Friday, December 13, 2002

ZIARAH MENZIARAHI

Kemarin ada kenduri kahwin seorang senior aku masa di Irshad. Senior aku ni namanya Fauzan, tua setahun dari aku dan sekelas dengan kakak aku. Aku pergi kenduri tu dengan ayah aku….(fauzan nih menantu tak jadi ayah aku…dia dulu selalu datang rumah bawa kitab jumpa ayah, dan dalam masa yang sama cuba mengorat kakak aku..hehe) Boleh dikatakan semua budak kelas kakak aku hadir kenduri kahwin Fauzan. Kiranya dekat sana diaorang buat reunion balik. Jadi aku berpeluangla jumpa kak kinah, kak jad, kak tun, kak tipah, kak hanim dll. Rapat juga dengan akak2 tu.Mana tidaknya aku asyik ikut akak aku jer gi ke mana-mana :) Riuh kenduri tu dengan karenah kami, buat macam rumah sendiri hehe. Sempat tengok pengantin, pengantin perempuan tua 4tahun dari pengantin lelaki..itulah yang dinamakan jodoh. Lepas abis jer kenduri tuh, diaorang semua pakat nak buat konvoi, kebetulan ramai yang bawa kereta. Aku ikut jer……

Mula-mula pergi rumah Cikgu Syidah. Cikgu Syidah ni ajar aku masa ting1. Masa salam, cikgu tengok aku renung lama-lama.
“Ni huda kan”
Aku senyum jer.
“La dah besar pun dia…..dulu kecik jer lagi.”
Sekali lagi aku senyum
“Bila nak tinggi nih, huda?”
Maka bertambah lebarla lagi senyuman aku
“Tahun depan cikgu” aku seloroh
“Tahun depan kamu kena mai umah cikgu, cikgu nak tengok kamu tinggi, kalau tak tinggi juga kena kamu.”
Seronok jumpa cikgu yang mengajar dulu-dulu balik. Terubat rindu.Macam-macam soalan cikgu Syidah ajukan dekat aku…..dan lenguhla mulut aku menjawab soalan cikgu:) Tuh belum jumpa Ust.Zahariyah, Cikgu Halimaton, Cikgu Zainal…..dll.
“Abang kamu apa khabar sekarang?”cikgu tanya aku
“Alhamdullillah dia sihat cikgu, dia kem salam kat cikgu”
Waalaikummussalam…..amboi jadi orang arab la abang kamu nanti. Sebelum dia pi pun dia dah jumpa cikgu dah….”
Aku senyum untuk yang kesekian kalinya.

Lepas pergi rumah cikgu Syidah konvoi yang seramai 13 orang itu, bertolak pergi rumah Cikgu Asmah.Cikgu Asmah mengajar akaun, tapi tak sempat ajar aku sebab aku masuk kisas:) Seperti biasa kami membuat kecoh pula di rumah Cikgu Asmah. Tak larat nak gelak tengok akak2 tuh buat lawat. Aku pun turut join sama. Cuma yang tak bestnya tiap kali nak tangkap gambar, mesti aku kena jadi camera woman, mentang-mentangla aku junior, kena buli saja..hehe

Siri ziarah diteruskan lagi ke rumah kak ojie,lepas tuh singgah umah kak An(aku tak kenal sangat) tengok dia baru lepas accident. Kemudian ke rumah kak Ani. Lepas rumah kak Ani rumah kak chik, kak tipah, dan akhirnya rumah kak Jad. Kak Jad nih keluarganya memang rapat dengan keluarga aku,sebabnya boleh dikatakan semua ahli keluarga kak jad anak murid ayah aku. Malah abang kak jad, Ust Azizi anak angkat ayah aku. Jumpa balik kak Azimah, kakak kepada kak Jad, lama tak jumpa dia…..dulu kak azimah dan batch atas2 Irshad rajin datang umah aku buat usrah.

Sampai umah nak dekat pukul7. Nasib baik ayah tak marah…fuhh lega! Bila konvoi macam nih rasa seronok sangat walaupun letih. Untungla kalau semua member2 duduk dekat, member2 aku semua jauh2, ada yang kelantan, perlis, perak, selangor….berterabur,susah nak buat reunion balik. Berapa kali aku try nak arrange tapi tak boleh2 juga.

Teringat zaman kecik-kecik, zaman dulu-dulu, selalu jugak buat konvoi..tapi konvoi nih lain sket, special sket. Dulu2 adik beradik aku, start dari abang aku sampai adik aku yang last, lepas jer sembahyang raya kami akan memulakan aktiviti mengutip duit raya dari satu rumah ke satu rumah. Abang aku la tekong, kitaorang yang kecik2 ikut jer. Kami akan berjalan dari Kampung Baru sampai Taman Koskam. Balik rumah bila duit penuh saku atau duit penuh beg. Dan selalu terjadi conversation yang macam nih
“Anak sapa nih?” Tanya tuan rumah sambil menghulurkan duit dua kupang(masa dulu selalunya orang bagi duit raya dua kupang jer)
“Anak Ust.Soid”
“ooo..anak ustaz Soid kena bagi duit lebih sikit la..”dari nak bagi duit dua kupang terus bagi lima kupang..hehe.Tu yang best tuh. Tapi tuh time kecik2 sekarang dah besar panjang takkan nak buat camtuh lagi kot..malu la

Malam tuh pergi umah sepupu mak aku, Mak Long Norlia. Dia buat rumah terbuka. Riuh jugak bila sedara-mara berjumpa. Jumpa Tok Chik….mak plak sibuk cerita salasilah keluarga. Aku makan dengan Mak Long, Mak Lang, Mak Cik, mak aku dengan sepupu2 aku. Dan seperti biasa aku diberi tugas melayan tok aku makan :) Makan satay, makan lontong, nasi goreng,bihun,ayam bakar…memang kenyang. Buat open house nih best, sbb time tuhla semua orang berkumpul, boleh jumpa saudara mara…..Masa time tuhla baru nak kenal dua pupu, ada yang tak pernah tengok muka langsung pun ada.

Kesimpulannya raya tahun nih best dalam tak best. Kenapa? Best sebab tahun nih tak ramai sangat yang datang umah,jadi takderla penat sangat macam thn2 lepas..hehe,tahun nih jugak banyak ziarah sanak kelurga(tahun2 lain selalu tak sempat sebab ramai orang dtg umah). Tapi tahun nih juga tak best sebab sambut raya tanpa abang aku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home