Tuesday, July 01, 2003

RASA

Sudah tiba masanya
Segala yang bermula
Menghentikan langkahnya

Sudah tiba waktunya
Setiap yang bermula
Dinoktahkan
Mencari akhirnya

Sudah pasti masanya
Rasa itu dilupa
Diluput dan dilupuskan
Dari kupasan angan-angan

Tuhan
Mampukah aku menghindarkan
Yang sulit dinyatakan
Yang sukar dinafikan
Yang sakit ditafsirkan

Kantinya
Rasa dan hati
Lesu dan tawar
Akhir-akhir ini

Di kelapangan waktu
Akhirnya rasa itu menghunggis jiwa
Mendesah rasa
Menyunggah alis mata
Seperti ngarai yang sunyi
Seperti daerah yang sepi
Seperti malam yang gelap
Bagai petang yang gersang

Rasa itu datang lagi
Takdirkah kiranya
Akan dipertemukan
Dengan rasa
Yang menyeksakan

Dan kini
Aku mengerti
Rasa hanya tetamu sementara
Rasa perlu dijemput pulang
Perlu dihalau pergi
Perlu dipersila berundur

Kerana rasa
Mencambah binasa
Sebagai mulanya
Lebih cantik kiranya
Aku dan rasa
Jauh dan lupa
Pergi dan hampa

Tuhan
Mengapa wujudkan rasa
Jikalau hanya mengundang
Kenalan nestapa
Kawan air mata
Sahabat luka
Kekasih jiwa

Mati mati mati
Jiwa seperti mati
Dan kerana itu aku berjanji
Rasa tidak akan datang lagi
Tidak akan sesekali
Menamu hati
Jika bukan
Dengan rasa ini

Kerana itu aku perlu berdebat
Rasa harus pergi
Rasa takkan kembali
Biar beribu menghunggisi
Kerana hati telah mati
Kerana hati telah mati
Kerana hati telah mati
Dan….rasa harus permisi

“Dan aku akan jauhkan diriku daripadamu, dan daripada apa yang kamu seru selain daripada Allah, dan aku berdoa kepada Tuhanku, aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku –(Maryam:48

0 Comments:

Post a Comment

<< Home