+cerita I
Ayah saya di tv1 pukul 7.00 petang tadi, dalam rancangan profil ilmuan agama :D
cerita II
Kenapa saya begitu mengingati tarikh hari ini, 4 Jun? Kerana pada tarikh ini seorang sahabat saya dilahirkan dan tarikh ini jualah seorang sahabat saya telah pergi mengadap Ilahi.
"Pada tarikh ini ada ucap tahniah di sebalik kelahiran jua ada ucap takziah di sebalik sendu sebuah kematian"
Al-Fatihah buat arwah Abang Fadhil, penghuni wad Otopedik, tingkat 9 Hospital Universiti, juga seorang pesakit cancer tulang. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat
Muhammad utusan terakhir
Bilal yang diseksa
sumaiyah, hamba pertama yang syahid
perang badar
Mekkah diselimuti kegelapan zulmat, berjudi, arak, hamba serta penindasan terhadap wanita. Wanita dianggap sebagai barang dagangan yang boleh dijual malah dimiliki. Anak perempuan dibunuh. Manakala Kaabah dikelilingi oleh patung-patung berhala yang disembah oleh manusia dari seluruh pelusuk dunia.
Namun hadirnya seorang insan mulia bernama Muhammad membawa cahaya, mengubah segala-galanya. Benar dialah Nabi Allah, pesuruh Allah yang terakhir yang membebaskan manusia dari cengkaman jahiliyah, penyuluh dari kegelapan kepada cahaya. Bermula dari wahyu pertama di gua Hira', Jibril datang menemui Muhammad, mengajar Muhammad surah Al-Alaq 1-5.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Pencipta alam ini, Dialah yang menjadikan manusia daripada segumpal darah,Bacalah Tuhanmu yang Maha Kuasa yang mengajar kamu menulis dengan pena. Dia yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui."
Nabi Muhammad pulang ke rumah dalam keadaan yang menggeletar. Isterinya Khadijah menyelimutinya dan menenangkannya. Malah Khadijah juga insan pertama yang membenarkan ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Khadijah, dia isteri mulia yang menjadi sayap kiri perjuangan Rasullullah. Malah sanggup berkorban harta dan dirinya untuk suami tercinta.
Bermula dari itu, ajaran Al-Quran mula disebarkan. Peringkat pertama penyebarannya adalah secara sembunyi. Dan penganut agama islam ketika itu kebanyakkan daripada orang miskin dan hamba. Namun langkah perjuangan bukanlah suatu yang mudah. Penderitaan yang maha dahsyat orang Quraisy kepada Bilal, dia disebat, dipukul malah batu yang besar diletakkan atas dadanya pada tengah panas yang terik. Hanya kerana jiwanya mengakui "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah". Namun tidak lekang dari bibirnya kalimah keramat "ahad...ahad" sehinggalah akhirnya dia dibeli oleh Abu Bakar untuk dibebaskan.
"Mereka boleh memiliki, menyebat tubuhku, tetapi tidak rohku" (bilal ar-Rabah)
Tabahnya sekeping hati Sumaiyah, wanita yang tegar dengan keislamannya.Tingkaman tombak merenggut derita namun hatinya tetap thabit pada Tuhan Maha Pencipta, dan Muhammad pembawa berita. Dan akhirnya dia menjadi hamba pertama yang syahid, yang bakal menjadi penghuni syurga yang indah.
Cengkaman derita tidak berakhir begitu sahaja. 3 tahun umat islam dipulau, tiada makanan, tiada bekalan. Mereka hidup dalam kelaparan. Namun Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang sabar, akhirnya pemulauan itu berakhir apabila Abu Talib menyampaikan pesanan Nabi Allah kepada kaum Quraisy:
"Muhammad beritahu aku sesuatu, jika tidak benar, kamu boleh buat apa sahaja dengan dia, jika benar jangan pula kamu pulaukan dia dan juga umat islam.Inilah dia perjanjian pemulauan yang kamu tandatangan dan gantung di kaabah telah dimakan serangga kecuali ayat ini 'Dengan nama Allah'
Jalan dakwah akhirnya diteruskan lagi dengan penghijrahan nabi ke Yathrib. Di situ nabi tautkan ikatan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin di bawah aqidah yang satu. Yathrib kemudiannya ditukar kepada Madinah Munawwarah, bandar yang bercahaya , terang gemerlap di langit sengketa. Dan buat pertama kalinya, alunan merdu azan dari Bilal berkumandang di bumi Madinah, mengajak malah menyeru umat Islam bersama-sama mengesakan Tuhan Maha Kuasa. Umat Islam adalah sama di sisi Allah, mereka umpama bahu bertemu bahu di dalam sembahyang.
Histori tawarikh Nabi Allah Muhammad juga menyaksikan keberanian serta keperwiraan Nabi dalam menyertai peperangan Badar, Uhud, Khandaq, dan sebagainya. Di medan Badar meski dalam kelaparan terik Ramadhan, namun umat Islam berjaya membuktikan mereka berjuang bagai singa yang gagah, yang mempertaruhkan nyawa di jalan Allah, kemenangan atau mati sebagai syuhada'.Malah laungan takbir di udara, menjadi pembakar semangat yang sentiasa bersemarak di dalam jiwa.
Juga akhirnya sirah nabi membawa kepada peristiwa fathu Mekah. Apabila kaabah disucikan dari segala penyembahan patung-patung berhala. Juga menyaksikan buat pertama kalinya umat islam bertawaf mengelilingi kaabah, mentauhidkan serta membesarkan Allah Yang Satu.
Nabi akhirnya wafat di Madinah ketika baginda berumur 63 tahun. Namun ajaran Islam tidak pernah terhenti dengan kewafatan nabi, malah disambung oleh para sahabat, para ulama' hatta disambung oleh seluruh umat manusia bilamana mereka menyebut 'la ila ha illallah muhammadur rasullullah"
"Alangkah indahnya andai dapat bersua, walaupun seketika bersamamu wahai kekasih Allah"
*Dan ketika saya menonton cd ini, tanpa disedari ada air hangat laju menuruni birai mata*
0 Comments:
Post a Comment
<< Home