Sunday, August 29, 2004

+ Anekdot 1



25hb lepas adalah hari lahir seorang insan yang saya anggap teramat penting dalam hidup saya, seorang insan yang bergelar AYAH.

“Huda, solat sunat 2 rakaat untuk ayah, moga ayah diberikan kesihatan, untuk ayah menjadi seorang pekerja islam. InsyaAllah ayah sentiasa doakan untuk huda,”

Itu kata-kata ayah saya ketika saya menelefon ayah untuk mengucapkan selamat hari lahir.

Ayah, moga saya kan bisa menjadi puteri kebanggaan ayah, memenuhi setiap impian dan cita-cita ayah, menjaga diri, maruah serta nama keluarga.

Di bahu saya, tersandang nama ayah, yang akan saya bawa ke mana-mana saya pergi.

SELAMAT HARI LAHIR AYAH!

+ anekdot 2

Dapatkan majalah Dewan Agama dan Falsafah, di ruangan cerpen ada karya seorang penulis muda :)



Dapatkan juga majalah alwan edisi ke 3, dalamnya juga ada cerpen seorang penulis muda :)

(boleh dapatkan alwan#3 dari saya atau agen-agen alwan yang lain, kalau ingin tempah, tinggalkan nama dan alamat di sini atau di email saya ya!)

+ anekdot 3

Alhamdullillah exam chuinin level 1 sudah habis. Namun kesalnya saya tidak mengeluarkan dan menggunakan sepenuh chakra saya semasa menjawab test-test tersebut. Malah mungkin kerana selalu tidur lewat, kuasa sharingan saya makin lemah hehe.

Exam Quranic & hadith entah bagaimana saya boleh membuat kesilapan bodoh untuk soalan yang senang. Soalan pertama agak susah, namun saya dapat menjawabnya, tetapi soalan ke 2 yang senang, saya pula lalai (setakat nih tak dengar orang salah untuk soalan itu). Soalan itu mahukan jawapan qadaya istikmal al-quah wal man’ah dalam jarimah hirabah tapi saya salah menjawab untuk qadaya mujaharah. Dalil untuk kedua-duanya adalah sama, cuma bezanya perkataan ‘mujaharah’ dan ‘quwah’. Sehinggakan dalil rajih juga sama, andai saya tukar perkataan mujaharah kepada quwah, nescaya saya akan mendapat markah penuh untuk soalan itu. Ingatkan saya sudah kehilangan 5 markah, namun nasib baik ustaz kesian pada saya, dan cuma memotong 2 markah saja untuk dalil jumhur. Dalil maliki dan dalil untuk rakyu rajih saya mendapat markah penuh. Alhamdullillah. Tapi bagi saya 2 markah adalah penting hatta setengah markah juga saya ambil kira. Peringatan buat saya, agar tidak gopoh dan berhati-hati menjawab exam.

Subjek Islamic Criminal II, dapat menjawabnya walaupun saya tidak menjawab dengan terbaik. Saya memilih untuk menghuraikan perbezaan jarimah zina dan qazaf tapi rata-rata pelajar memilih untuk menghuraikan soalan satu tentang sariqah dan hirabah. Mungkin silap memilih soalan, kerana soalan untuk jarimah zina dan qazaf banyak yang perlu ditulis berbanding dengan soalan pertama. Akibat kalut mengejar masa, beberapa point saya tertinggal. Oh, huda yang lalai lagi!

Soalan consti usah dikira, tanya pada pelajar yang lepas nature soalan sir nizam. Kata fadh selalunya sir nizam buat soalan short answer. Memandangkan tiada masa, kerana test berturut-turut, maka cuma selak-selak saja. Tapi alih-alih petang itu, sir nizam memberitahu nature soalan adalah esei. Apalagi kelam kelibut saya membaca buku (semua kawan-kawan saya seperti saya juga). Berkira-kira di kepala kalau soalan federalism mesti keluar characteristic federalism, atau soalan, is Malaysia a true federation, atau concentration of power in one hand. Untuk soalan fundamental liberties pula, dalam otak, mesti keluar article 5 tentang personal liberty, dan huraian untuk semua clause article tersebut. Maka, saya sibuk menghafal kes-kes yang berkaitan dengan personal liberty, juga merancang untuk memasukkan critical thinking dalam jawapan saya. Namun soalan yang keluar, discuss term ‘save in accordance with law’ dalam article 5(1), 15 markah. Nganga saya, dalam buku pun sentuh tentang itu cuma satu paragraph. Ini perlu dihuraikan dalam 15 markah. Apa saya nak jawab. Soalan federalism pula discuss case Gov. of kelantan v Tunku Abdul Rahman dan case Sugumar serta kaitkan dengan prinsip federalism. Sudah, kes sugumar kalau kaitkan dengan article 9, freedom of movement saya taula. Kes yang pertama pula, rata-rata student tiada copy dari MLJ, dan tidak menumpu sangat untuk kes tersebut. Nak atau tidak, terpaksa jawab soalan article 5(1) dan saya menggoreng habis-habis untuk soalan tersebut (rasanya cam terlebih goreng sampai hangit jawapan saya, cam takbest jer jawapan tuh). Akibat tensen test consti, saya pergi berfoya-foya ke tapak convest (kali pertama menapak ke sana untuk convest kali ini, sudahlah itu malam terakhir convest). Paling best, saya pergi naik permainan satellite (kat tempat fun fair) dan menjerit habis-habis. Bukannya orang cam siapa yang menjerit, sebab orang perempuan yang naik game nih mesti menjerit hehe.

Mungkin Allah hijab saya ketika exam kerana dosa-dosa saya. Admit, banyak buat dosa-dosa kecik sepanjang minggu test tersebut. Senang saja, dari dulu sampai sekarang, kalau huda buat jahat, mengumpat orang (hehe) mesti lepas itu ada saja kesalahan yang saya lakukan dalam exam.

Peringatan buat huda. Gambatte, huda-chan.








0 Comments:

Post a Comment

<< Home