Wednesday, January 01, 2003

HAPPY NEW YEAR!!!!!!!!

Tak pasti samaada gembira atau tidak dengan kedatangan New Year..neutral! Rasa New Year tak mengubah langsung hidup saya, saya still org yang sama, insan yang sama(cuma masuk uia agak skema sket, tak besh betul). Malah azam pun tidak terfikir lagi.....jap nak pikir jap...ok dah dapat dah azam baru:) Tak mahu mengulas panjang tentang New Year, juga tidak mahu berfikiran terlalu rigid, kalau New Year boleh dijadikan wadah bagi seseorang untuk berpindah ke arah yang lebih baik, apa salahnya..terpulang. Tapi selalunya tak ramai yang berfikiran begitu. Begitulah jika mengikut barat sebagai contoh.

Menyambut New Year di bilik, ader beberapa sms yang diterima dari kawan2..terima kasih banyak2. Cuma agak terkejut dengan sambutan New Year di asrama baru saya Shafiyyah, tepat pukul 12.00 malam aderla hamba2 Allah dari level 3 &4 menjerit, terpekik wish New Year, sambil buka tingkap bilik yang menghadap ke jalan. Saya yang dari perjalanan balik dari bilik Sumaiyah agak terkejut. Nampak agak tidak sopan, gadis menjerit sedemikian.

Malam New Year, telefon saya berdering (ring tone 'Dia kekasih Allah, lage feveret saya). Rupa-rupanya ayah yang telefon. Baru sebentar tadi mak telefon,kini giliran ayah pula. Bukti mereka terlalu rindu pada saya(hehe perasan). Ayah di KL, mak di rumah. Mak khabarkan abang nak exam (good luck yer) dan tanya sikit pasal saya di sini. Ayah pula di KL sebab ingin berjumpa dengan tok gurunya dulu, seorang Syeikh Mekah yang datang di KL. Ayah pergi bersama Ust Rasyid atau lebih tepat tumpang orang..hehe.Kalau ayah drive sendiri bolehla saya dan akak dating dengan ayah, tapi nak buat camner,rezeki takder....

Esoknya 1st Jan, ader lagi undangan rumah terbuka. Sebab kawan saya nih beria-ria mengajak saya, dan kedudukan umahnya yang dekat dengan uia, saya gagahkan jua, walaupun pada mulanya dah merangka2 nak membuta jer sepanjang New Year nih...:) Petangnya singgah Asma' lepak bilik Ayu dan Fhaiez, buat sesi tangkap gambar(maklumlah time tuh dah pakai cantik2) hehe dan malamnya balik ke bilik sendiri

Hari ini kehidupan berjalan seperti biasa, kelas, tutorial....dan lately minggu nih dan minggu depan banyak test yang menanti....masyaAllah.....

Setiap kali menjelang New Year saya pasti teringat seorang akak bilik saya masa sem 1, yang saya pernah bergaduh dengannya. Puncanya dia menuduh saya terlalu menjaga tepi kainnya, apabila saya menegur perbuatannya dengan pakwenya yang kunun dia kater hensem(muntah darah). Macam mana saya tak tegur kalau pergi menyambut New Year berdua di Bukit Bintang yang sudah terkenal dengan ala-ala mat saleh, kiri dan kanan arak dijual tanpa sekatan. Mana saya tak tegur kalau dia dan kekasihnya bersentuhan dan berpengangan tangan malah lebih dari itu.....Tapi saya dituduh busy body dan hampir2 nak disembur oleh pakwe dia and the gang. Berita terbaru yang saya terima dia dan kekasihnya dah clash. Itulah cinta yang berpandukan hawa nafsu....tidak kemana..tidak kekal lama.

Di matrik, sekatan di buat, sesiapa yang nak keluar di check, hatta ke pasar malam pun. Mungkin nak menghalang student dari keluar menyambut New Year...tindakan yang saya kira bagus! Kalau tidak sebelum nih bebas jer nak keluar pergi memana. Malah kak ezan pernah memberitahu saya matrik semakin teruk, kes abortion terjadi lagi....dahla ketika bulan Ramadhan dikejutkan dengan kes zina di KC level 9, masyaallah itulah yang terjadi jika undang-undang Islam tidak dipraktikkan, jika hanya sekadar dipandang enteng....

oklah, till fingers meet keyboard again, saya nak makan...lapau!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home