KES RAGUT
Saya hampir tergelak bila membaca surat khabar semalam, bila polis ingin menggunakan ordinan darurat bagi membenteras jenayah ragut yang membawa kepada kematian Allahyarham Rosli bin Saad dan tiga lagi kematian.
Bila menggunakan Ordinan Darurat seolah-olah negara sudah terdesak dan tiada lagi undang-undang yang mampu membendung jenayah ini. Karpal Sigh dalam parlimen beberapa hari lepas mencadangkan agar section 3** ah, saya lupa section ini yang menerangkan tentang gang robbery dipinda agar hukumannya diketatkan kepada sebatan.
saya qoute article 150(2):
"a proclamation of emergency under clause (1)maybe issued before the actual occurence of event which threated the security, or the economic life,or public order in the federation or any part thereof if the Yand di-Pertuan Agong is satisfied that there is imminent danger of the occurrence of such event"
Pelik juga saya bila kita seolah-olah tiada penyelesaian untuk kes ini sedangkan dalam islam, Allah sudah gariskan hukuman ini dalam Al-Quran.
Bukankah kes ragut boleh disamakan dengan hirabah? Mempunyai niat untuk mengambil harta orang lain, menggunakan kekuatan dalam melaksanakan jenayah (jika tidak, Rosli bin Saad takkan terbunuh), menggunakan kekerasan (ikrah), juga melakukan jenayah secara terbuka. Walaupun ulama' berselisih pendapat tentang tempat berlakunya hirabah, sama ada dalam atau luar kawasan bandar, tetapi saya kira dalam konteks sekarang, kita boleh menggunakan pendapat Hanafi, hirabah juga boleh dilakukan dalam kawasan bandar)
Jadi guna sajalah hukuman yang telah ditetapkan Allah dalam Al-Quran. Itulah peyelesaiannya, tak perlu susah-susah memeningkan kepala!
*******
Mengikut ustaz Mahmud Sanusi, lecturer ICLII saya, bagi kes Rosli bin Saad, peragut akan dihukum dengan hukuman hirabah.
Tapi saya tak bersetuju dengan pendapat ustaz. Benar, secara umumnya hukuman ragut boleh dikenakan hukuman hirabah disebabkan nature jenayah hirabah seakan-akan jenayah ragut.
Namun bagi kes Rosli bin Saad, bagi saya, ia agak berbeza. Bagi saya hukuman qisas yang patut dikenakan, kerana Rosli bukanlah orang yang dicuri atau diragut begnya, dia adalah orang yang cuba menyelamatkan mangsa sehingga dia terbunuh dengan ditikam dua kali oleh peragut.
Bukankah bagi jenayah hirabah, elemen mengambil harta milik orang lain adalah elemen penting sedangkan elemen itu tidak ada dalam kes Rosli.
Jadi adakah anda juga bersetuju dengan saya?
*******
Kes kemalangan antara treler dan bas di Pahang baru-baru ini, melibatkan seorang kawan saya, budak law yang sama batch dengan saya, Dayah Ahmad. Dia sekarang berada dalam kedaan kritikal (kata kawan saya dia sudah sedar dari koma) dengan tulang belakangnya terpatah. Doakan untuk dia agar cepat sembuh dan menyambung pengajian di uia. Moga-moga.
*******
Gathering ex-512 di kisas
Hari Ahad lepas, atas inisiatif budak uia ex 512 (atau sebetulnya atas inisiatif saya dan gopi hehe) menganjurkan gathering ex-512 di kisas.
Hadir ke gathering tersebut, saya, gopi, nurull, rahmah, aslam, mukhriz, bashir, sud\fian, hafiz harun dan fazzer.
Bawah ini ada gambar semasa gathering :D
kisas yang cantikkkkk
lagi kisas
aiksss pokok jalar-jalar pun dah ditanam ek?
hero-hero ex-512 spm 2000
heroin-heroin ex 512 spm 2000
0 Comments:
Post a Comment
<< Home