Perhatian- sila abaikan entri tentang saya mahu berontak.
Biasalah dalam hidup ini, tambah-tambah bila melalui zaman remaja, kadangkala hati menjadi kacau dan kalut
kadangkala diri mahu berontak, membuat perkara-perkara bodoh hanya demi menagih perhatian
Tapi hanya iman dan waras akal yang mampu memandu hati...
Saya tak berontak (walaupun dah buat sedikit jer dari pemberontakan tersebut :D), tak sampai hati mahu berontak, bila teringat wajah mak dan ayah :D
Maka, sila abaikan entri tersebut (juga lenguh mahu menjawab persoalan-kenapa huda mahu berontak?heh)
**********
Kata ayu senarai student untuk celebrating student excellence sudah keluar, check di papan nota di depan ofis law
Alhamdullilah, Allahu akbar, segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat yang melimpah buat saya, sedang saya sentiasa alpa dan lupa padaNya.
Senarai student untuk tahun ini, makin sedikit, batch saya cuma 4 orang saja, 3 perempuan (budak syariah) dan seorang budak lelaki (budak civil)
Ini bukti saya tidak berontak kan?
Kalau tahun lepas, saya menjadi wakil batch naik ke pentas, mengambil sijil dari rektor, tahun ini? heh, tunggu dan lihat sajalah
*************
Saya baru habis program Semaian Mawaddah pada minggu lepas yang bertempat di Bukit Cerakah. Program ini menggabungkan pelajar dari uia, utmkl, ukmkl, kolej telekom, kolej brindley, dan utp. Alhamdullilah program berjalan lancar, malah saya ditaklifkan menjadi assistant director dan kem komanden.
Inilah kali pertama saya mengikuti program camping, sebelum ini ayah tak pernah mengizinkan, juga kali pertama tidur dalam khemah dan bergilir-gilir hirasah. Pengalaman baru :D
Bertemu dengan student utmkl, bersua muka dan berbual-bual, kebanyakkan menyatakan keinginan mereka pada program-program sebegini - program tarbiyah. Malah ramai yang berkeinginan mahu menyertai usrah. Alhamdullillah. Kadangkala dalam menjadi seorang pendakwah, kita perlu keluar dari kepompong yang ada, keluar dari lingkungan yang ada dan cuba bercampur dengan masyarakat.
Sesungguhnya mereka dahagakan ilmu dari kita
1 Comments:
huda, mabruk :)
Post a Comment
<< Home