Tuesday, September 07, 2004

anekdot 1

Saya sudah mendengar kaset inteam yang terbaru. Ingin muntah saya bila mendengar lagu-lagu di dalam kaset tersebut kerana hampir 60% lagu dalam kaset tersebut adalah lagu-lagu cinta. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan kumpulan inteam memang sinonim dengan gelaran 'kumpulan nasyid jiwang'. Hairan juga saya, adakah mereka senang dengan gelaran tersebut?

Saya tidak nafikan perasaan cinta itu adalah fitrah, namun adakah cinta itu segala-galanya? Sedangkan orang yang berkahwin juga boleh bercerai inikan pula perhubungan yang tiada sebarang ikatan. Cinta itu punya kuasakah?

Lagu-lagu jiwang ini pada saya, hanya melalaikan, membuaikan, menyebabkan khalayak pendengar tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Lantas terfikir dalam hati, adakah hidup ini sekadar, masuk universiti, bercinta dan kemudian kahwin. Sekadar itukah? Tanpa terfikir apakah sumbangan yang boleh kita salurkan pada masyarakat atau apakah sumbangan kita pada Islam.

Ketika anak-anak remaja Malaysia sedang lalai, jiwang mendengar lagu-lagu cinta inteam,remaja di Palestin, berjuang demi menikmati satu nikmat bernama keamanan.

SEJAUH MANA TOLERANSI YANG KALIAN MAHUKAN?

Ketika kenyataan dalam Bar Council Bulletin tentang azan itu adalah pencemaran bunyi, maka mereka kata umat Islam perlu toleransi kerana Malaysia masyarakat majmuk.

Ketika penulis itu dengan lantang menyatakan "true dogs may be noisy at times but that it is a different issue", sekali lagi mereka kata umat Islam perlu toleransi kerana Malaysia terdiri dari orang melayu, cina dan India.

Ketika mereka mempersoalkan pembinaan masjid, juga mereka kata umat islam perlu toleransi kerana Malaysia masyarakat berbilang kaum.

Ketika heboh tentang hukuman hudud untuk kes murtad apabila seorang gadis Aisyah Bukhori malah Hartini keluar dari ajaran Islam, mereka kata umat Islam perlu toleransi kerana kepercayaan beragama adalah hak setiap individu.

Ketika perebutan tanpa henti Masjid Babri di India, mereka kata umat Islam perlu toleransi kerana salah satu Tuhan mereka pernah berada di situ, maka Masjid itu sebenarnya adalah tapak kuil.

Ketika Masjid di Kathmandu dirosakkan oleh penganut Hindu, mereka kata umat Islam perlu toleransi kerana militan Iraq membunuh pekerja-pekerja hindu Nepal yang dijadikan tebusan.

Ketika rakyat Palestin berjuang bermati-matian untuk memastikan negara itu berada di tangan muslimin, mereka kata perjanjian damai perlu ditandatangani (kemudian dicabuli) sebagai salah satu langkah toleransi.

Lantas sejauh mana toleransi yang kalian mahukan?

Benarlah kaum yahudi dan nasrani tidak akan redha, kecuali kita masuk millah mereka.

walla hu'alam.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home