Saturday, December 14, 2002

Baru2 nih di tv kecoh tentang isu khatib membacakan khutbah yang berbaur politik di Kedah. Maka melatahlah ulama' murahan dalam UMNO. Alahai..yang peliknya kenapa parti kerajaan takut sangat, melatah tak tentu pasal. Sedangkan khatib itu menjalankan amanah yang telah ditaklifkan ke atasnya menyatakan kebenaran. Orang yang bercakap benar pun dianggap salah....dunia dah terbalik

Maka bisinglah menteri besar kedah, mulalah membuat syarat yang baru kepada khatib-khatib di masjid-masjid. Kalau Shahrizat,ahli parlimen Lembah Pantai boleh masuk masjid dengan tudung kepalanya yang kalau ditarik ke depan nampak rambut di belakang dan kalau ditarik ke belakang nampak rambut di depan, membicarakan soal politik di masjid tidakla pulak dianggap salah.

Bukankah masjid ialah sebagai salah satu wadah pusat penyebaran ilmu pada masyarakat. Apalah salahnya jika khatib itu ingin menyampaikan sesuatu yang benar. Sedangkan sirah nabawiyah dulu, Nabi Muhammad di kota cahaya, pusat pentadbiran adalah di masjid. Sabda Nabi berkatalah benar walaupun pahit.

Teringat kisah yang berlaku kepada ayah sahabat karib saya Ghafirah Idris. Ustaz Idris pernah dipecat menjadi Imam besar Perlis hanya kerana membaca khutbah yang membicarakan isu murtad. Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim yang kebetulan bersolat jumaat di situ bertindak dengan merampas khutbah yang dibacakan oleh Ustaz Idris. Heboh jugak satu Perlis pasal isu tu.

Ustaz Idris sekarang ini, cuti tanpa gaji kerana menjaga anak dia yang sedang sakit yang juga rafiq yang terakrab saya. Saya dah jadi member kamcing Ust Idris sekarang nih :D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home