Tuesday, December 17, 2002

Bahang election makin terasa di semua kampus di ceruk m'sia. Election penting kerana pemimpin yang dipilih ialah salah satu wasilah suara mahasiswa. Tidak mahu mengupas lebih banyak tentang election.Tugas dibiarkan saja pada pakdi untuk mengupas lebih lanjut.Mungkin cara tulisannya lebih terkesan. Aku tidak banyak mempunyai pengetahuan tentang election di taman ilmu dan bumi ini tidak seperti di PJ,mungkin struktur keluasan sbb penghalang. UIA terlalu besar menyebabkan aku rasa berita tidak cepat tersebar, berbanding dengan PJ yang kecik. Seperti dahulu aku lebih suka menjadi penyokong dan pemerhati, tidak gemar ghairah pada jawatan. Sikap aku dari kecik sampai sekarang demikian. Mungkin sedari diri tidak berkarisma dan berkepimpinan. Berkesempatan menjalankan diskusi bersama Bukhari, di kelas Quranic&Hadith. Terkejut juga dia bila aku tanyakan senario 'politik' mahasiswa di UIA. Penjelasannya ku kira jelas. Propaganda yang banyak ditaburkan perlu juga disiasat, tidaklah boleh dipercayai secara membuta tuli. Teringat ayat Quran"Apabila datang org fasikh membawakan berita, maka siasatlah berita tersebut"

Kehidupan aku di kota kecil ini mula sibuk. Sementelahan kelas tutorial sudah bermula. Namun sesekali aura dan bahang kebosanan agak terasa. Kehidupan di kota ini banyak berlandaskan konsep 'aku' ialah aku dan 'kau' ialah kau. Tidak salahkan senario itu, mungkin silap diri ini juga. Sikap aku yang susah mesra dan selesa dengan orang yang baru dikenali juga faktor penyumbang. Perlu insafi diri sebentar....

Mungkin weekend ini akan aku habiskan untuk menyiapkan satu lagi cerpen. Tema dan pokok persoalan still tajuk Palestin, tajuk yang amat aku gemari. Dikala tengah kedukaan yang melanda begini masih idea mencurah. Syukur! Harap aku dapat perbaiki kelemahan bahasa dan plot cerpen. Moga ada peningkatan!

Sedikit tinta dari aku di bumi garden of knowledge and virtue ini...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home