Sunday, September 14, 2003

WEEKEND

Filem : Na Tum Jaano Na Hum

Lagu : Sahabat sejati, sebuah pertemuan (UNIC)

Buku : Merdekakan Cinta Ratna

Assignment : case review contract, paper work BM

“Ku biar kalam berbicara,
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini”
(Sahabat sejati – UNIC )

----------------------------------------

Entry nih dah lama ditulis tapi asyik lupa nak post,arinie baru nak post (

LELAKI OH LELAKI

Berkesempatan menghadiri Ibadah camp pada waktu senggang minggu lepas, sementelahan program ini diwajibkan pada semua pelajar batch saya. Keseluruhan program berjalan lancar walaupun terdapat kekurangan dari segi pengurusan dan teknikal. Mungkin perlu diperbaiki pada masa akan datang, terutama mengenai registration yang agak kelam kabut, dan penggunaan mic yang bergema. Cuma tertarik untuk membicarakan etika mahasiswa kaum adam batch saya. Daripada ratusan ( atau mungkin ribuan ) pelajar lelaki batch saya yang terdiri dari pelbagai courses cuma yang hadir beberapa kerat sahaja. Hanya boleh dibilang dengan jari. Malah solat jemaah menyaksikan cuma 2 saf dari kalangan siswa dan yang lainnya dipenuhi oleh siswi. Paling menghairankan, muka-muka pelajar lelaki cuma kelihatan ketika waktu makan tetapi kosong ketika slot talk yang diadakan. (agak berbangga majority muka-muka yang kelihatan untuk talk dan program terdiri daripada muslimin jurusan undang-undang ). Paling menyedihkan qiamullail yang sepatutnya diadakan secara berjemaah terpaksa dilakukan bersendirian lantaran kehadiran pelajar lelaki cuma 2, 3 orang sahaja. Realiti pahit yang saya kira terpaksa ditelan. Terfikir di dalam hati adakah ini calon-calon pejuang yang akan menggempalai saf umat islam andai gebar yang selesa tidak mampu ditolak ke tepi. Usah bergegar-gegar membicarakan kalimah perjuangan andai kalian tidak mampu bangun bertahajud di sepertiga malam. Sedangkan kalian juga pastinya arif kejayaan umat islam di masa lampau adalah kerana ketaqwaan mereka pada Allah hatta mereka diibaratkan singa di siang hari dan rahib di waktu malam. Kaliankah, yang bakal mengimami kami, nakhoda kami dalam bahtera rumah tangga? Tepuk dada tanya iman.

Maaf kalau menyentuh sensitivity mana-mana pihak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home