+ CERITA I
Saya baru pulang menghantar adik saya, Mujahid ke UKM, alhamdullillah. Esok malam saya akan pulang ke uia, pulang awal kerana perlu membuat persiapan MILLEF. (atau mungkin mengembalikan prestasi PC yang makin jatuh dan dipertikaikan :D)
+ CERITA II
Result sem3 sudah release. Alhamdullillah, allahu akbar. Seharusnya kesyukuran itu dipanjatkan kepada Allah, mengurniakan pada saya sebuah kejayaan. Meski ada beberapa subjek yang saya target tersasar sedikit, namun alhamdullillah
+ CERITA III
Rasanya satu dunia sekarang ini demam penangan bola sepak euro 2004. Menyaksikan bintang-bintang terkenal lagi berbakat beraksi di padang bola mewakili negara masing-masing. Saya tidak mahu ulas banyak, kerana saya tidak meminati sukan bola sepak. Namun masih tetap menyokong perancis untuk euro kali ini :D
Di Malaysia channel 8 adalah saluran yang memberi liputan penuh tentang perlawanan euro kali ini secara langsung. Cuma agak terkilan bila menonton iklan mempromosi euro, ada lambang carlsberg pada kaki bawah iklan tersebut sebagai salah satu penaja terbesar. Atau adakah ini yang dikatakan islam hadhari?
Juga teringat iklan mempromosi bola sepak piala dunia beberapa tahun lepas, iklan yang menggambarkan suasana di disco. Ah, islam hadhari lagi!
"Ah, tutup mata saja huda"
0 Comments:
Post a Comment
<< Home