PASSION OF THE CHRIST
"Dan juga(disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah," Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak(ragu-ragu) tentang menentukan(pembunuhannya).Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi jadi saksi terhadap mereka (An-Nisa')
Filem Passion Of the Christ yang mengisahkan kehidupan Nabi Isa adalah dibuat mengikut tafsiran Kristian bermazhab Katolik. Filem yang dibintangi James Caviezel sebagai al-Masih memfokuskan 12 jam terakhir dalam kehidupan Nabi Isa, iaitu bermula dari sebuah taman sehingga baginda disalib di luar tembok Baitulmaqdis.
Filem ini mengingatkan saya tentang pembikinan filem Muhammad Rasullullah yang cukup menimbulkan kontroversi di Mesir lantaran pemilihan pelakonnya seorang pelakon muslim Mesir, Youssef Wahbi. Filem usahasama Turki-Jerman itu mendapat sepenuh biayaan Presiden Turki pada masa tersebut, Kamal Antarturk. Kemuncak kontroversi ini apabila ulama-ulama al-azhar mesir mengeluarkan fatwa bahawa hukum melakonkan sahsiah nabi dan rasul adalah haram. Namun filem epik agama, The Ten Commandment, yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Musa semasa memimpin kaum Yahudi dibenarkan pula tayangannya di televisyen Mesir. Pokok persoalannya,adakah filem Passion of the Christ dibenarkan tayangannya di Mesir khasnya dan negara-negara Islam secara amnya?
Secara umumnya, mana-mana filem yang menggambarkan sahsiah serta kehidupan para nabi dan rasul adalah diharamkan di kebanyakkan negara-negara Islam. Namun filem kontroversi Mel Gibson, Passion of The Christ diloloskan tayangannya di pawagam beberapa negara Islam seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Syria, Lebanon, dan Mesir.
Namun negara Arab seperti Bahrain dan Jordan masih mengambil langkah mengharamkan filem tersebut. Di Malaysia sendiri pada saat ini, saya belum pasti samaada filem ini dibenarkan penayangannya atau tidak. Meski filem ini disekat di negara-negara Islam, namun khalayak umum masih lagi boleh menonton cerita ini menerusi penjualan vcd yang berlambak di pasaran. Justeru samaada filem ini diharamkan atau tidak tidak menjejaskan dan tidak memberi kesan pada peminat-peminat filem ini.
Qatar merupakan negara Islam pertama yang membenarkan penayangan filem ini pada 21 Mac yang lalu tanpa sedikit pun adegan yang dipotong. Ini adalah bertentangan dengan fatwa yang selama ini diguna pakai di negara tersebut. Manakala Mesir walaupun tidak menyekat filem ini ke panggung, namun ia tetap dikategori sebagai filem tontonan orang dewasa serta tidak membenarkan kanak-kanak menyaksikan cerita dogengan Isa ini di pawagam.
Mungkin rasional penyiaran filem ini di layar wayang adalah kerana filem ini sebenarnya mendedahkan apa yang disebut dalam Al-Quran bahawa kaum Yahudilah yang membunuh para nabi. Gambaran ini jelas apabila filem ini memaparkan kaum Yahudi mendesak pihak berkuasa Roman membunuh Nabi Isa. Pihak berkuasa Roman yang ketika itu dalam keadaan terdesak terpaksa menurut kehendak Yahudi kerana ingin mengelakkan rusuhan dan pemberontakan yang akan dilakukan oleh kaum tersebut.
Passion of The Christ, walaupun bertentangan dengan cerita dalam Al-Quran, tetapi dalam masa yang sama menentang Yahudi. Filem ini dianggap pembetulan kebanyakkan filem tentang Nabi Isa yang dibuat oleh kaum Yahudi di Hollywood. Ini sudah tentu menyenangkan orang Arab yang selama ini berusaha untuk mengubah pandangan umum Barat tentang Yahudi. Tetapi dengan adanya filem Gibson, kerja untuk menukar pandangan Barat menjadi mudah. Buktinya akhbar Washington Post pada 4 April lalu, menyiarkan keputusan kaji selidik rambang membuktikan pertambahan nisbah penduduk Amerika Syarikat percaya bahawa orang Yahudi bertanggungjawab terhadap kejadian salib Nabi Isa.
Justeru wajarkah filem ini dihalalkan penayangan?
Saya sendiri, secara peribadi merasakan perlunya filem ini ditonton oleh umat Islam, kerana menerusinya kita dapat mengetahui tafsiran kisah nabi Isa dari kaca mata agama lain, serta dapat mengetahui penyelewengan-penyelewangan yang berlaku. Namun secara umumnya,pertimbangan lanjut perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan kepada akidah umat islam itu sendiri.
titik.
*******
Gambar untuk Malam Hadiah Sastera Kumpulan utusan, sila lawati laman web gopi,
International Book Fiesta
Hari jumaat lepas jalan-jalan bersama gopi dan ayahnya di pwtc sempena Pesta Buku Antarabangsa. Saya berhabis lebih kurang seratus lebih hanya membeli buku. Dapatkan buku-buku terbaru di pasaran :)
belati cinta zulaikha, antologi cerpen dan puisi
********
Ada orang kata dia tidak suka dengan www.hudasoid.blogspot.com. Katanya jurnal itu asyik menceritakan perihal pemiliknya sahaja.
Kalau huda yang baik : maafkan saya, saya cuba post entry yang bagus untuk memuaskan hati semua pembaca
kalau huda yang jahat : ini blog saya, suka hati saya nak post apa
titik.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home