Friday, January 14, 2005

Sebenarnya mahu post lukisan terbaru di sini tapi lupa pula mahu scan heh

TEGAS?

" Nota hudasoid? Mau ker dia kasi pinjam nota kat aku?" seorang budak lelaki x memberitahu seorang kawan saya.

"Aku takut la dengan ko. Muka ko serius." seorang budak lelaki y memberitahu saya ketika sama-sama buat kerja ketika MILLEF dulu.

"Tak sangka hudasoid tuh sanggup berlakon ali baba masa kelas IBT. Ingatkan dia tu budak skema, tak sangka berlakon lawak giler" serang budak laki z memberitahu kawan saya.

"takutlah nak kawan dengan huda, dia tuh macam sombong jer," seorang budak lelaki m, memberitahu kawan saya.

"kem salam kat huda, saya takutlah nak cakap dengan dia," seorang kawan yang menelefon dari UK,(juga pernah bekerja MILLEF sekali) memberitahu seorang kawan saya.

Saya akui saya agak tegas, tapi setakat ni saya belum pernah makan orang. Jadi, jangan takut dengan saya

LAGI TSUNAMI

petikan dari utusan online:

Cuba sebar ajaran Kristian
BANDA ACEH 14 Jan. - Pertubuhan-pertubuhan bantuan Kristian yang memasuki Aceh menyebarkan ajaran agama itu secara diam-diam di samping menghulurkan bantuan kepada mangsa tsunami.


Mereka dikatakan berbuat demikian walaupun mereka khuatir kehadirannya boleh mencetuskan sengketa agama.


Sungguhpun pertubuhan Islam memaparkan identiti mereka secara terang-terangan, kumpulan Kristian itu tidak menonjolkan identiti mereka, malah mengarahkan pekerja-pekerjanya supaya tidak mempamerkan nama gereja atau memakai salib.


``Kami lebih suka memenuhi keperluan fizikal lebih dahulu,'' kata William Suhanda, seorang rakyat Indonesia daripada pertubuhan Kristian `Cahaya Kasih Untuk Aceh'.


Di seluruh rantau Lautan Hindi, berpuluh-puluh kumpulan berasaskan agama menyertai operasi bantuan berikutan bencana tsunami 26 Disember lalu.


Mereka termasuk kumpulan-kumpulan Islam yang mengedarkan naskhah Al-Quran bersama-sama bantuan beras dan gula yang mereka salurkan kepada mangsa dan pertubuhan Kristian evangelis (mubaligh) yang aktif pula menyebarkan ajaran Kristian.


Kehadiran mereka paling ketara di Indonesia di mana keperluannya paling mendesak dan kerajaan yang kesempitan wang membuka pintu seluas-luasnya kepada pertubuhan bantuan asing.


Kumpulan itu membantu mengedarkan makanan di Banda Aceh dan mahu membawa 50 kanak-kanak Aceh ke sebuah rumah anak yatim Kristian di Jakarta.


``Kami juga mahu mendedahkan mereka kepada nilai-nilai agama Kristian.


``Tujuannya supaya mereka dapat melihat bahawa kita mengajar manusia supaya mencintai Jesus Christ (Isa). Tetapi di sini bukan tempatnya untuk membawa kitab Bible,'' katanya.
Bagaimanapun evangelis (mubaligh) Kristian seperti Mark Kosinski dari Amerika Syarikat (AS) berkata, adalah mustahil untuk memisahkan aktiviti bantuan daripada perbuatan berkongsi ajaran Kristian dengan mangsa bencana.


Kosinski mengakui telah diingatkan supaya jangan terlalu ghairah hendak menyebarkan ajaran Kristian tetapi beliau menegaskan beliau mempunyai `tugas untuk dijalankan.' - AP



0 Comments:

Post a Comment

<< Home