Monday, December 06, 2004

INTEREST- NOT RIBA?

Selepas mengeluarkan ijtihad tentang hijab adalah tidak wajib, sekali lagi Sheikh Tantawi seorang ulama' azhar mengeluarkan ijtihadnya yang mengundang kontroversi apabila dia menyatakan interest bank adalah bukan riba, hanya usury saja dianggap sebagai riba.

Saya juga tidak punya idea, atas basis apa Sheikh Tantawi mengeluarkan ijtihadnya yang terbaru itu(pasti dia ada sebab-sebab yang tersendiri). Namun saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut atas beberapa sebab:

1) Dalam prinsip-prinsip asas dalam Bank Islam, wang adalah tidak boleh digunakan untuk memperolehi wang yang lain tanpa adanya collaboration with capital and effort. Dalam Islam, wang adalah bukan actual capital tetapi hanya potential capital. Untuk mendapat keuntungan, Islamic Bank has to use money efficiently, labour and effort should be used extensively. Dengan hanya mempunyai wang sahaja, itu tidak membolehkan bank untuk mendapat keuntungan maka atas sebab itu bank tidak boleh menggunakan wang yang mereka ada dalam simpanan (atas simpanan pelanggan) untuk memberi interest.Oleh kerana wang adalah bukan actual capital tetapi hanya potential capital, Islamic Bank should convert the potential capital into actuality by involving themselves into trade and investment.

Kalau mengikut teori Riccardo dan Adam Smith, wang apabila ditambah dengan wang akan membuahkan wang (money +money = money) tanpa adanya element effort dan labour.

Contohnya jika anda menyimpan RM 1 million, in the end of the day, anda akan mendapat interest yang akan menambahkan wang anda, tanpa perlu membuat apa-apa (itulah yang dikatakan without collaboration of labour and effort.

Teori ini berbeza dengan rumus Islamic Law. Dalam islam, rumusnya begini:

money + effort/labour = profit/gain. (effort dan labour ialah merujuk kepada aktiviti perniagaan (trade) dan pelaburan (investment)

2) Dalam Islam terdapat beberapa legal maxim, antaranya "alnikmah bi qadri alnikmah (burden is in proportion to the benefit and vice versa), profit follows the responsibility, no risk no gain. Berdasarkan legal maxim diatas jelas menunjukkan dalam mendapatkan wang, kita perlu mengambil risiko. Ini berbeza dengan interest apabila wang yang kita dapat ialah free risk, tanpa perlu mengambil apa-apa risiko, tetapi hanya menunggu tempoh matang wang dan mendapat wang yang lebih berganda. Bukankah dalam Islam setiap effort mesti dilakukan yang pasti akan disertai dengan risiko. Dalam islam tiada short cut untuk mendapatkan sesuatu, pastinya perlu mengambil dan menanggung risiko.

Atas sebab-sebab diatas saya menolak ijtihad yang dibuat oleh ulama' azhar tersebut

* Saya mengimpikan satu sistem 'universal bank' yang mana bank bukan saja menguruskan simpanan wang, atau lain-lain aktiviti bank tetapi bank juga menjual barang-barang harian. Bukankah dalam Islam, Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba, maka, bank boleh membuat apa-apa sahaja perniagaan dan pelaburan asalkan bukan riba. Bayangkan satu bank yang mengamalkan sistem islam, yang punya 4 tingkat, ditingkat bawah menjual makanan, ditingkat 2 menjual pakaian, di tingkat 3, menjual barangan dapur dan di tingkat atas sekali menguruskan hal-hal simpanan wang. Itulah yang dikatakan universal bank. Orang zaman sekarang sibuk, tidak punya masa untuk pergi ke tempat-tempat berbeza, mula-mula ke bank, mengeluarkan wang dan kemudiannya ke market membeli barangan dapur dsb. Dengan mewujudkan universal bank bukankah lebih memudahkan, semuanya di satu tempat.*

*akhir-akhir ini saya tidak punya mood untuk menulis entry, malah laptop pun jarang dibuka, idea banyak bersarang di kepala, cumanya malas mahu menulis*

1 Comments:

Blogger Unknown said...

Salam,


Mungkin elemen `time value of money' diambil kira. Nilai RM1 hari ini tidak sama dengan nilai RM 10 tahun akan datang. Ingat kisah ashabul-kahfi? Bagaimana wang yang ingin mereka gunakan untuk membeli makanan tidak laku. Ianya kerana nilai wang berubah mengikut masa.

Wallahu a'lam.

10:40 PM  

Post a Comment

<< Home