Wednesday, December 15, 2004

OTAK BERKECAMUK!

Pernah tak anda melihat cerita jepun, bilamana anak harapan keluarga memberontak, tidak mahu hadir ke kelas, tidak mahu hadiri exam, hantar kertas ujian yang tanpa ditulis jawapan dan ntah apa-apa lagi kerja bodoh yang lain.

Dan saya rasa itulah yang saya rasai sekarang, INGIN MEMBERONTAK!

Apa guna saya belajar rajin-rajin, dapatkan keputusan enak-enak,semuanya untuk apa?

Saya tidak mahu belajar, saya mahu ponteng kelas, saya mahu jawab kosong dalam ujian, saya mahu buat semuanya.

Apa guna saya bersusah payah jika tiada yang mahu menghargai?

Apa guna? untuk apa?

Saya mohon pada kamu, mohon sangat-sangat, agar cepat matang, agar lebih bertanggungjawab, memikul tugas kamu dengan sebaik-baiknya, sekurang-kurangnya demi kami, adik-adik yang masih mahu membesar.

noktah

hudasoid(irie naoki)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home