SELAMAT TINGGAL MASA SILAMKU
Pergi jauh dariku, biarkanku
Jangan ganggu diriku lagi
Hai…silamku
Berat sudah ku tanggung, beban ini
Kelak akan ku ganti dengan senyuman
Walaupun pahit namun masih ku terasa
Mungkin kali ini akanku mampu
Mengharungi…
Pimpin jiwaku ini,
Diri yang lemah
Oh Tuhanku!
(nowseeheart)
Pergi jauh dariku, biarkanku
Jangan ganggu diriku lagi
Hai…silamku
Berat sudah ku tanggung, beban ini
Kelak akan ku ganti dengan senyuman
Walaupun pahit namun masih ku terasa
Mungkin kali ini akanku mampu
Mengharungi…
Pimpin jiwaku ini,
Diri yang lemah
Oh Tuhanku!
(nowseeheart)
***********
MELAYU ATAU ISLAM?
Anda tidur, bangun kemudiannya, anda tetap melayu, begitu juga hari-hari lainnya, bila anda mengulangi perbuatan yang sama.
Namun jika anda tidur, bangun kemudiannya, tidak pasti anda seorang muslim (na’uzibillah) begitu juga pada hari-hari yang berikutnya, siapa jamin anda masih seorang muslim?
Melayu atau Islam?
Ketika kita heboh akan kelancangan dan keberanian kaum cina Malaysia yang mempertikaikan hak dan keistimewaan orang melayu, ketika kita pening kepala fikir penyelesaiannya, tapi bagi saya jalan keluarnya cuma satu iaitu ISLAM!
Mengimbas detik kemasukan orang cina di Malaysia, tika pedagang cina dibawa masuk ke tanah Melayu oleh Imperialisme British sebagai pelombong bijih, hatta selepas merdeka hingga sekarang, sudah berpuluh tahun kita hidup bersama di bawah lembayung pentadbiran juga negara yang sama. Namun dalam masa yang saya kira lama itu, berapa ramai orang cina yang kita terangkan akan kebaikan dan kecantikan Islam? Berapa ramai yang kita dakwah akan kebenaran agama yang satu ini?
Kenapa tidak saja, cina-cina di Malaysia ini kita tunjukkan jalan kebenaran dalam kehidupan, agar mereka jadi muslim yang sejati yang punya potensi yang besar dalam bidang ekonomi serta kepakaran yang lain agar kita sama-sama kongsi dan nikmati?
Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? Bukankah nabi juga berjaya mengislamkan kaum kafir Madinah yang akhirnya mencetuskan masyarakat harmoni yang hidup dalam satu bumbung langit yang sama.
Atau kita orang muslim sendiri yang tidak punya kemahiran dalam berdakwah? Tidak punya pendekatan dakwah yang hikmah? Adakah dakwah itu melarang orang melakukan ini juga itu? Mengapa tidak saja kita contohi pendekatan dakwah mubaligh kristian yang tidak jemu mengkristiankan anak adam?
Teringat satu artikel seorang jurnalis Amerika, dia bercerita ketika dia dan keluarga memeluk agama islam. Jirannya seorang kristian yang kecewa dalam hidup (beberapa kali ingin bunuh diri) minta dia (jurnalis) terangkan padanya tentang Islam. Memandangkan jurnalis tersebut, islamnya tidaklah beberapa kukuh di dada, dia meminta jiran tersebut pergi berjumpa dengan imam dan ulama, di masjid berdekatan. Namun malangnya ketika jiran itu pergi ke masjid dia dihalau atas alasan dia adalah orang kafir dan dilarang dari memasuki masjid. Akhirnya jiran tersebut menganggap Islam bukanlah jawapan bagi kekecewaan dalam hidupnya. Dalam situasi ini adakah itu cara berdakwah yang hikmah? Begitukah caranya melayan orang yang mahukan kebenaran?
Atau adakah ketika seorang muallaf yang baru memeluk islam, kita menyuruhnya mengenakan hijab bagi yang perempuan, dan ketayap bagi yang lelaki. Kemudian terus melarangnya dari melakukan perbuatan yang biasa dilakukan sebelum ini. Begitukah? Mengapa tidak saja kita ajar mereka secara peringkat demi peringkat.
Satu cerita benar yang saya perolehi ketika usrah (terima kasih pada kak ana atas cerita ini). Seorang ustaz, Azhari namanya ketika di Canada untuk melanjutkan pelajaran, dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiakan sebelum orang Canada itu berkata “ I hate muslim, I really hate muslim!” (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda, terkejut bukan?)
Namun ustaz ini tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz azhari dia minta satu kaset lagu tradisional dari ustaz azhari. Ustaz azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur.
Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canada itu menelefon ustaz azhari,
“azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice,”
Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canada itu tertidur.
Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut.
Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah “MasyaAllah”. Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.
Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf. Dan akhirnya Canada tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata “ Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini, aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku”.Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. That’s easy, islam is easy, kata Canada itu.
Tapi seminggu selepas itu, Canada itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan, tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah. Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canada itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah.
Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku?
Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah!
Mulai hari ini, carilah kawan yang bukan beragama islam, ceritakan pada mereka akan keindahan dan kecantikan islam!
(apa yang huda nak sampaikan nih?)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home