Thursday, January 06, 2005

AHLAN 2005



Semoga 2005 membawa perubahan...ameen.

APA KATA MEREKA TENTANG TSUNAMI?

"Setelah banyak bencana berlaku, di dunia hari ini termasuk tsunami, saya percaya ramai yang ingin melihat sesuatu yang cantik. Dengan menonton jelitawan ini, saya berharap mereka akan melupakan sejenak kesengsaraan itu,"-sheila majid (penyanyi) ketika ditanya mengapa menjemput 21 jelitawan model untuk menjayakan klip video terbarunya.

"Siti tumpang sedih dengan bencana yang berlaku hingga mengorbankan lebih 60 nyawa di negara kita" Siti NurtsunamiSiti Nurhaliza (penyanyi) dalam temubualnya mengenai konsert Siti Nurhaliza Indonesia Tour yang berlangsung di Jakarta pada masa yang sama Acheh dilanda Tsunami. Siti kelihatan mengesat air matanya (taktik air mata mengemis simpati peringkat ke 8)

"Tsunami ialah natural disaster. Ia terbentuk disebabkan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang melanda Indonesia yang menghasilkan ombak yang mampu bergerak sejauh 50 km sejam" -Ahli saintis Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat yang mati-mati menafikan hubung kait tsunami dengan religious factor dengan menyatakan tsunami hanyalah 'natural' disaster.

"Tsunami? owh, i don't care. I come to Phuket to have fun"- pelancong asing, yang dilihat berjemur di pesisiran Pulau Phuket selepas beberapa hari kejadian Tsunami (sambil melihat panaroma bangunan runtuh agaknya)

"Tsunami, ada la dengar sikit-sikit, tapi tak ikut sangat, saya bz nih, ada banyak test minggu ni"-seorang student di salah sebuah universiti di ibu kota, universiti yang mempunyai nama 'Islam' di tengahnya.

"I ingatkan Tsunami tuh nama bibi Indonesia, bibi Indonesia di rumah I namanya tuminah, tsunami-tuminah, macam nak dekat sama hehe, takperlah nanti I suruh husband I derma banyak-banyak guna cek besar-besar, biar satu Malaysia tau family I yang derma"-datin x, yang ditemui di sebuah pusat membeli belah, memakai selendang, sambil rambut berwarna merah tersembul kehadapan.

"Tsunami? Apa tuh? jeli sumi ker?"- seorang budak berumur 5 tahun sambil memegang jeli sumi (jeli sumi ialah satu jenis junk food yang selalu dijadikan hadiah hamper hahaha)

"Tsunami ialah peringatan Allah pada kita, setelah berlakunya banyak kemaksiatan di muka bumi hari ini. Allah itu Maha Berkuasa, dengan mengatakan kun fa ya kun semuanya mampu terjadi. Semoga kita mengambil iktibar dari tsunami ini...bla.....bla..bla" -hudasoid (pelajar jurusan civil dan Syariah) yang ditemui sibuk mengajak kawan-kawannya menderma untuk mangsa tsunami :D

*Saya cuma takut, dengan kejadian tsunami, ramai missionaries datang ke Acheh, memberi bantuan kewangan, moral dan sebagainya sambil dalam masa yang sama mencucuk jarum dakyah kristian. Mengapa kita tiada Islamic Missionaries seperti mereka? Owh, derma untuk bangsa Islam sendiri di Acheh pun, angka yang besar-besar datangnya dari penderma bukan Islam.*

0 Comments:

Post a Comment

<< Home