Wednesday, September 01, 2004

MONOLOG HATI

Kekadang saya mengutuk diri saya, kerana saya punya ego yang terlalu tinggi, tegas, serius, keras hati, ingin selalu menang.

Tak hairanla andai orang yang tidak kenal saya mengatakan saya seorang yang sombong.

Saya ingin senyum tika kita berpapasan, namun mulut saya seakan-akan statik, tidak mampu mengukir senyuman.

Maafkan saya!

Teringat ustaz EPS saya yang selalu bertanyakan reason pada setiap statement yang anda keluarkan. Ketika saya dan kawan bertanyakan ustaz tentang assignment, ustaz berkata pada saya :

"On what ground u do not consult me, i'm available 24 hours in my room"

Tiba-tiba saya mengomel, " ustaz bukan available 24 hours, ustaz available masa consultation hours jer, waktu ustaz ada class ustaz tak available kat bilik"

Ustaz yang mendengar kata saya tersenyum. Saya juga tidak tahu mengapa kata-kata itu meluncur keluar.

ALONG?

Saya membaca berita semalam, tentang satu keluarga yang cuba membunuh diri, meminum racun yang dikacau bersama dengan kopi. Namun mungkin ajal mereka belum sampai, mereka dimasukkan ke hospital. Sebab percubaan membunuh diri ialah untuk mengelak dari hutang yang dipinjam dari Along.

Lalu saya tertanya dalam hati, begitu dahsyatkan Along ini sehingga keluarga tersebut sanggup membunuh diri demi tidak mahu membayar hutang yang ditanggung?
Saya tahu, bunga yang dikenakan atas setiap pinjaman dari pihak along amat tinggi, dan andai anda tidak mampu melunaskannya, tulang malah sendi-sendi anda bakal dipatahkan (lain kali belajar ilmu ninja hehe). Mereka punya tukang pukul yang gagah. Tapi tidak terlintas di fikiran saya, membunuh diri adalah jalan keluarnya.

Kak naqibah saya memberitahu usrah petang semalam, ada seorang penghuni di Raudhatus Sakinah yang cuba melarikan diri, kerana berhutang RM1,000 untuk belanja pertunangan dan pembayaran tahun depan dengan kadar yang meningkat ke RM5000.
Sekali lagi saya terfikir apakah penyelesaian bagi permasalahan ini? Mengapa begitu ramai yang tetap meminjam daripada Along sedangkan mereka sudah tahu kemungkinan-kemungkinan akan datang.

Pada saya, satu baitul mal yang efektif perlu diwujudkan bagi setiap negeri. Saya akui wujudnya sistem baitulmal di negara kita tapi pelaksanaannya tidak efektif. Contohi peranan baitul mal di zaman nabi dan sahabat. Andai wujud baitul mal yang mampu memberi bantuan serta pinjaman saya kira tidak mungkin wujud isu lintah-lintah darat ini.

Sistem pinjaman dari bank, prosedurnya yang susah tidak memungkinkan orang-orang biasa meminjam dari institusi tersebut. Tambahan, jumlah pinjaman di bank hanya dihadkan pada pinjaman yang kadarannya tinggi.Selalunya pinjaman di bank untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, pembelian rumah dan kereta.

Bagaimana bagi mereka yang ingin meminjam duit untuk keperluan harian atau keperluan perkahwinan contohnya? Atau mereka yang terdesak memerlukan wang serta merta. Sewajarnya kita menyediakan alternatif bagi mengatasi masalah ini, dan bagi saya, baitul mal adalah alternatifnya.

MERDEKAKAH KITA?

"Al-Fatihah buat pejuang-pejuang tanah air yang berkorban demi menegakkan satu nikmat bernama KEMERDEKAAN"

Saya kira inilah kali pertama uia mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Saya tidak nafikan objektif sambutan tersebut adalah untuk memupuk semangat cintakan tanah air, serta kesedaran diri untuk menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi. Sebagai contoh program-program deklamasi sajak dan sebagainya.

Namun terdapat efek-efek negatifnya untuk program ini. Anda juga tahu kemuncak sambutan kemerdekaan ialah countdown pukul 12 31 Ogos. Ini adalah pendapat saya, perempuan nature nya, baik seorang atau berkumpulan, tidak akan berasa selamat berada di luar pada waktu-waktu lewat seperti 12 malam dan sebagainya. Tapi mereka akan rasa selamat andai ada orang lelaki bersama tidak kira lelaki itu mahram atau tidak. Justeru bila sambutan kemuncak itu pada pukul 12 malam (waktu yang lewat), ia menggalakkan orang yang menghadirinya ialah dari kalangan couple couple uia (perempuan yang bersama-sama dengan lelaki). Saya dalam perjalanan balik dari khatibah, sempat melihat sekilas, sambutan tersebut kebanyakkan dihadiri golongan tersebut.

Saya tidak rigid, andai ingin adakan sambutan kemerdekaan, tafaddal, tapi pastikan selepas pukul 12 malam, semua orang perlu dihalau pulang ke mahallah masing-masing. Itu saya rasa cara terbaik.

Tentang sambutan-sambutan di luar, di klcc dan dataran merdeka misalnya, bagi saya masyarakat kita sudah biasa dimanjakan dengan hiburan. Hari Raya ada konsert, Hari Merdeka juga ada konsert, Hari Tahun baru pun ada konsert. Maka, terkinja-kinjalah remaja harapan negara, bercampur lelaki dan perempuan di tapak-tapak konsert. Begitukah cara menyambut merdeka. Mengira dari nom 10 hingga 1 dan tepat pukul 12 menjerit merdeka tanpa mengetahui apakah sebenarnya maksud merdeka. Kemudian lepas pukul 12, sambung lagi konsert. Begitukah? Adakah merdeka sinonim dengan konsert dan kiraan countdown. Itu saja?
Kenapa tidak kita menganjurkan bacaan yassin atau tahlil untuk pejuang-pejuang tanah air, atau mengadakan solat munajat sempena kemerdekaan.

Tapi mungkin ada orang kata, yassin, tahlil, solat sunat tak sesuai dengan jiwa remaja.

Ah, entahlah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home