SERABUT
Lena saya terjaga bila pintu diketuk orang. Mata segera dibuka, mungkin Nurul roommate saya sudah balik dari discussion. Akhir-akhir ini saya kerapkali ditinggalkan keseorangan, bosan berada di bilik tanpa teman berbual. Mata segera memandang ke arah jam. Alamak! Sudah pukul 11.00 malam. Terbeliak. Lamanya saya tidur, lepas maghrib sehingga jam 11.00. Pantas tangan segera menggagau hanset. Satu mesej diterima. Membaca mesej dan segera ke bilik ijah. Dia meminta bantuan saya untuk menyiapkan assignment Quranic Hadith. Segera teringat case review contract yang belum disiapkan. Arghhh, terlalu banyak kerja yang berserabut, menuntut perhatian dari saya. Kehidupan mahasiswa yang perlu saya lazimi.
Usai menolong ijah, berbual-bual kosong dengannya, sambil mendengar masalah yang menghantuinya. Cuba sedaya upaya menghulurkan nasihat, menyuruhnya tabah, meskipun saya sendiri tidak tabah. Cepat melatah bila ditimpa masalah. Ijah menegur saya yang akhir-akhir ini agak berserabut dan tidak terurus. Hahaha, alasan diberi tekanan peperiksaan dan test yang semakin hampir walaupun itu bukan jawapan yang sebenar untuk soalan yang ditanya. Dia mengusik saya, mengatakan jika saya punya masalah mesti saya banyak bercakap. Setuju, kelas Quranic dan Hadith, saya terlalu bercakap banyak. Banyak yang tidak relevan dari yang relevan. Sehinggakan ayu kata saya terlalu nakal di kelas itu. Entahlah, pernah juga cuba ingin menjadi gadis baik dan pendiam, tidak banyak berbicara, namun percubaan tidak pernah menjadi. Gagal! Mulut rasa gatal sahaja ingin bercakap. Hehe :)
Apa yang ingin saya tulis sebenarnya entry kali ini (?) Seputar kisah hidup sayakah (?) Perlukah saya menyatakan perjalanan hidup saya di sini (?) Entahlah, saya juga tidak memahami apa yang ingin saya sampaikan lewat entry kali ini. (?) Pejamkan saja mata anda membaca post saya. Andai anda tidak ingin membacanya, terpulang! Keputusan ada di tangan anda, anda berhak membuat pilihan.
Oh, baru teringat, saya ada menghantar entry sekitar interview saya untuk biasiswa Petronas. Keputusan sudah diperolehi, alhamdullillah saya berjaya mendapat biasiswa itu. Malah Kauthar, anisah, adam (?) juga berjaya. Alhamdullillah. Cuma agak terfikir untuk menerima atau tidak. Menerima bererti saya terpaksa melupakan cita-cita saya. Menolak bererti saya mengenepikan tuah di depan mata. Saya punya cita-cita sendiri, yang tidak bisa saya ceritakan di sini, dan saya juga sedari tendency saya lebih kepada syariah berbanding mata pelajaran civil. Malah turut diakui oleh teman-teman yang lain. Menerima bermaksud masa depan saya bersama dengan Petronas, terikat dengan contract untuk bekerja dengan mereka. Entahlah, ayah dan mak sudah beria-ia menyuruh saya menerima. Keputusan saya? Belum diputuskan lagi.
Jam sekarang menunjukkan pukul 1.03 malam. Saya akan berhenti di sini, kerana ingin menyiapkan case review ( atau saya terus tidur ). Laptop bakal di ‘shut down’. Anda masih membaca entry saya hingga ke noktah terakhir ini ?
Noktah
Saya,
Huda soid
4.6
uia gombak
0 Comments:
Post a Comment
<< Home