Thursday, January 16, 2003

Berkali-kali cuba masuk blogger,alhamdullillah dapat jugak,mungkin pada mulanya ada sikit gangguan.Lama rasanya tidak up-datekan blog ini, niat di hati cuma nak pastekan artikel yang dah siap ditaip namun disket lupa dibawa.Hm...mungkin entry pada kali ini berkisar pasal diri saya kot..hehe.Kalau boring nak baca,hentikan!Anda ada hak untuk berbuat demikian:)
---------------------------
Rabu,15/01/03,10.30 malam

Ketika aku sedang khusyuk menekuni buku 'Laws of Contract' karangan Syed Ahmad As-Sagoff, Nurul roommate aku yang baru menegurku. Pada mulanya aku cuba berbasi-basi dengannya tanpa aku mengetahui kedatangannya ke co-partment aku membawa hajat. Dia bertanyakan berita/gosip yang melanda diriku yang pernah didengarnya di matrik. Mungkin tidak mahu diri dihantui dzan,maka soalan dilontarkan. Aku terlopong mendengar ceritanya. MasyaAllah....apa yang berlaku nih(aku namakan gosip nih gosip1)
"ah....sudah!!!!"kataku dalam hati.

Terkejut beruk,ayam dan sewaktu dengannya bila aku mendengar gosip tersebut. Gosip yang kukira melampau(malah amat melampau). Penjelasan ku berikan pada Nurul,moga prasangka buruk di mindanya terhadapku terhalau keluar.

Oh...dunia!dunia! Belum pun gosip/fitnah yang melanda diriku dulu reda, muncul pula gosip baru.(gosip dulu aku namakan gosip2). Tetapi yang amat menghairankan kesemua gosip yang melanda diriku,aku menyedarinya lambat, itupun setelah gosip2 itu 'hot' diperkatakan. Gosip2(gosip dulu) menyerang aku ketika sem3, ketika aku sedang bercuti,ketika aku sedang berada di rumah. Tak sangka dibelakang aku ada tabir yang sedemikian rupa. Pada mulanya aku mengambil langkah berdiam diri (mungkin sebab aku nih agak sempoi, malas nak ambik tahu hal orang), namun diam tak bererti aku mengiakan. Biarlah apa orang nak kata, lama-lama mulut2 itu akan lenguh dan berhenti juga. Kalau aku di pihak yang benar, mengapa perlu takut dan gentar! Namun diri agak rimas apabila ditujah dengan perbagai soalan oleh kawan2 dan malah aku selalu diusik tentang gosip tersebut. Tindakan aku?Hanya tersenyum. Namun kukira namaku juga perlu dibersihkan.

Mungkin orang yang membuat cerita itu, tiada kerja lain, tak salahkan dirinya. Aku amat arif dengan mulut perempuan, terlalu arif. Berita akan banyak tersebar dari mulut-mulut ini tanpa disedari berita yang diterima adalah berita palsu. Mungkin anugerah perlu diberi kepada pelajar2 UIA, tukang karut yang hebat!"Apabila datang orang fasikh membawa fitnah,maka siasatlah"

Marah?agak marah. Namun mungkin salah diriku jua. Teringat satu ayat dalam Al-Quran yang mahfumnya setiap yang berlaku adalah disebabkan oleh tangan2 kamu sendiri. Perlu insafi diri sebentar......

Malah ada insan yang terluka malah menangis disebabkan berita ini(aku pun tidak tahu sangat kesahihan berita ini,itupun setelah diberitahu oleh salah seorang kawan) Nah, lihatkan!Betapa bahayanya gejala gosip dan fitnah ini. Mungkin berita ini asasnya betul, tapi ditokok tambah dengan cerita-cerita yang baru. Malah aku sudahpun mendapat penjelasan pada orang yang juga terkena fitnah ini, aku dan dia dikaitkan...alhamdullillah.

Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin "slandering is to disclose any matter whose disclosure is dislike by the person to whom it is disclose or by the one about whom it is disclosed or by any other people( correct me if i'm wrong...ini yang teringat)

"la yadkhulu aljannah namam"(again correct me if i'm wrong)

Juga teringat fitnah yang melanda Saidatina Aishah satu ketika dulu. Fitnah yang sehinggakan Allah menurunkan ayat Al-Quran untuk membersihkan nama ummul mukminun itu. Adakah aku juga akan diuji begitu? Biarpun fitnah yang melanda diriku tidak seteruk mana, namun cukup untuk menjejaskan nama aku. (gosip nih glamer di kalangan 1 1/2 student laws, kalangan sister, brothers aku tak arif sangat)

Cukuplah keluarga aku pernah terkena fitnah ketika election yang lepas. Sedih rasanya bila melihat mak menangis disebabkan peristiwa itu. Moga peristiwa yang sama tak akan berulang? aku berharap.....

Apa yang patut aku buat dengan gosip1 nih. Mungkin berdiam diri. Tak kuasa melayan keadaan. Atau mungkin memang sikap aku sebegini. Biarlah apa yang nak dikata, janji jangan ganggu hidupku sudah.....


0 Comments:

Post a Comment

<< Home