TENSEN2 LUKIS LUKIS :)
nih dah lama dah lukis, tapi baru post sini hehe
kutukla saya, maki la saya, umpatla saya, tapi jangan kutuk orang yang saya sayang, jangan kutuk ayah saya, juga jangan melibatkan kawan2 saya.
Saya sudah penat, saya sudah letih, saya sudah malas, terima kasih pada sms yang saya terima, terima kasih juga kerana menjadikan cerita saya sebagai cerita 'panas' juga terima kasih kerana rajin buat cerita tentang diri saya. kutukla saya, makila saya, umpatla saya.
*jangan gunakan blog saya medan untuk meluah perasaan anda juga medan untuk mengutuk orang lain*
sajak dari masri, credit utk masri.
Perahu kau, Perahu aku
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Kau kata perahu kau yang paling cantik, aku kata perahu aku yang paling baik,
Aku kata kata perahu aku tidak mudah terbalik, kau kata perahu kau yang paling terbaik.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Kita mahu tiba di lokasi yang sama, tapi perahu kita berbeza,
Kau kata aku curi penumpang kau, aku kata kau yang curi penumpang aku.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Bila bah melanda, khidmat kita tiba,
Tapi kenapa kita selalu tidak sekepala,
Kau kacau perahu aku, aku kacau perahu kau.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Di depan kita menanti mangsa yang hiba,
Menanti kita membawa perahu menyelamatkan mereka,
Bila perahu tiba mereka bersorak gembira.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Tapi mereka terpinga-pinga,mahu guna perahu siapa,
Perahu kau, perahu aku, perahu aku, perahu kau
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Ada yang naik perahu kau, ada yang naik perahu aku,
Kau cuba curi penumpang aku, aku cuba curi penumpang kau,
Kau marah, aku geram.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Kau simbah air dalam perahu aku, aku tuang air dalam perahu kau,
Kau bocorkan perahu aku, aku kopakkan perahu kau,
Siapa salah, salah kita.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Mereka yang ada semuanya karam, hanya yang tinggal yang pandai menyelam,
Perahu aku tenggelam, perahu kau karam,
Penumpang aku mati tak pandai menyelam, penumpang kau mati sebab tenggelam,
Siapa salah, aku salah, kau salah.
Kau dengan perahu kau, aku dengan perahu aku,
Kenapa kita tak pernah sekepala, Sedangkan matlamat semuanya sama,
Menyelamatkan mangsa bah yang melanda,
Tapi kenapa kau asyik dengan perahu kau, aku asyik dengan perahu aku,
Kenapa aku, kenapa kau, Kau kenapa, aku kenapa.
[ Oleh: Masri / Negeri Sembilan ]
0 Comments:
Post a Comment
<< Home