SAYA YANG MASIH MENGANGGUR
Ramai yang bertanya saya tengah buat apa sekarang ini, malah ada rakan yang menelefon memberitahu ramai yang bertanya pada dia apa yang telah saya buat saat ini.Maka jawapan saya bagi mereka yang bertanya- SAYA MASIH MENGANGGUR
Saya menghabiskan double degree dalam shariah law pada tengah bulan 11, asalnya mahu rehat-rehat tidak mahu berkejar2 mencari kerja, ya mungkin disebabkan janji yang ditaburkan oleh sebuah badan kerajaan pada saya-lepas saya habis belajar beritahu pada mereka. Jadi ketika hampir habis semester terakhir shariah, ketika ramai rakan-rakan saya menghantar permohonan kerja atau chambering, saya tidak melakukan apa-apa, cuma lihat saja, yang akhirnya lepas habis belajar, janji yang pernah ditaburkan hanya tinggal janji
Saat ini, ramai sahabat saya yang sudah bekerja, ada yang bekerja di AG, petronas, chambering, jadi lawyer, ambil master mahupun menghadiri FSTEp training ( training yang dianjurkan oleh Persatuan bank-bank malaysia dan di sponsor oleh bank negara), dan saya hanya masih menganggur. FSTEP mengingatkan saya tentang saat dilema untuk membuat keputusan, antara minat dan kontrak saya dengan sebuah syarikat petroleum di malaysia, yang memberi saya biasiswa sepanjang pengajian, tetapi tidak memberi jaminan kerja, hanya menyuruh saya menunggu 6 bulan dari tarikh report habis study. Menerima fstep yang trainingnya setahun, yang jika quit perlu membayar balik elaun yang telah bank negara berikan, menyebabkan pada 7hb january, saya mengecewakan sahabat saya aton, dan tidak hadir pada registration day. maka impian saya yang ingin menjadi salah seorang shariah advisor di bank negara, mungkin hanya tinggal impian.
Alangkah baiknya kalau saya seorang yang determine, sanggup berbuat apa saja demi sebuah cita-cita, determine seperti beberapa rakan saya, yang membuat chambering kerana mahu menjadi lawyer, yang ambil master kerana memang mahu jadi academician. saya? akan chambering kalau tidak ada peluang yang lain dan juga berkira-kira mengambil master sebagai jalan terakhir malah tidak fokus tentang masa depan saya.
dalam jangka masa menganggur ini, saya mula memahami sesuatu perkara, yang dahulunya saya memang tahu, tapi mungkin tidak mendalam kefahamannya-iaitu tentang rezeki. Baru saya sedar tidak perlu pointer yang tinggi untuk mendapat kerja yang diinginkan, kerana semuanya adalah tentang rezeki dan mungkin kerja yang memang sangat-sangat impikan mungkin adalah sesuatu yang bukan terbaik untuk kita.
Doakan saya dimurahkan rezeki, mendapat kerja secepat mungkin!
4 Comments:
bank negara apply je,just submit resume.. ada rezeki ada la peluang,tak di situ tempat lain pun ada..
betul..pointer tinggi tidak menjamin kita akan mudah dapat kerja/menjadi pekerja cemerlang
alam kerja, semuanya bermula dari bawah
do`a huda, do`a banyak-banyak..
salam huda.lame x dgr khabar...huda,setiap yg berlaku ad hikmahnya..setiap kesabaran pasti akan dibalas oleh Allah s.w.t..Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar segala rintihan hati kita.Semoga Huda bersabar dan ingatlah,rezeki setiap hambaNya sudah ditentukan,cuma lambat atau cepat jer..yang pasti....Insya Allah...jazakallah.
salam...
Huda, rasa mcm kenal ye...
Soal kerja ini, soal rezeki...insyaallah berusahalah..rezeki mmg sukar diramalkan...Insyaallah ada rezekinya nanti..walaupun bukan dari bidang pengajian kita..
Post a Comment
<< Home