Thursday, July 31, 2003



MELARIKAN DIRI

Hairan?
kenapa dia melarikan diri,
bersembunyi

Adakah?
kerana dakyah-dakyah dusta
omongan-omongan yang ditaburkan
sehingga,
aku percaya
malah bercambah bibit-bibit simpati
mengembang bunga kasihan

mulanya
padaku dia tabah
tegar
namun rupa-rupanya semuanya palsu
sungguh,
kejap sungguh topeng yang dipakai

namun,
segalanya terungkai
topeng tak mampu menutup muka

lantas,
perlukah kau melarikan diri?

chamber
hudasoid

0 Comments:

Post a Comment

<< Home