Friday, March 21, 2003

MERDEKA

Tanggal 22/3/03, seorang pelajar yang bernama nurul huda soid, berjaya memerdekakan dirinya dari belenggu exam. Paper last yang didudukinya berakhir pada pukul 12 tengah hari tadi. Huda yang baru ditemui tadi, meluahkan kerisauannya ke atas exam2 yang dihadapi, ini berikutan dia tidak begitu yakin dengan jawapan yang diberikan. Moga Allah memberi pertolongan kepadanya

+ Exam dah abih, mungkin esok balik umah, ari nih nak gi pj, jumpa gopi ye ye
+ Tiket tak beli lagi, tapi ingat amik on the spot jer, ader tak ek?takper penang banyak tiket
+ Hmm....exam...exam.....tak yakin untuk exam kali ini, tak pernah saya mengalami keadaan 'tidak yakin' sebegini, rasanya performance kali ini tidak seperti di matrik. huh!(huda melepaskan keluhan). Mungkinkah huda sekarang ini meniti zaman2 kesuraman?
+ Aper2 pun semoga Allah menolong, lembutkan hati lecturer2 yang memeriksa paper....aper2 pun tawakal jer sekarang nih
+ Saya dah merdeka tapi penduduk2 iraq masih lagi tak merdeka, baru2 nih dengan 3000 pesawat US dan UK attack iraq tika azan subuh. Satu penghinaan bukan? Paling menyedihkan US dapat bantuan military dari negara2 arab yang lain
+ Dunia yang pelik, sesama saudara sendiri tidak mahu bantu, tapi orang asing yang berlainan aqidah juga yang ditolong. Inilah keadaan umat akhir zaman. Teringat dialog daalm filem Kabhi Kushi Kabhi Ghum, 'kadang-kadang orang asing macam saudara sendiri, dan saudara sendiri macam orang asing'
+ Semoga Allah memberi kemenangan kepada seluruh umat islam, ihzimhum wansurna 'alaihim
-------------------------

Saudara Muslimin dan Muslimat yang di hormati dan dikasihi sekalian,

Saudara kita yang se ugama di IRAQ diambang kemusnahan dalam semua aspek
kehidupan. Kita tidak boleh menahan atau membendung rasukan perasaan yang
telah hilang pedomannya sebagai manusia berfikir saperti biasa. Kita tidak
mempunyai kekuatan fisikal atau sebarang kecanggihan untuk menghalangnya
dari kemusnahan. Sebagai umat Islam, berpegang teguh kepada rukun Islam dan
Iman, kita ada Allah Taala. Sebagai berpegang teguh kepada rukun Iman,
khususnya pada ketika ini, percayalah akan Rukun Iman Yang
Pertama;
PERCAYAKAN ALLAH

Jesteru itu, adalah diharapkan jangan dilupai untuk membaca Surah Al-Fil
(Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap solat
Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Amerika Syarikat
dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka
bumiMU, Amin"

Kita telah kesuntukan untuk membuat sesuatu. Harap luangkan masa sedikit dan
melkan kepada sekalian muslimin/mat dalam alamat mel saudara/saudari.

fwded email

0 Comments:

Post a Comment

<< Home