BETWEEN TUTE AND JUMAAT PRAYER
Saya sudah lambat. Cepat-cepat jalan ke victoria university untuk tute Public International Law. Tute mula pukul 1, pukul 12.50 baru saya keluar dari rumah. Sangat sangat lambat. Tengah saya kalut berjalan, melintasi jalan yang berhadapan dengan post office victoria market berdekatan dengan Stork Hotel, seorang lelaki kemas berkot, berkaca mata menegur saya. Dia tidak putih dan tidak gelap, kulit sedang-sedang, dengan jangut dan misai tersisir rapi. Saya meneka dia orang India atau Pakistan kerana raut wajahnya ala-ala hindustan, dan bahasa english nya kedengaran telo India yang agak pekat. Tidak tinggi dan tidak terlalu rendah, ketinggian seperti kebanyakan lelaki asia.
Melihatkan dia kelihatan resah, saya meneka bahawa dia bukan penduduk local Australia. Tekaan saya betul bila dia menanyakan saya satu soalan. Dia yang berkot, saya rasa dia punya urusan kerja di Australia, kerna jika dia hanya seorang pelancong, sudah tentu dia akan berpakaian santai. Saya menemui dia berhampiran dengan Victoria Market-saya meneka, mungkin dia baru selesai membeli souvenir untuk famili dan sanak saudara, tambahan dengan beberapa beg plastik yang dipegangnya.
Dia bertanyakan saya masjid, kerna hari itu hari jumaat-solat jumaat. Saya yang tengah kekalutan sedikit blur, dan kemudian memberitahu masjid terdekat di jeffcott, ICV. (maaf,saya tidak tahu di frank tate, Melbourne Uni ada conduct jumaat prayer). Kalau mahu berjalan dari tempat dia berdiri dengan ICV mungkin mengambil masa 20 minit. Ketika itu sudah pukul 1, dan zuhur masuk pukul 12.30, mungkin solat jumaat sedang berjalan sekarang. Dia agak sedikit resah, dan tidak tahu jalan ke ICV. Saya memberitahu cara ke sana, dengan menaiki trem, (kerna dia ingin cepat) dan berhenti di Spencer St. Dan saya tinggalkan dia dalam keadaan masih tanda tanya (saya rasa, kerna wajah dia mengambarkan begitu) kerna saya sudah sudah lewat ke tute. Malahan inilah pertama kali saya betul-betul prepare untuk tute.
Sedang saya berjalan (lebih kurang 3 minit berjalan), hati saya berperang, mengapa tidak saja saya menolong dia menunjukkan jalan ke ICV. Tapi syaitan menghasut saya, jika saya menolong dia, saya akan terlepas tute. Saya yang masih berkira-kira, akhirnya mengambil keputusan untuk berpatah balik,mencari lelaki tersebut untuk membawanya ke ICV. Saya melihat ke arah orang yang beratur di trem, namun lelaki tersebut tiada. Di antara kekalutan orang yang melintasi jalan- dia masih tiada. Puas saya mencari- lelaki itu sudah tiada dan hilang!
Akhirnya saya meneruskan perjalanan saya ke kelas. Namun Allah itu Maha Besar, dia mahu menegur saya, dia mahu menunjukkan sesuatu kepada saya. Tengah saya termengah-mengah sampai ke kelas, rupa-rupanya, tute saya cancel! Madam Liz King demam!
Ketika tadi saya berkira-kira mahu menolong saudara se Islam saya, kerana takut terlepas tute, tapi Allah mahu menunjukkan kepada saya apabila tute saya dibatalkan. Sungguh saya berasa amat bersalah!
Saya bertanggungjawab pada satu solat jumaat seseorang. Cuma saya amat berharap agar lelaki tersebut dapat menjumpai masjid, dan selamat solat jumaat. Saya masih meminta kepada Allah agar menemukan saya dengan lelaki tersebut, sekali lagi, untuk saya memohon maaf kepada dia, dan saya ingin menolong dia untuk pekerjaan yang lain. Harap, jika bukan sekarang, jika bukan di bumi Melbourne, saya dapat bertemu dengan dia, di mana-mana sahaja bumi Allah yang luas ini.
Saya bertanggungjawab pada solat jumaat seseorang!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home