Monday, January 20, 2003

KITAB?SIAPAKAH MEREKA?

“Wa ta’amullazina utulkitaba hillulakum”(Al-Maidah). Persoalannya siapakah ahli kitab?Wujudkah mereka sekarang ini?

Adakah ahli kitab ialah mereka yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil yang asli? Atau mereka yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil yang telah diselewengkan? Andai mereka ialah orang yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil yang asli,yang juga mentauhidkan Allah dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad sudah tentu mereka ialah Muslim atau memeluk Islam dan tidak dipanggil ahli kitab. Ini kerana syariah Islamiah menasakhkan syariat yang sebelumnya.Malah kitab Taurat dan Injil yang asli juga menceritakan kerasulan Nabi yang terakhir, Nabi Muhammad. Jadi adakah ahli kitab ialah mereka yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil yang telah diselewengkan?

Siapakah ahli kitab?Adakah mereka Yahudi dan Nasrani? Yahudi dan Nasrani yang tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhammad sebagai khatimul anbiyak lantaran baginda bukan berketurunan Israel.

Maka adakah sama ahli kitab di zaman Nabi dan pada zaman sekarang? Bagaimana dengan Warakah bin Naufal malah pendita Buhaira? Warakah bin Naufal dan Buhaira beriman dengan kitab Taurat dan Injil yang sebenar sebelum kerasulan Nabi dan wafat selepas Nabi diangkat menjadi Rasul.

Bagaimana dengan sembelihan oleh ahli kitab? Adakah boleh dimakan? Bukankah ketika rombongan Nasrani berjumpa sahabat membawa hadiah daging dan ketika sahabat bertanya Nabi, baginda menyuruh sahabat membaca bismillah dan makan makanan tersebut? Ingatkah lagi peristiwa di mana seorang wanita Yahudi datang berjumpa Rasullullah membawa ayam yang beracun untuk diberi kepada Nabi?

Bagaimanakah pula dengan kes Maria Menado? Seorang wanita yang mendakwa dirinya ahli kitab berkahwin dengan seorang Muslim?Hakim yang mengadilinya memutuskan perkahwinan itu tidak sah, kerana mendakwa ahli kitab adalah tidak wujud pada zaman sekarang. Tapi bukankah hakim itu berpegang kepada pendapat mazhab Syafie? Mengikut Imam Syafie ahli kitab mestilah mereka yang juga berketurunan ahli kitab iaitu yang berasal dari Bani Israel. Tetapi bukankah pendapat ini ditolak oleh mazhab-mazhab yang lain atas hujah agama bukan diukur mengikut keturunan.

Ketika di zaman Saidina Uthman bin Affan, sahabat Rasul itu juga berkahwin dengan ahli kitab. Atas alasan dan tujuan dakwah. Namun pada zaman Umar, amirul mukminin itu melarang umat Islam berkahwin dengan wanita2 ahli kitab kerana memberi priority kepada muslimat pada zaman tersebut.

Maka kesimpulannya?Wujudkah lagi ahli kitab pada zaman sekarang?

Huda( yang tgh penin sekarang ini)

Komen? Pendapat tentang ahli kitab?

22hb Jan- test Quranic dan hadith
24hb Jan- Transaction
28hb Jan- contract
31hb Jan- islamic laws
maybe tort pun minggu depan....makin tepu otak saya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home