Wednesday, December 11, 2002

QUDS

Entah mengapa kerap kali aku rasa terpanggil apabila mendengar atau membaca berita tentang isu umat Islam di Palestin. Dulu aku tak begitu, sekadar membaca tanpa rasa terkesan. Sensitiviti aku mula bercambah ketika aku memasuki UIA. Kelas bahasa Arab aku kalau tidak membicarakan isu Quds, bagai tidak sah,bagai tidak sempurna,bagai tidak lengkap. Masih tergambar rasanya betapa semangatnya Ust. Fuad dan Us.Zahazan mengupas isu Palestin. Ingat lagi ketika Us.Zahazan menceritakan bahawa Nabi selalu menyebut tentang negeri Syam(dulu palestin sebahagian drp Syam) sampaikan sahabat yang lain hairan, Nabi kata di Syam akan lahir banyak daripada kebaikan, manakala negara Arab lain akan lahir tanduk-tanduk syaitan. Ada benarnya, kalau kita lihat negara Arab sekarang nih, tak bersatu padu, tak ada kesatuan hati, lebih banyak berpeluk tubuh. Sedangkan kalau negara Arab bersatu padu akan lahir satu kuasa yang kuat. Arab memiliki satu yang bernilai-minyak. Bila mendalami isu Palestin baru rasa sense of belonging, rasa palestin tuh arduna. Sem 2 tiada lagi kelas arab, namun aku banyak membaca cerpen mengenai tanah Palestin, salah satu yang aku gemari karya Zaid Akhtar- Bayu dingin dari Mediterranean. Dan lahir 2 cerpen yang ku karang sendiri, cerpen yang penuh kelemahan,kedhaifan dan kekurangan mengenai Quds. Sem lepas pula, sengaja aku pilih tajuk Palestin sebagai tajuk group aku untuk exhibition budak laws. Puas hati! Itu yang aku rasa lepas habis exhibition tuh, Ramai lecturer puji galeri kami yang tercantik. Alhamdullillah. Yang penting mesej yang ingin kami ketengahkan sampai kepada student2 yang lain. Exhibition tu banyak mengukir kenangan manis:) Dekat matrik dulu, kalau terserempak dengan ust Mazli mesti ada sahaja cerita baru tentang Quds. Tapi sekarang aku di Gombak…….

LAMBAIAN QUDS

Qubbah As-Sakhra’
Lambang perjuangan Islam
Simbol kesatuan ummah
Tanah Isra’ yang diberkati Rabbul Jalil
“Jangan kau kuatkan azam untuk mendatangi melainkan yang tiga ini : Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini.”

Masih segar di ingatan
Tahun keramat 1187 ketika Perang Hittin
Palestin dirampas dari Empayar Rom oleh asadul Islam Salahuddin Al-Ayubi
Namun memori berbisa juga masih terpahat di dinding sejarah Ad-Din
1948, tanah suci ketiga dijajah Yahudi Laknatullah
Dan sifir keganasan kini bermula dan terus dihitung
1967, Perang 6 hari tercetus
Semenanjung Sinai diperkosa seteru pada 1973
1982, Shabra dan Shatila saksi hujan darah dan air mata
Yang tumbuh menjadi tasik dan lautan penderitaan insan
“Demi sesungguhnya engkau (Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya terhadap orang-orang beriamn ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik” (Al-Maidah:82)
Kita dipijak-pijak tanpa ehsan belas
Maruah diperkotak katik seperti tiada nilai
Ah!Masih diulit mimpi lagikah kau insan?

Yahudi memang merangka cita-cita
Merancang gerak kerja sebijak mungkin
Memulakan tindakan menafi hak Islam di bumi suci
Bercita-cita menubuh Israel Raya dari Perlembahan Nil ke Lembangan Furat
Semuanya bermula dalam konferensi Zionis pertama di Switzerland pada 1897 di bawah kendalian Theodore Hertzl
Dan tanah Quds berjaya diceroboh tatkala tangan Britain dan Perancis menghulur bantuan
Baitul Maqdis daalm cengkaman kafirun
Ah! Masih diulit mimpi lagikah kau insan?

Gara-gara fitnah Jamal Abdel Nasser
Dan sandiwara hebat Raja Faroq
Sayyid Qutb dibelenggu di penjara puaka, Sijin Harbie
Terantai di celahan tirai besi selama 15 tahun
Dan akhirnya syahid di tali gantung
Immamul Jihad Hassan Al-Banna ditembak peluru tak bermata
Dibiar di Hospital Al-Qasran Aini tanpa rawatan
Jannatul Naim menanti mujahidin Islam

Perjanjian Oslo 1993
Tolak ansur Israel dan Palestin semakin jauh dari realiti
Proses Damai 1994 antara Israel-Jordan-Palestin
Dipinggir dan dipermainkan
Amerika berkuasa veto menunjukkan taring
Mencatur PBB memantau dunia
Adilkah NATO memanjakan Serbia?

Pelbagai resolusi, evolusi dan konfrontasi
Tapi semuanya korupsi dan basi
Ke mana hilangnya laungan pasti NATO dan PBB tentang hak asasi
Di mana tenggelamnya peranan utuh OIC menunjuk reaksi
Adakah sekadar bereaksi “Ooo..I See…”

Mengapa dunia hari ini
Terus buta, pekak dan bisu
Membenam dan mengubur kebenaran
Keadilan dimuntahkan di hujung senjata
Yang kerdil terus ditindas, dihenyak yang besar
Yang lemah tunduk sujud di kaki yang gagah
Muslimin terus disembelih di Chechnya,Timor-Timor, Kashmir, Iraq, Bosnia, Afghanistan dan Palestin
Disalut derita, dibelit siksa, diterjah aniaya
Ah!Masih diulit mimpi lagikah kau insan?

Ummat Islam kini muflis iman dan taqwa
Akal dijajah ideologi barat
Hati dijarah nafsu rakus
Terpesona dengan fatamorgana dunia
Menang musuh bukan kerana kekuatan mereka
Tetapi justeru kelemahan kita

Islam mampu bangkit menyerlah
Empayar lampau : Rasullullah di kota cahaya, Khulafa’ Al-Rasyidin, Umaiyyah, Abasiyyah dan Uthmaniah mengungguli persada pemerintahan
Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih
Islam itu tinggi dan tiada satu ketinggian lain yang mengatasinya
Bangunlah insane jangan lagi diulit mimpi
Bentuk hadaf yang baru
Dengan akidah tauhid yang padu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home