debu-debu yang mengaibkan


Rom tersungkur di takdir Al-Fateh
70 bahtera ditarik dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas
Runtuhlah tembok Constantinople dalam kibaran panji Islam
Ghuzwah 54 hari menghitung athar gemilang dalam dakapan tarikh Khilafah Uthmaniah
"Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya."

Kuffar tersentak di firash maut
Takbir bergema mengundang gementar seteru
Iman dan keberanian berkilau di hujung saif mujahidin
Thabat hati terikat kalimah hakiki
Lantas gendang falah pun dipalu

Di khazanah sejarah Istanbul
Masyhurlah Muhammad Al-Fateh, ‘Grand Seigneur’ nan agung!

Ya shabab!
Pecutlah kuda perang soldadu Al-Fateh
Biar tanah-tanah mereka berantakan
Dan suara jihad menembusi kota hingar kebaculan kuffar
Lantas yang akan mereka lihat hanyalah miraj kepalsuan
Kerna tatkala taqwa kalian qasad di dada
Ketika itulah kan kutemui jejak soldadu di Constantinople yang sudah lama kucari….

Nukilan :
Ghafirah bt. Idris
25 Julai 2003
UIA , Pj
( Informasi dipetik daripada Dewan Agama dan Falsafah Julai 2003 )

*jazakillah yer gopi, my bestfrenz, membaca sajak gopi sememangnya best!*

0 Comments:

Post a Comment

<< Home