Friday, December 13, 2002

HIJAB…

Bismillahirrahmanirrahim
Allah berfirman:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan mata mereka( dari memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampak olehnya sahaja, dan hendaklah mereka melabuhkan sehingga ke paras dada dengan kain kelubung mereka….”
(Terjemahan surah An-Nur: 31)

Menurut Imam Sayid Qutb dalam bukunya Tafsir Fi Zilalil Quran, Islam tidak menentang keinginan semulajadi wanita untuk berhias, namun Islam memandu keinginan itu ke jalan yang betul. Hanya suaminya sahaja selaku pekongsi yang sah yang dibolehkan melihat semua perhiasan tubuh badan mereka. Turut dibolehkan melihat sebahagian daripada perhiasan wanita ialah golongan-golongan mahram mereka.

Manakala menurut Imam Syafie, aurat seorang wanita ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini adalah berdasarkan sabda Rasullullah kepada Asma’ binti Abu Bakar:
“Wahai Asma’ sesungguhnya seseorang perempuan itu apabila sudah sampai usia baligh, tidak boleh dilihat bahagian badannya melainkan hanya bahagian ini sahaja” Lalu baginda memberi syarat kepada muka dan kedua tapak tangannya. Maka terang di sini bahawa rambut adalah sebahagian daripada aurat dan perhiasan wanita yang dituntut untuk dijaga dengan pemakaian hijab.

Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran juga Imam Sayid Qutb menceritakan bagaimana penerimaan wanita-wanita Islam menyambut turunnya ayat 31 surah An-Nur ini. Diriwayatkan dari Safiyah binti Syaibah katanya: Ketika kami berada bersama Aisyah katanya: mereka telah menyebut tentang perempuan Quraisy dan kelebihan mereka lalu Aisyah r.a berkata: Memang benar perempuan-perempuan Quraisy itu mempunyai kelebihan-kelebihan tetapi demi Allah, aku tidak pernah lihat perempuan yang lebih besar kelebihannya dari perempuan-perempuan Ansar, mereka amat kuat kepercayaan dan keimanan mereka kepada kitab Allah dan kepada ayat-ayat yang diturunkan Allah. Sebaik sahaja turun ayat di dalam surah An-Nur, maka suami-suami mereka pun pulang kepada mereka membaca ayat-ayat yang telah diturunkan itu kepada mereka. Setiap orang membaca ayat itu kepada isterinya, kepada anak perempuannya dan kepada saudara perempuannya juga kepada kaum kerabatnya maka setiap perempuan dari mereka terus bangkit mendapatkan kain lepasnya lalu berkelubung dengannya kerana percaya dan beriman kepada ayat-ayat yang diturunkan Allah di dalam kitabNya.

Subhanallah, begitu berimannya wanita Islam di zaman Rasullullah. Namun jika dibandingkan dengan wanita zaman sekarang ternyata perbandingannya ialah bagai langit dengan bumi. Biar bergegar-gegar majlis-majlis agama, mimbar-mimbar masjid membacakan ayat ini dan mengutarakan isu aurat, namun realitinya masih ramai lagi wanita-wanita Islam yang memdedahkan rambut mereka yang kononnya cantik dan perhiasan tubuh badan mereka. Seolah-olah mereka tidak takut kepada perintah-perintah Allah dan tidak takut kepada janji-janji Allah, bahawa rambut-rambut itu pada hari Akhirat kelak akan direbus dengan air yang panas menggelegak di neraka yang amat dahsyat, na’uzubillah.

Tertarik dengan ucapan seorang pelakon terkenal Wardina Safiyyah Fadhlullah “menutup aurat adalah satu kewajipan dan bukan pilihan”. (wardina adalah di antara pelakon-pelakon tanah air yang berhijrah kepada pemakaian hijab). Benar, menutup aurat adalah kewajipan dan bukan pilihan individu. Siapa kita untuk memilih sama ada untuk melaksanakan perintah Allah atau tidak? Allah itu Maha Mengetahui, semuanya telah digariskan di dalam Quran dan Sunnah cumanya secara praktikal terpulanglah kepada kita. Sesiapa yang mengamalkan ajaran Allah maka syurga baginya dan sesiapa yang meninggalkan ajaran Allah neraka baginya. Seorang penyanyi terkenal juga Siti Nurhaliza pernah membuat kenyataan akhbar “Siti akan pakai tudung tapi tengoklah suatu hari nanti”. Suatu hari nanti? Bolehkah perintah Allah dilengah-lengahkan dan ditunda-tunda. Sedangkan tiada siapa yang tahu persoalan ajal dan tarikh kematian . Itu hanyalah alasan bagi orang-orang yang jahil dan cuba mengenepikan hak-hak agama. Namun baru-baru ini penghijrahan seorang pelakon wanita Syria dengan mengenakan tudung kepala adalah satu langkah yang patut dipuji. Benarlah firman Allah dalam kalamullah yang Agung:
“Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memberi kepadanya petunjuk nescaya Dia akan melapangkan dadanya untuk Islam……” (Surah Al-An’am: 125)

Aku tak ingin mengupas dengan lebih mendalam tentang isu aurat, namun cuba mengetengahkan isu tekanan terhadap wanita-wanita Islam yang bertudung. Wanita-wanita Islam pada kurun ke 20 kini, menghadapi tekanan dan ancaman hanya kerana melaksanakan perintah Allah. Rasanya sejarah berulang kembali, kalau kita singkap sirah nabawiyah, sahabat-sahabat baginda juga menerima tekanan yang hebat daripada orang kafir Quraisy. Bilal yang dijemur di tengah panas, Sumaiyah yang berani mengorbankan jiwa dan raga kerana Islam,, keluarga Yassir yang teguh keimanannya, adalah contoh-contoh seksaan yang dihadapi oleh umat Islam terdahulu. Umat Islam sekarang juga tidak terkecuali. Umat Islam Palestin, Bosnia, Kashmir, Chechnya disembelih dengan sewenang-wenangnya seolah-olah nyawa bagaikan tidak berharga. Dalam surah Al-Baqarah, Allah menyebut “Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu melainkan kamu mengikuti milah mereka.”

Berbalik pada pokok perbincangan asal, tekanan terhadap wanita-wanita Islam yang bertudung. Di Tunisia, kerajaan melarang pelajar perempuan memakai tudung sejak permulaan sesi pembelajaran pada tahun ini. Mereka yang memakai tudung tidak dibenarkan memasuki perkarangan sekolah dan institut pengajian tinggi. Malah di Fakulti Sains di Bandar Benzert utara Tunisia, pihak pentadbiran universiti dengan kerjasama pihak polis bertindak kasar ke atas pelajar yang bertudung hingga ke peringkat memaksa mereka turun dari bas yang dinaiki dan dibawa ke balai polis. Hanya semata-mata memakai tudung! Sementara di Fakulti Peradaban di Menubah, dekan di universiti tersebut memaksa pelajar yang bertudung menandatangani ‘Akujanji’ untuk menghormati peraturan universiti yang tidak membenarkan pemakaian tudung atau mereka akan diusir daripada fakulti. Manakala di fakulti yang lain pula, dekan di sana bertindak dengan lebih berani menanggalkan tudung kepala seorang pelajar perempuan. Dekan itu juga mencemuh pemakaian hijab yang katanya melambangkan kemunduran dan bercanggah dengan undang-undang negara. Contoh yang lain di Fakulti Sains Kemanusiaan dan Peradaban di universiti yang sama,sekumpulan pelajar yang lengkap menutup aurat, bertudung kepala dihalang daripada memasuki bilik kuliah dengan dikawal ketat oleh pasukan polis bersenjata. Itulah senario yang terjadi di Tunisia. Menghadapi kencaman yang hebat hanya kerana melaksanakan perintah Allah. Betapa ummat Islam ditindas, diperkotak katikkan oleh Yahudi seolah-olah kita berada di bawah kaki mereka. Paling sedih jika ada ummat Islam sendiri yang tidak mahu membela Islam. Yang mengaku dengan lisan beriman dengan Allah dan Nabi Muhammad, tetapi pekak, bisu dan buta bila addin di permainkan.

Peristiwa yang sama juga berlaku di Turki. Pelajar-pelajar Islam tidak dibenarkan ke kuliah memakai tudung kepala. Malah seorang ahli parlimen Turki( saya tak ingat namanya) disingkir dari parlimen hanya kerana memakai tudung! Namun pertolongan Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Fasbir sabran jamila. Dalam pilihan raya yang lepas Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Turki berjaya mendapat mandat 363 kerusi daripada 550 kerusi Parlimen Turki. Sekaligus melayakkan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Turki, Abdullah Gul menerajui negara Kamal Antarturk itu. Malah Abdullah Gul membenarkan pemakaian hijab di Turki dan menegaskan pemakaian hijab di kalangan wanita Islam merupakan kemuncak kepada kepentingan dalaman dan perasaan bagi rakyat Turki yang beriltizam dengan Islam. Ini adalah resolusi yang terpenting dalam sejarah politik Turki.

Isu ini tidak berhenti setakat di sini sahaja. Kaum-kaum wanita kita di negara jiran, Singapora mengalami nasib yang sama. Pelajar perempuan tidak dibenarkan bertudung. Malah laungan azan subuh juga tidak dibenarkan di sesetengah kawasan di Singapora. Adakah senario yang sama akan berlaku di Malaysia?

Declaration Human Right 1948, yang menjamin kebebasan beragama aku kira hanyalah sekadar polisi di kertas. Tanpa mempunyai kuasa apa-apa. Betapa polisi itu dicabul dan disanggah oleh golongan yang juga membuat polisi itu sendiri, golongan barat Yahudi dan Nasrani. Undang-undang hanya sebagai bonekakah? Undang-undang hanya tinggal di kertaskah?

Tertarik dengan satu poem berbahasa Inggeris yang dijumpai semasa surfing internet..

Hijab: An Act of Faith
They say, "Oh, poor girl, you're so beautiful you know
It's a shame that you cover up your beauty so."
She just smiles and graciously responds reassuringly,
"This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn't you agree?"
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her, "Girl, don't you know this is the West and you are free?
You don't need to be oppressed, ashamed of your femininity."
She just shakes her head and she speaks so assuredly,
"See the bill-boards and the magazines that line the check-out isles,
with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns they are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy."
This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.

From my chamber,
Huda Soid
----------------------------
My two favourite films, Lord of the Ring: between two towers and Harry Potter are newly released. Check ‘em out!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home