BULAN BIRU
Sinar biru hancurkan gelita
Sangkaku berhayat kembara isra’
Pecah helah di jeriji sinar
Buruj kejora mengutus marsum
Jahitlah bulan biru yang berderai retak
Gantung berbingkai eloknya masih
Manjakan ‘ain memerhati keindahan
Aduh! Pijar mentari aku tersentak!
Hanya lahzah…
Bulan biru lantas permisi…
Jauh…paling jauh…
Jejak disapu gemerincing bayu
Mendodoi di ribaan cahaya suram
Berbicara bahasa Tuhan dengan jagatraya
Aku keliru!
Dongak ke langit…
Ketemukah?
Ah! Bulan biru mustahil jelas!!
Nukilan :
Ghafirah bt. Idris
6 Julai 2003
0 Comments:
Post a Comment
<< Home