Friday, June 16, 2006

CLASS OF LOVE AND THOUGHT-PUBLIC INTERNATIONAL LAW CLASS

Photobucket - Video and Image Hosting

Ketika saya di Malaysia, saya tidak begitu berminat dengan kelas public international law. Selalunya pelajar lelaki yang lebih teruja dengan kelas ini. Menjadi pelajar public international law, tidak boleh tidak anda perlu meng'update'kan diri dengan semua isu pergolakan yang berlaku di serata dunia. Dan ini yang kadang-kadang, saya malas mahu melakukannya di Malaysia.

Tetapi keadaan berbeza bila saya berada di bumi kangaroo. Di sini, saya begitu suka subjek public international law. Malah suka amat. Menjadi pelajar di kelas ini, saya seolah-olah perlu menjadi duta kecil untuk membela nasib umat islam yang diseksa dan diperkotak-katikkan sama ada di Palestin, Iraq, malah di afghanistan. Ini satu tugas yang amat berat.

Kelas Public International law yang terakhir di sini, saya kira mencipta kenangan yang indah. Selepas belajar tentang the law of treaty, kami masih punya lebih masa 45 minit. Ms Liz membuka kelas untuk sesi soalan. Jane (saya selalu ingat dia Jew, kerana dia selalu mempertikaikan kerajaan hamas di palestin), bertanya tentang US invasion of Iraq, sama ada invasion itu valid atau tidak dalam udang-undang antarabangsa.

Pada mulanya Ms Liz cuba untuk bertindak neutral, tidak menyokong US dan tidak juga menyokong iraq mempunyai neuclar weapon. Ms cuba menggunakan hujah doctrine preemptive self defence (hujah yang juga digunakan oleh US), to justify the invasion. Preemptive self defence-the doctrine would allow the United State to use military force preemptively against the threat posed by ‘rogue States’ possessing weapons of mass destructions.

Mujur, saya membuat assignment tentang September 11 terrorist attacks and the law on the use of force (thanks to Sir ghafur as i relied too much on his point). Sebenarnya the use of arm force adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa. ( article 2(4) of United Nation Charter). Tetapi ada exception to this rule, the state is allowed to use force in the case of self defence and States may use force when so authorised by the Security Council pursuant to its power under Chapter VII of the Charter.

Namun hujah doctrine of preemptive self defence, adalah ditolak oleh majoriti scholar of international law, dan ia bukan hujah yang kuat. Membenarkan plea of preemptive self defence adalah terlalu bahaya, kerana ia melibatkan nyawa dan hidup sesuatu community. Malah State can only takes defensive measures when the attack is initiated, in the present case, Iraq did not initiate any attack, therefore, US cannot rely on the plea of preemptive self-defence.

Malah ketika talk seorang doctor dari Iraq di Melbourne University (diceritakan ekslusif oleh naheez (bukan nama sebenar), dia menceritakan tentang suasana ribut dan ripuh Iraq, sehinggakan nyawanya seorang doktor adalah tidak dijamin. Bila-bila sahaja, peluru boleh menembusi kepalanya. Sedangkan dalam international law, protection akan diberikan kepada volunteer, malah mereka tidak boleh dibunuh (i guess it is under humanitarian law or state immunity). Ini bermakna tentera US perlu memastikan mereka tidak membunuh any volunteer yang bertugas di kawasan peperangan. Namun realiti yang berlau, menurut cerita doktor tersebut, beberapa orang sahabatnya terbunuh dari hujung muncung M16 tentera Us. Maka jelas perbuatan tersebut bertentangan dengan international law.

Ms Liz menyangkal hujah tersebut. Dalam international law, kelonggaran diberikan, dalam membunuh terrorist, tentera boleh membunuh civilians dan volunteer yang berada di kawasan yang sama. Dengan kata lain, tentera US boleh mengebom satu kawasan dengan tiket mereka mahu membunuh terrorist tanpa mengambil kira civilians yang turut sama terbunuh di tempat tersebut.

Namun saya kira, walau dalam apa keadaan sekalipun, sama ada kelonggaran atau tidak, principle of proportionality patut diutamakan (malah dis is the basic or general principle in law). Katakan dalam ingin membunuh 3 orang terrorist dan di satu kawasan yang sama ada 50 orang civilians, adakah boleh kita mengebom kawasan tersebut. Adakah ia sesuatu yang proportionate?

Perbincangan dalam kelas makin hangat bila beberapa orang classmate saya mengemukakan pandangan dan pendapat. Ms Liz king yang mulanya neutral mula muyul (condong) kearah menyokong Iraq. Dan di akhir kelas, satu kelas mendapat satu kata sepakat-condemn us invasion of iraq. Dan di saat itu, saya tersenyum puas.

Bila berhadapan dengan negara yang baru, kita akan berhadapan dengan suasana yang berlainan. Jika di malaysia, topik palestin, iraq mahupun afghanistan dibicarakan, masing-masing akan condemn israel atau us, masing-masing akan berpendapat yang sama. Tiada bantahan, tiada yang ingin menyangkal. Malah lecturer akan berdiri di sebelah anda. Tetapi di sini, belum tentu semua orang mempunyai pendapat yang sama, belum tentu yang bukan islam simpati terhadap apa yang berlaku di palestine dan iraq, dan belum tentu masyarakat di sini menganggap perbuatan zionis dunia, israel dan us adalah salah. Sungguh, ia adalah satu pengalaman yang baru

hudasoid
di satu bilik di moonee pond, melbourne

3 Comments:

Blogger mfrstudio said...

waaahhh.... bagusnya... (^_^)

11:27 AM  
Blogger mfrstudio said...

eh nape ade muka org tu di senset..

itu pesalah jenayah ke?

huhu...sekadar bertanya.

5:58 PM  
Blogger Unknown said...

haha.. teruja sungguh saya nak bertemu dengan orang-orang yang lagi mantap dari rauf!

7:07 PM  

Post a Comment

<< Home