NEIJI...NEIJI..
neiji wajah lama
neiji new appearance...cayalah neiji memang bergaya :)
Pelajar UIAM pemidato terbaik debat undang-undang antarabangsa
WASHINGTON 4 April - Melati Abdul Hamid, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memenangi anugerah ``Pemidato Terbaik'' dalam satu debat untuk pelajar jurusan undang-undang dari seluruh dunia.
Melati, 23, dan rakan sepasukan dari UIAM terdiri daripada Siti Aliza Alias, Asma Mohd. Yunus, Fadiah Nadwa Fikri dan Ng Boon Ka menjadi naib juara selepas melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Mahkamah Mut Antarabangsa Philip C. Jessup di Ceremonial Court di sini Sabtu lepas.
Piala berprestij itu dimenangi oleh pelajar dari Universiti Queensland, Australia.
Pasukan bertanding membahaskan isu perundangan antarabangsa mengenai soal pengangkutan bahan nuklear menerusi perairan negara lain. Sebanyak 102 universiti menyertai pusingan antarabangsa pertandingan selama seminggu itu.
Pencapaian UIAM tahun ini adalah terbaik selepas sembilan kali mengambil bahagian sejak 1994. Tahun lepas, ia memasuki peringkat suku akhir. Sebelum ini, pelajar Malaysia berjaya memenangi Best Memorial Award bagi hujahan balas pada 2000.
``Inilah paling hampir sekali untuk kami menjuarai piala ini,'' kata Melati pada majlis makan malam meraikan peserta Malaysia di kediaman Atase Pendidikan Malaysia, Rosllan Ismail di Oakton, Virginia, dekat sini semalam.
``Kami bukan hanya membawa bendera Malaysia tetapi juga dunia Islam. Menyedari tentang pandangan Barat mengenai wanita Islam, kami mampu memberitahu mereka apa sebenarnya itu wanita Islam,'' katanya.
``Kami semua gementar tetapi lega selepas semuanya berakhir,'' kata Melati, anak kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamed, yang turut berada di sini untuk memberi sokongan moral.
Melati, pelajar tahun ketiga UIAM, berharap mendapat peluang mengikuti latihan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
Abdul Hamid pula berkata, beliau bangga bahawa pasukan Malaysia telah sampai ke pertandingan akhir dan acara itu adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar Malaysia kepada pengalaman di luar universiti dan juga di luar negara. - Bernama
fad and other mooters, congrate! cayalah. Fad adalah salah seorang best fren saya di matrik selain gopi. Fad dah berjaya buat sesuatu yang membanggakan dalam hidup dia, macam tu juga dengan gopi, berjaya dengan penulisan. huda? huhu huda juga perlu buat sesuatu :)
Fad, i'm proud of u
---------------
NASIONALISME MELAYU-BERTENTANGAN DENGAN ISLAM?
Apa perbezaan patriotisme dan nasionalisme?
Patriotisme ialah perasaan cintakan tanah air, rasa kasih dan rindu dan sebagainya. Seperti rasa rindu Bilal terhadap Mekah ketika berhijrah ke Madinah, beliau meluahkan rasa rindunya melalui rangkap sajak yang sayu dan indah:
'Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam,
Di sebuah lembah dikelilingi rumput rumpai dan tumbuhan,
Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali,
air kolam Majannah
Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung shammah dan Tufail'.
Contoh lain, ketika Rasullullah mendengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindahan Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah. Baginda bersabda "Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang.
Dalam buku Himpunan Risalah Imam Hassan Al-banna, jika ini yang dikatakan patriotisme maka pendirian Ikhwanul Muslimin, menerima patriotisme dan ianya tidak bertentangan dengan Islam.
Nasionalisme pula ialah perasaan berbangga dengan kegemilangan generasi terdahulu, contohnya kegemilangan seorang ayah yang menjadi kebanggaan seorang anak. Pendirian Ikhwanul Muslimin, menerima semangat nasionalisme, seperti sabda nabi:
"Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam jika mereka memahami"
nasionalisme yang ditolak Islam
Namun apa yang ditolak dari semangat nasionalisme jika berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain dan ini bercanggah dengan Islam contohnya perasaan nasionalisme jahiliyyah. Seperti sabda Nabi:
" Allah telah membersihkan kamu daripada nilai jahiliyah dan budaya berbangga dengan nenek moyang. seluruh manusia berasal dari Adam dan Adam daripada tanah. Tiada kemuliaan bagi orang arab berbanding bukan arab kecuali ketaqwaan"
nasionalisme melayu?
Daripada pengertian di atas, dapatlah difahami, nasionalisme juga bermaksud perasaan berbangga serta cenderung terhadap puak dan bangsa sendiri. Bagaimana dengan nasionalisme melayu? Adakah bercanggah dengan islam?
Nasionalisme yang dilarang ialah jika terlalu mengagungkan bangsa sendiri sehingga berlaku tidak adil terhadap bangsa lain, kerana di dalam islam, semua manusia ialah sama. Jadi bagaimana pula dengan keistimewaan Melayu (malay privelege) yang hanya diberikan kepada bangsa Melayu dan tidak pada bangsa lain. Atau tanah rizab Melayu, yang hanya boleh dijual dan dibeli orang Melayu, atau sistem kuota di universiti yang nyata memberi peluang yang besar kepada orang Melayu serta keistimewaan yang lain. Bolehkah ini dianggap suatu yang adil, memberi pada satu bangsa tertentu dan tidak pada yang lain? Bolehkah ini dikatakan merendah-rendahkan bangsa lain? Jika ya, adakah ini bercanggah dengan Islam?
Maka, saya terfikir tentang contoh kegemilangan negara Islam Madinah, yang juga terdiri daripada masyarakat majmuk, islam, yahudi, nasrani dan sebagainya. Bagaimana kemudiannya bangsa-bangsa lain memeluk agama islam, dan akhirnya majoriti penduduk Madinah beragama islam.
Namun bagaimana pula dengan Malaysia? Kita sudah hidup hampir puluhan malah ratusan tahun bersama dalam masyarakat majmuk, namun berapa peratus saja bangsa lain yang tertarik dan memeluk agama islam. Dimanakah silapnya?
Bolehkah jika saya katakan silapnya ialah apabila kita memberikan keistimewaan pada bangsa Melayu dan tidak pada bangsa lain dan keadaan ini berlaku sejak ratusan tahun lamanya. Biarpun ramai yang menyatakan melayu tidak semestinya islam, namun di Malaysia, maksud 'melayu' dalam Federal Constitution ialah mereka yang bertutur dengan bahasa Melayu dan menganut agama Islam. Serta di Malaysia, melayu memang sudah sinonim dengan Islam. Maka dengan menetapkan keistimewaan pada golongan Melayu, ia seolah-olah refleks yang Islam bersikap pilih kasih dan tidak adil. Mungkin ini yang bermain di fikiran bangsa lain, kerana mereka tidak memahami Islam secara mendalam. Maka perasaan ini berakar umbi dalam hati mereka, malah fikiran ini sudah sebati dalam diri mereka, sedangkan Islam yang sebenar tidak begitu.Jika pada situasi begitu, adakah anda fikir mereka akan tertarik pada Islam?
Cara yang terbaik kita kaji semula cara Rasullullah ketika mentadbir negara Islam Madinah, bagaimana layanan Rasullullah terhadap orang islam dan orang bukan islam.
wallahu'alam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home