PM, TPM tetap Melayu -- Pelantikan selama ini diterima baik majoriti rakyat - Abdullah
KUALA LUMPUR 12 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk mengubah amalan melantik Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan orang Melayu seperti yang diamalkan sekarang kerana ia diterima baik oleh rakyat.
Abdullah memberitahu, pelantikan bagi dua jawatan tertinggi itu seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) sekarang juga mendapat sokongan majoriti dan tidak dibantah.
``Pada pandangan saya (mengenai pelantikan itu) adalah dilambangkan dengan apa yang saya lakukan seperti yang diamal oleh parti saya selama ini, yang juga tidak dibantah oleh majoriti rakyat, bahkan menyokongnya,'' katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Seng Giaw ingin mengetahui sama ada satu hari nanti orang bukan bumiputera boleh menjadi Perdana Menteri kerana negara ini mempunyai pelbagai kaum.
Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pula sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua daripada kalangan bukan bumiputera untuk menseimbangkan kedudukan Malaysia sebagai negara berbilang kaum, Perdana Menteri menjelaskan, perkauman tidak menjadi isu di dalam BN.
``Bahkan amalan BN dalam pelantikan barisan kepimpinannya, serta cara pengagihan kerusi, bukan sahaja dalam pilihan raya, tetapi dalam Kabinet dan juga Dewan-dewan Undangan Negeri, disenangi oleh rakyat. Dan, sokongan itu tidak pernah kurang daripada majoriti yang diberikan selama ini.
``Perkongsian kuasa ini sudah menjadi amalan BN selama ini, dan dasar ini mendapat sokongan majoriti rakyat sebagaimana dibuktikan dengan kemenangan melalui pilihan raya dari dahulu lagi,'' katanya.
Abdullah ketika menjawab soalan asal Kui Lun mengenai pelantikan Perdana Menteri memberitahu, pelantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan kuasanya berdasarkan bahawa individu itu mempunyai kepercayaan rakyat untuk memimpin negara berbilang kaum ini melalui parti yang memegang majoriti dalam Dewan Rakyat.
Jelas beliau, individu itu juga mestilah menjadi anggota Dewan Rakyat.
``Kita tidak mempersoalkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong, siapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri,'' katanya.
Perdana Menteri memberitahu, pelantikan Timbalan Perdana Menteri pula adalah dalam bidang kuasa Perdana Menteri yang mengambil kira bahawa individu itu boleh membantu dan mendapat kepercayaan majoriti.
Menjawab soalan Datuk Jacob Dungau Sagan (BN-Baram) mengenai tindakan kerajaan melibatkan kaum bumiputera daripada kumpulan kecil seperti Orang Asli dan Orang Ulu dalam pentadbiran negara, Abdullah berkata, kerajaan akan terus berusaha memperluaskan penyertaan pelbagai kaum dalam urusan ini.
Katanya, usaha kerajaan ini untuk memastikan mereka turut menyumbang dalam pembangunan negara agar berkembang dari semasa ke semasa.
``Kita tidak mempersoalkan prerogatif Yang di-Pertuan Agong, siapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri,'' katanya.
mungkin untuk isu perdana menteri, kita buleh menggunakan hujah prerogative power of YDPA. Tapi in practise preprogative power nih tak absolute pun, ada banyak occasion yang YDPA takder choice kena paksa agree on certain issue, even power YDPA to give royal essent pada sesuatu bill within 30 days, kalau lebih dari 30 hari, YDPA tak bagi assent jugak, bill tuh tetap automatically become laws. So absolute power ker huh? Katakan kalau semua orang agree on the point china jadi PM, nak tak nak YDPA kena jugak setuju. Raja boneka?
Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pula sama ada kerajaan bercadang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua daripada kalangan bukan bumiputera untuk menseimbangkan kedudukan Malaysia sebagai negara berbilang kaum, Perdana Menteri menjelaskan, perkauman tidak menjadi isu di dalam BN.
``Perkongsian kuasa ini sudah menjadi amalan BN selama ini, dan dasar ini mendapat sokongan majoriti rakyat sebagaimana dibuktikan dengan kemenangan melalui pilihan raya dari dahulu lagi,'' katanya
Saya paling takut ayat ini. Kata PM perkauman tidak menjadi isu, statement itu impliedly seolah-olah buleh TPM boleh dikalangan orang china
Saya jadi takut memikirkan masa depan melayu
0 Comments:
Post a Comment
<< Home