Saturday, February 19, 2005



my team mate utk syariah moot, bukhari. redzha, hudasoid, daud dan shun
Gambar Quran menunjukkan itu sumber authority kami yang utama, dan yang bukhari pegang tuh ialah bundle of authority, dalamnya ada authority dari ayat Quran, hadith, decided cases, statutes, and treaties (buat bundle yang penat giler heh)
tq, shun, daud, bukhari, redza coz trust me+invite untuk join group korang


bergambar dengan group nazri pada malam penentu siapa masuk final, group nazrilah group yang banyak saya luangkan masa dengan mereka + intai2 diaorg punya bundle hehe, sbb group diaorg nih banyak pompuan, group saya, hudasoid saya satu2nya pompuan di group tersebut :)

**********

Nih soalan dia, kalau rajin try la jawab hehe

MAHKAMAH MUT, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

Aliya Majid Khan lwn……………. Perayu
Mohd. Masood Abdullah@ Tom Cruise Responden


Kedua-dua parti telah berkahwin pada 14.4.1991 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
1) Kulsoom, dilahirkan pada 2 Ogos 1992, kini berumur 13 tahun. Sejak dilahirkan, dia dibesarkan oleh Zaara Amanullah Khan, ibu si Plaintif
2) Saima, dilahirkan pada 17 Januari 1995 kini sudah berumur 10 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Johor, dijaga dan dibesarkan oleh ibu si Defendan, Elizabeth Taylor dan isteri defendan, Angelina Jolie, sementara Defendan bekerja dan tinggal di Brunei.

Berikut penceraian pada 22 Jun 2001, tiada perintah yang dibuat berkaitan dengan hak penjagaan dan penyenggaraan anak-anak tersebut. Penyenggaraan Kulsoom ditanggung oleh Plaintif dan Saima pula ditanggung oleh Defendan.

Manakala pada 2002, Plaintif telah berkahwin pula dengan Mahmood Ali. Defendan pula telah berkahwin dengan seorang penganut agama Kristian dari Amerika, Angelina Jolie dan mereka mendapat seorang anak bernama Lizzie Cruise. Lizzie dijaga oleh ibu si Defendan dan isterinya yang beragama Kristian, sementara si Defendan bekerja di Brunei.

Berdasarkan fakta tersebut, pihak Plaintif memohon kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan perintah untuk hak penjagaan dan penyenggaraan kedua-dua anaknya pada Januari 2003.

Semasa prosiding, pihak Defendan di dalam Akuan Berkanun (Statutory Declaration) yang dibuat pada 5 April 2003 menyatakan pada perenggan 5,

“Pada Julai 2001, saya telah membuat keputusan untuk keluar daripada agama Islam dengan kerelaan hati saya sendiri. Saya telah menandatangani Akuan Berkanun pada 16 Julai 2001 untuk menyatakan niat saya untuk keluar dari Islam”

Pada perenggan 7, defendan menyatakan, saya sekarang telah menganut agama Kristian dan saya sekarang dipanggil menggunakan nama Kristian saya, Tom Cruise.

Kemudian ketika perbicaraan, apabila Defendan sedar bahawa beliau mungkin kehilangan anaknya, dengan kebenaran daripada Mahkamah pada 16 Mac 2004, Defendan telah menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk keluar daripada agama Islam. Defendan telah membuat keputusan yang menyeleweng berdasarkan nasihat kawannya, Phil Collin yang telah menasihati defendan untuk keluar dari agama Islam untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang oleh Mahkamah Syariah ke atas dirinya.

Selain itu, Defendan telah menyatakan bahawa dia tidak pernah memohon untuk keluar daripada agama Islam dari Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah malah dia juga tidak memegang apa-apa sijil atau arahan mahkamah untuk mengesahkan penukaran agamanya. Defendan juga telah menyatakan bahawa dia adalah Muslim dan dalam perancangan untuk mengislamkan isterinya, Angelina Jolie.

Pihak Plaintif dalam penghujahan mereka, menyatakan bahawa berdasarkan Akuan Berkanun dan kenyataan yang dibuat oleh Defendan semasa perbicaraan bahawa dia telah meninggalkan Islam, serta perkahwinannya dengan seorang Kristian dan kini telah pun mempunyai anak hasil perkahwinan tersebut dan selain itu Saima dipelihara oleh ibu si Defendan dan isterinya yang kristian, maka amatlah penting untuk menjaga kepercayaan Saima terhadap Islam.

Sebelum menutup penghujahan, Plaintif melalui Notis Permohonan dan affidavit bertarikh 7 Oktober 2004, memohon mahkamah untuk menyertakan Zaara Amanullah Khan, berumur 51 tahun, sebagai Plaintif kedua, Zaara adalah ibu kepada Plaintif dan nenek kepada kedua-dua anak Plaintif, Kulsoom dan Saima

Di dalam affidavit permohonan Plaintif seperti yang tercatat pada perenggan:
(2) Ianya adalah perlu dan penting untuk menyertakan ibu si Plaintif, Zaara Amanullah Khan, sebagai Plaintif kedua, oleh kerana beliau yang telah membesarkan Kulsoom sejak dilahirkan
(3) Kedudukan Zaara Amanullah Khan sebagai ibu kepada Plaintif dan ibu mertua kepada Defendan, berkait rapat dengan permohonan penjagaan.

Defendan telah memfailkan affidavit bantahan pada 8 Oktober 2004, dan menyatakan dalam perenggan;

(4) Merujuk kepada perenggan (2) affidavit plaintif, permohonan itu dibantah dan defendan berhujah bahawa permohonan tersebut telah dibuat terlalu lewat, yakni selepas tamat proses penggulungan semua bukti telah pun diambil dan hanya menunggu penghujahan hakim dan keputusannya

(5) Defendan percaya bahawa sebarang tambahan daripada mana-mana pihak ketika ini akan memberi kesan kepada kes Defendan, akan memanjangkan tempoh perbicaraan dan perbuatan ini tidak akan selesai dan tidak selari dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Pihak Defendan juga mempertikaikan motif dan tujuan penambahan ini dan mempersoalkan mengapa kemasukkannya tidak dipertimbangkan dari mula lagi sebelum Defendan dan saksi-saksinya dipanggil untuk prosiding perbicaraan.

(6) Pihak defendan memohon pihak Mahkamah untuk mempertimbangkan proviso di dalam Seksyen 20 (1)(a) Akta Prosedur Sivil Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah menolak permohonan dan memutuskan bahawa:

1- Zaara Amanullah Khan tidak boleh menjadi parti di dalam prosiding ini berdasarkan kepada hujah dan sebab yang telah dinyatakan oleh Defendan di dalam perenggan (4), (5) dan (6) affidavit pihak Defendan yang bertarikh 8 Oktober 2004

2- Kedua-dua anak tersebut akan kekal seperti sebelum perbicaraan atas sebab kedua-dua ibi bapa mereka telah pun berkahwin lain.

3- Defendan masih lagi seorang Muslim kerana beliau telah salah nyata untuk menjadi bukan Muslim oleh kawannya sedangkan Defendan tidak mempunyai niat untuk meninggalakn Islam

4- Oleh kerana itu, tiada isu tentang priority penjagaan, malah kedua-dua anak tersebut telah mencapai tahap mumayyiz

5- Penyenggaraan akan ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa

Pihak Plaintif membuat rayuan menentang pengguguran kedua-dua permohonan kepada Mahkamah Mut Universiti Islam Antarabangsa.

************
Group 6

1) Bukhari Alias ( perayu)
2) Nurul Huda bt Soid (perayu)
3) Shamsul Qamar ( responden)
4) Daud ( responden )
5) Redza Khazale ( Peguam cara)

Pre-liminary round
1) Perayu :
Bukhari Alias
Nurul Huda bt soid

Reponden :
Kak Ros
Kak Sila

menang : perayu

2) Responden :
Shamsul Qamar
Daud

Perayu:
Nazri
Marsilawati

Menang : responden

Semi final
1) Perayu:
Bukhari Alias
Nurul Huda bt Soid

Responden:
Azmir zakaria
Huda Akmal

Menang- perayu

2) Responden
Shamsul Qamar
Daud

Perayu:
Maslina
Zihah

Menang- Responden

Quarter-final
1) perayu:
Bukhari Alias
Nurul Huda bt Soid

Responden
Suhaimi
Hartinie

Menang: Perayu

2) Responden
Shamsul Qamar
Daud

Perayu:
Group kakak2 3rd year

Menang: Perayu

Final round, Isnin, 21 Februari 2005

Perayu: Group kakak 3rd year

Responden:
Shamsul qamar
Daud



Alhamdullillah, team kitaorg masuk final :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home