OWH... ISLAM HADHARI
Serbuan di Zouk: Tindakan JAWI bertentangan dengan Islam Hadhari!
Oleh Sharifah Shahirah Syed Barakbah
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa simpati terhadap Jeslina Hashim, seorang artis yang terlibat dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kelab Zouk di Kuala Lumpur baru-baru ini. Saya juga turut bersimpati dengan lebih kurang 100 orang pemuda dan pemudi yang turut ditahan oleh JAWI.
Saya ingin jelaskan di sini bahawa serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh JAWI ini amat bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari yang bertamadun tidak pernah membenarkan seseorang diperlakukan dengan kasar oleh pegawai-pegawai JAWI apatah lagi dia ditahan di tempat yang jelek bagi seorang Islam untuk kunjungi serta dalam keadaan yang mengaibkan sehingga mendapat layanan seperti seorang ‘banduan’.
Saya ingin mempersoalkan mengapa tiada peraturan yang jelas mengenai pengunjung yang dibenarkan pergi ke pub-pub atau kelab-kelab malam, adakah orang Islam dibenarkan? Apakah pakaian yang dibenarkan? Mengapa tidak dijadikan ia peraturan, dan jika sesiapa yang langgar peraturan tersebut? Ini tentunya membawa maksud tindakan ini amat bertentangan dengan Islam Hadhari. Islam Hadhari yang memfokuskan tentang ketamadunan bangsa dan kemajuan negara tidak pernah menyalahkan individu apabila individu terbabit tidak menutup aurat. Apatah lagi jika seseorang itu memakai baju tanpa lengan. Ini kerana individu terbabit bukanlah seksi sehingga meniru artis barat yang terang-terangan lari dari nilai ketimuran. Islam Hadhari juga tidak mengharamkan hiburan kerana pemuda-pemudi Islam juga wajar mendapatkan hiburan selepas penat lelah bekerja atau belajar di siang harinya. Apakah mereka bersalah sekiranya mereka ingin bersuka dan berhibur sambil mendengar lagu kesukaan mereka secara ’live’? Tindakan JAWI itu telah mencemarkan imej Islam Hadhari yang tentunya melarang seseorang menghina remaja wanita berikutan pakaian mereka yang dikatakan kurang sopan dan tidak membenarkan salah seorang daripada mereka ke tandas untuk membuang air kecil.
Saya amat menyokong tindakan yang diambil oleh kepimpinan Pergerakan Puteri **** Malaysia yang menyediakan sebuah pasukan peguam untuk membantu remaja-remaja wanita yang terlibat bagi mendapatkan hak pembelaan yang sewajarnya di mahkamah. Saya juga menyeru agar pihak JAWI atau mana-mana pihak berkuasa agama negeri supaya tidak menjalankan operasi penguatkuasaan tanpa mengikut garis panduan umum dan etika yang disediakan disamping mendapatkan aduan awam terlebih dahulu.
Saya juga mengambil kesempatan di sini mengingatkan para mufti dan agamawan tanahair khususnya Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria agar tidak membelakangi pihak berkuasa agama dengan mengeluarkan fatwa sebarangan seperti yang beliau katakan bahawa Konsert Sure Heboh TV3 adalah haram. Saya berpandangan Konsert Sure Heboh TV3 patut diteruskan kerana ia mendatangkan keuntungan kepada syarikat televisyen terbabit yang secara tidak langsungnya menambahkan hasil pungutan cukai kerajaan. Sekiranya pihak terbabit menganggap konsert tersebut menghalang orang ramai menunaikan solat Maghrib, orang ramai sebenarnya tidak dihalang untuk menunaikan solat Maghrib sebelum menyaksikan konsert terbabit.
Saya berharap kejadian yang memalukan sebegini rupa haruslah dijadikan iktibar oleh JAWI dan pihak berkuasa agama negeri yang lain supaya ia tidak lagi berulang di masa hadapan. Marilah kita sama-sama memajukan negara kita dengan memberikan sumbangan yang lebih berfaedah.
Sharifah Shahirah Binti Syed Barakbah Alor Setar, Kedah. Bekas Exco Pergerakan Puteri **** Malaysia -
1 Comments:
isk isk isk...makcik nih...dia ni nak ikut hukum TUhan ke nak ikut hukum manusia?...dah tak hingat nak mati agaknye...nauzubillah...(marahnye mode)
Post a Comment
<< Home